Keluaran September merupakan keluaran bulan yang paling penting bagi majalah-majalah fesyen bertaraf dunia kerana iannya merupakan permulaan yang baru dan musim yang menguntungkan majalah fesyen. Dalam muka hadapan keluaran September 2011 ini, Charlotte tampil dengan fesyen rambut yang agak kusut (tousled hair) dan mengenakan solekan “Smokey Eye” diabadikan oleh jurufoto pilihan utama Majalah Vogue, Mario Testion Manakala dibahagian dalam majalah, beliau mengayakan busana dari Chanel, Baiman, Isabel Marant dan Gucci. Mario Testion juga terkenal dikalangan kerabat diraja dan merupakan jurufoto pilihan utama Mendiang Princess Diana dan menjadi pilihan Prince William dan Kate Middleton untuk mengabadikan photo-photo rasmi pertunangan mereka.
Tuesday, August 16, 2011
Charlotte Casiraghi Menghiasi Muka Hadapan Majalah French Vogue Keluaran September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment