25.08.2011, Khamis - Malam tadi Syah tak sempat nak update blog kerana letih sangat rasanya dan terus tertidur dan bangun-bangun jer jam sudah menunjukkan pukul empat pagi dan terus Syah makan ubat dan ambil sebiji kurma dan mineral water. Nie nak cite pasal semalam, pagi semalam Syah ke kelinik untuk buat fisio dan minggu nie Syah buat sekali jer. Lelaki disebelah Syah tu Bun, fisio Syah orang Kedah, very nice person and helpfull. Ada masanya peha Syah rasa lenguh dan bila naik tangga atau mencangkung terasa sakit dibahagian lutut. Tapi kalau compare dari dahulu banyak perubahannya dan semakin sembuh. Minta-minta sembuh sepenuhnya. Sekarang nie nak jogging atau exercise naik tangga seperti yang SYah biasa buat tu terpaksa dilupakan untuk sementara waktu.
Selain daripada tu macam biasa buah kurma dan kiwi kering serta buang anggur balance hari tu dan sepotong betik. Actually betik Syah beli dua potong tapi satu lagi tu tak habis dan Syah simpan untuk buka puasa petang nanti.
No comments:
Post a Comment