31.08.2011, Rabu - Semalam Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Kerabat Diraja telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir di Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan. Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan.
Gambar diatas diambil ketika baginda solat sunat tahyatul masjid sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Dari kiri sekali adalah putera kedua baginda YAM Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda sulung baginda, YTM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tuanku Muhriz dan disebelah baginda adalah Menteri Besar Negeri Sembilan. Gambar ini Syah ambil dari Bernama.
Selepas Solat Sunat Aidilfitri baginda sempat beramah mesra dengan para jemaah sebelum menuju ke Makam Diraja. Baginda dan Kerabat Diraja kemudiannya menghadiri majlis tahlil yang diadakan di perkarangan Makam Diraja Seri Menanti. Selepas majlis tahlil, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani serta kerabat diraja menziarahi makam Almarhum Tuanku Munawir dan Almarhumah Tunku Ampuan Durah.
No comments:
Post a Comment