31.08.2011, Rabu - Petang tadi Kak Long and family balik ke Ijok kerana esok dia akan ke Johor berjumpa dengan saudara Abang Tooha untuk menjemput mereka bagi majlis perkahwinan Hafis tahun depan sementara Razak, Azam, Haziq dan Mamat sibuk memancing ikan haruan untuk tambah menu BBQ malam nie. Hari nie kami buat BBQ Ayam, Sotong dan Ikan. Rahimah buat Nasi Goreng dan Mamat beli Ice Cream dan Roti. Seronok membakar dan makan ramai-ramai dihadapan Tangga Batu Kediaman Almarhum Nenda sementara kucing-kucing peliharaan Bonda Ejon berderet menunggu tulang ikan dan ayam.
No comments:
Post a Comment