29 Jun 2013, Sabtu :-
Syah hendak kongsi bersama anda beberapa gambar semasa Majlis Akad Nikah diantara YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri yang berlangsung pada malam Jumaat 27 Jun 2013 di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.
Selepas Majlis Akad Nikah kedua-dua pengantin diraja ini kelihatan begitu ceria dan gembira kerana telah sah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Semuga hubungan suami isteri kalian kekal abadi hingga ke akhir hayat masing-masing dan dikurniakan dengan anak-anak yang soleh. Amin.
Sempoi ............. Pasangan pengantin Diraja berkaraoke sebagai cenderahati untuk dipersembahkan kepada para tetamu di Majlis Akad Nikah mereka.
Disinilah lafaz Akad Nikah dijalankan yang menyaksikan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri sah menjadi milik peribadi YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.
Aksi manja seorang isteri kepada suaminya diatas pelamin
Cenderahati untuk para tetamu yang menghadiri Majlis Akad Nikah YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri. Dalam kotak khas ini diletakkan surah Yasin.
Susun atur meja makan utama yang digunakan untuk jamuan makan selepas Majlis Akad Nikah manakala meja dihadapan adalah untuk para tetamu jemputan khas yang menghadiri majlis ini.
Sumber :- Kerabat DirajaKelantan / Danny / Ramona
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.