Saturday, June 29, 2013

DYMM Sultan Ismail Gembira Diperkahwinan Puteri Tunggalnya



29 Jun 2013, Sabtu :-

Semua lelaki yang bergelar Ayah akan bergembira apabila anak perempuannya disunting orang dan hidup sebagai isteri kepada lelaki yang dilihat dapat membahagiakan serta membimbing anak perempuan kita dunia dan akhirat mentelah lagi jika itu sahaja satu-satunya anak perempuan kita.  Begitulah perasaan gembira yang dapat dilihat dari raut wajah Mantan Al-Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dihari Akad Nikah puteri tunggal baginda iaitu YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri.  


Kelihatan baginda duduk diatas kerusi roda sambil tersenyum semasa sesi photography bersama besan baginda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan keluarga diraja dari Brunei Darussalam selepas Majlis Istiadat Akad Nikah  YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi pada 27 Jun 2013.


Kegembiraan juga terpancar diwajah Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis sewaktu Majlis  Akad Nikah yang diadakan di Istana Mahkota.  Kelihatan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis bersama besannya Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Sumber : Kerabat Diraja Kelantan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.