Monday, August 8, 2011

Balik Kampung Bersihkan Makam Keluarga

Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

08.08.2011, Isnin - Salam semua dan apa khabar, dua hari tak dapat update blog kerana Syah berada di kampung dan Internet connection ada masalah sedikit. Hari Sabtu lepas Syah balik kampung bersama anak saudara Syah Haziq dan Firdaus serta Papa Haziq, Nurul. Kami naik van Nurul untuk balik kampung. Ikut plan Sabtu nie tetapi last minute changes Sabtu lepas dan Syah tak kisah coz Syah memang tak ada apa-apa appointment pun. Balik kampung nie Syah ambil kesempatan untuk bersihkan makam keluarga Syah di Tanah Perkuburan Islam Bt40, Sabak Bernam, Selangor dan sebab tulah Syah bawa Haziq dan Firdaus sekali bagi membantu Syah. Dah lama Syah tak balik kampung dan ziarahi makam nenda-nenda dan bonda saudara Syah.

Cuma sedih sedikit kerana tak bersekempatan ke Tanah Perkuburan Diraja Kampung Kota, Perak untuk ziarah makam Bonda Syah. Tempat tu dekat jer kerana Sabak Bernam dan Kampung Kota tu bersebelahan sahaja dipisahkan oleh Sungai Perak yang merupakan sempadan Selangor dan Perak tetapi Syah kan tumpang Papa Nurul jadi tak sedap nak minta dia hantar kesana. Ini kan bulan puasa mana tau dia letih sebab balik KL nanti dia juga yang memandu sepanjang perjalanan.

Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

Malam Ahad tu Syah buat appointment dengan Ayahanda untuk berjumpa dia di Tanah Perkuburan dan Ayahanda kata ok. Syah inform Ayahanda yang Syah tak sempat hendak kerumah dia kerana Syah balik tumpang Papa Nurul dan tak guna kereta Syah. Ayahanda kata it's ok. Jam 09:15 hrs Syah call Ayahanda inform nak gerak ke makam (kubur). Kebetulan kami sampai dan Ayahanda pun sampai sekali. Sebelum sampai ke tanah perkuburan kami terlepas simpang masuk kerana Syah tak perasan coz dah lama tak datang kesini. Sampai jer ke tanah perkuburan tu Syah minta Haziq isi botol dengan air dan Syah salam dan cium Ayahanda diikuti yang lain bersalaman dengan Ayahanda. Kemudiannya kami terus masuk kedalam untuk membersihkan empat buah makam keluarga kami.

Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

Yang pergi sama-sama Syah untuk bersihkan makam adalah Papa Nurul, Haziq, Firdaus dan Ika anak perempuan Kak Ngah manakala anak bungsu Kak Ngah, Fana hendak ikut tetapi Syah tak bagi kerana dia kecil lagi. Syah minta yang lainnya bersihkan rumput-rumput kering atas makam, sapu dan bersihkan nesan serta makam kecuali Haziq yang Syah tak bagi buat kerja sangat sebab dia demam. Sudah lama Syah tak datang dan bunga jenjarum yang Syah tanam atas makam-makam keluarga Syah sudah membesar dan ada setengahnya dengan saiz yang agak luarbiasa dan nampak subur.

Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

Selepas selesai mengemas dan membersihkan makam, Ayahanda buat tahlil di makam. Sebelum balik Syah salam dan cium ayahanda serta serahkan duit bulanan macam biasa dan duit untuk buat tahlil disurau kampung Ayahanda sempena Ramadhan nie. Sebelum tu Ayahanda kata sedekakan sedikit duit kepada seorang lelaki yang sentiasa ada dibahagian pintu masuk tanah perkuburan berkenaan. Syah bagi RM2.00 jer dan Ika anak Kak Ngah tanya Syah, Uncle nak masuk sini kena bayar dua ringgit yer dan Syah kata taklah masuk tanah perkuburan free cuma nak kasi duit jer kat pakcik tu jer. Budak-budakkan........... dan jarang ke tanah perkuburan tu yang dia confuse tu.

