Cakap pasal bercukur nie tadi selepas solat ada kawan Syah kata, Haaa nie dia pelakon VCD Terlampau tu sambil ketawa. Dia tunjukkan gambar cover VCD yang dia ambil melalui handphone. Tak silap Syah tajuknya macam bercukur, buang kuku mengikut cara Islam. Dan macam mana gambar Syah sedang bercukur dikedai mamak dijadikan cover VCD tu. Alamakkkkkkkk dan kepada sesiapa yang pernah terjumpa VCD tu sebenarnya Syah tak dibayar apa-apapun untuk cover tu yer? Tapi Syah tak kisahlah gambar Syah digunakan sebagai cover tu mungkin diambil dariBlog @ FB Syah. Hehehe lawak betul tukang buat VCD nie kerana mungkin kesuntukan masa nak cari gambar, google punya google tu jumpa gambar Syah. agaknya kot. Nantilah kalau ada masa Syah cari VCD itew.
Tengahari nie Syah ke Surau Menara TM awal sedikit approx jam 12:45hrs untuk mendengar taskirah dan solat Zohor berjemaah. Kalau keluar jam 13:00hrs macam semalam, mesti tak dapat masuk surau kerana penuh sesak dengan kakitangan TM. Bulan puasa nie surau penuh sampai keluar surau kami solat dan ada yang terpaksa menunggu 2nd trip untuk solat. Mana taknya bulan puasa bukan boleh lunch pun jadi ramai yang mengambil kesepatan untuk ke surau untuk mendengar taskirah dan solat berjemaah untuk mengumpul lebih pahala sempena Ramadhan nie.
Lepas solat kami mengambil bubur lambuk yang diberikan secara percuma oleh Surau Menara TM. Disebabkan stok adalah terhad kami dinasihatkan agar mengambilnya selang sehari maksudnya jika kita ambil hari ini untuk esok kita bagi peluang orang lain pula. Tapi Syah tengok ada juga yang ambil tiap-tiap hari termasuk lah Syah sendiri dan ada juga yang ambil sampai dua. Tapi Syah belum lagilah terbuka hati nak ambil dua. Rasanya peringatan tu untuk memastikan semua orang menikmati bubur lambuk berkenaan. Apa-apapun terima kasih Surau Menara TM dan buburnya memang Superb................... maklumlah diambil dari Kampung Baru yang terkenal dengan kesedapan bubur lambuknya tue.
No comments:
Post a Comment