Saturday, June 29, 2013

Majlis Istiadat Bersanding Diraja YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri

29 Jun 2013, Sabtu :-

Malam tadi 28 Jun 2013 telah diadakan Majlis Istiadat Bersanding Diraja sempena perkahwinan diantara YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri yang berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan. Gambar diatas menampilkan pengantin diraja dengan pakaian tradisional Melayu dan gambar dibawah pula menampilkan pasangan pengantin Diraja dengan pakaian ala barat. 

Kelihatan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri bersama Ayahanda dan Bonda Pengiran Muda Abdul Qawi, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien menyempurnakan Istiadat Suap Semangat dalam Majlis Istiadat Persandingan Diraja malam tadi.

Sumber :- Kerabat Diraja Kelantan

4 comments:

  1. Sultan Kelantan kenapa tidak hadir?

    ReplyDelete
  2. mslh dalaman istana...

    ReplyDelete
  3. Masalah lagi.... Sultan kelantan seorang yg tidak cakap Banyak pasal masalah

    ReplyDelete
  4. Yg berlaku dalam istana. Kesian sangat pasal masalah nie

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.