Syah memang galakkan anak-anak saudara Syah ziarah ke kubur sebab Syah tak nak bila sebut kubur jer merupakan satu perkara yang menakut dan menyeramkan mereka. Jika mak/ayah meninggal nanti mereka tak ziarah kubur kerana dah biasa tak kekubur. Seperkara lagi jika kita selalu ke kubur/makam, ianya sedikit sebanyak akan sentiasa mengingatkan kita tentang kematian dan amalan yang kita lakukan didunia ini. Banyak orang sekarang keberatan nak ziarah kubur kecuali hanya pada Hari Raya Puasa/Haji sahaja.

Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

Ini adalah Makam Al-Marhumah Maharum @ Gedang Al-Hajjah binti Al-Marhum Abdul Rahman Sending Al-Haj. Almarhumah merupakan Nenda Syah iaitu bonda kepada Ayahanda Syah. Semenjak Bonda Syah mangkat dan usia Syah waktu itu kurang setahun dan Almarhumah lah yang membesarkan Syah dengan kasih sayang dan kemewahan. Syah memanggil Almarhumah dengan panggilan "Mak". Begitu juga dengan salah seorang cucu Mak iaitu Kak Long Janet juga memanggil Almarhumah dengan gelaran "Mak" juga. Mak sayangkan kesemua cucunda-cucundanya kerana kami semua dibesarkan oleh Almarhumah di kampung kecuali Syah dan Kak Long Janet mendapat keistemewaan lebih sedikit dari yang lain.

Mungkin Syah merupakan cucu Sulung Lelaki manakala Kak Long Cucu Perempuan Sulong dan orang lain tak boleh 'mengusik' kami. Sehinggakan Datuk kamipun tak dibenarkan memukul kami jika kami buat salah begitu juga dengan keluarga lainnya. Orang luar lagilah jangan usik kami dan Mak begitu melindungi cucunda-cucundanya terutamanya Syah dan Kak Long Janet. Jika Atuk marah kami alamat jadi gadohlah jawapnya. Mak mangkat kerana gering tua dalam usia 80an.

Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

Ini pula adalah makam Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah binti Almarhum Ahmad Al-Haj. Almarhumah merupakan bonda saudara Syah yang banyak membantu dan membimbing Syah dalam meneruskan kehidupan ini, bukan sahaja kepada Syah malah anak-anak saudaranya yang lain juga. Syah memanggilnya "Ucu" sebab dia anak yang bongsu. Ucu merupakan Ikon kepada kami semua sehingga hari ini. Jasa Ucu kepada kami begitu tinggi dan kami begitu menghormati Ucu. Ucu merupakan seorang yang garang dan tegas dalam mengurusankan keluarga Maharum Bugis Syah. Almarhumah mangkat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor dalam usia 50an kerana mengalami Septicaemia.

Ucu pernah mengambil cuti panjang semata-mata untuk menjaga dan menghantar Syah ke hospital apabila Syah kena penyakit kencing berdarah satu ketika dahulu. Begitulah keperihatinan Ucu kepada anak-anak saudarnya bukan sahaja kepada Syah tetapi kesemuanya sekali. Banyak jasa-jasa Ucu kepada kami dan kalau nak diceritakan boleh buat buku kata orang. Sebelum kemangkatanya dan disebabkan Ucu masih bujang, Ucu telah menamakan harta-hartanya kepada kami lebih awal supaya bila ia tiada nanti tidak membawa kepada masalah pembahagian harta. Hanya beberapa asset yang tidak dinamakan sahaja diagih-agihkan secara faraid diantara adik-beradik Almarhumah yang diuruskan oleh Syah melalui Amanah Raya Berhad.


Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

Ini pula makam Nenda Saudara Syah iaitu Almarhumah Sadu Al-Hajjah binti Almarhum Abdul Rahman Sending Al-Haj. Almarhumah merupakan Kekanda kepada Nenda (Mak) Syah. Syah dari kecil Syah membesar bersama-sama Almarhumah yang Syah panggil "Engah". Syah memang manja dan sayangkan Engah sehingga kalau ada sepupu-sepupu Syah yang marahkan Engah, Syah akan marah mereka semula. Engah suka bercerita kepada kami sewaktu kecil-kecil dahulu. Macam-macam cerita termasuklah cerita-cerita Pak Pandir. Almarhumah bagaikan penglipuraya dan kami mesra dan dekat dengan Almarhumah. Engah suka hisap rokok daun dan bila Syah bekerja Syah selalu belikan dia tembakau cap kapalterbang dan bahan untuk digulung sebagai rokok (tak ingat namanya).

Dulu masa kecil-kecil rumah kami dimasuki ular dan Engah dalam bilik dia dimana ular tu berada. Waktu tu Syah menangis menjerit-jerit takut ular tu patuk Engah. Begitulah sayangnya Syah pada Engah. Walau bagaimanapun datuk Syah dapat bunuh ular tu. Satu keistemewaan Engah nie walaupun berusia lanjut dia nampak muda dari umurnya, seorang yang suka menjaga keterampilan diri dan suka memakai wangi-wangian serta kuat ingatan sehingga akhir hayatnya dalam usia 80an. Engah nie janda dan ada anak seorang tetapi anaknya telah meninggal dunia sewaktu mereka bercerai. Mengikut Mak anak Engah tu hendak ditunangkan dengan Ayahanda Syah tetapi beliau (Almarhumah Kalsom) mangkat dalam usia 13 atau 14 tahun masa tu.

Engah pernah cakap dengan Syah apabila dia melihat makam Mak, katanya dia tak ada anak siapalah nanti nak buatkan makam dia. Syah maklumkan "Engah jangan risau, Saya kan ada". Selepas kemangkatan Engah Syah serta Ucu dan yang lainnya buatkan makam nie untuk Engah.


Click Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar

Ini adalah Makam Nenda Syah iaitu Almarhum Ahmad Al-Haj ibni Hassan Al-Haj. Almarhum Syah panggil dengan gelaran Atuk berbeza dengan Kak Long Janet yang memanggil Atuk dengan gelaran Ayah. Atuk merupakan seorang yang tegas dan garang bukan sahaja kepada kami tetapi kepada semua orang jika ada orang yang buat pasal dengan dia. Disebabkan Atuk seorang yang tegas jadi Syah macam taku sedikit dengan Atuk walaupun selalu dilindungi oleh Mak. Hehehehe............. Atuk kalau marah suarnya jer dengar satu kampung boleh dengar dan memang cucunda-cucunda dan anak-anak Atuk akan patuh semua arahannya.

Apabila Atuk semakin tua, dia taklah serious sangat malah manja pula dengan Syah kerana mungkin Syah selalu balik kampung dan ambil berat tentang dia. Dulu masa balik dari mengerjakan haji dia macam nak Syah ikut dia balik kampung dan bila Syah kata Syah kerja dia macam nak menangis. Macam tulah mesranya dia dengan Syah. Biasalah orang tua dan diakhir hayatnya kadangkala ada perangai Atuk menyebabkan anak-anak atau cucu-cucu lain marah, biasalah orang tua nie memang banyak kerenah dan kita kena sabar menjaganya. Tetapi Syah selalu nasihatkan mereka layan sahaja kehendak dia kerana dia sudah tuan dan bukannya akan hidup selama-lamanya nanti kalau jadi apa-apa kat dia dan kita tak buat apa yang dia suruh nanti kita menyesal seumur hidup.

Atuk dan Mak nie orang-orang di Pekan Sabak Bernam dulu gelarkan mereka "Romeo and Juliat". Kerana dimana ada Atok disitulah Mak ada dan sentiasa berjalan bersama-sama tak pernah berengang. Kasih sayang sejati namanya sebab tulah bila Mak mangkat lebih dahulu dari Atuk, Atuk macam murung dan tak mahu makan dan merisaukan kami. Sampai satu hari kami berjumpa dengan seorang saudara kami untuk ubatkan Atuk supaya tidak murung dan barulah keadaannya sihat semula selepas kemangkatan Mak. Atuk mangkat kerana gering tua dalam usia 80an.

Al-Fatihah Untuk Almarhum Ahmad Al-Haj, Almarhumah Maharum Al-Hajjah, Almarhumah Sadu Al-Hajjah, Allmarhumah Che' Zan Al-Hajjah dan Almarhumah Soadah @ Sokdah Al-Hajjah dan Kaum Keluarga Syah Yang Telah Mangkat Semuga Roh Kalian DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN.

No comments: