27 Januari 2013 :-
Pada Bulan Julai ini, Buckingham Palace akan merayakan sambutan sempena 60 tahun Pertabalan Her Majesty Queen Elizabeth II. Sambutan akan diadakan selama empat hari bertempat di Buckingham Palace, London. Salah satu daripada program sambutan ini adalah pameran mengenai busana yang digunakan oleh keluarga diraja semasa istiadat berkenaan yang berlangsung di Westminster Abbey pada 02 June 1953. Menurut Kurator pameran ini, Caroline de Guitant (dalam gambar disebelah) bahan yang dipamirkan adalah merupakan pakaian, uniform dan jubah yang digunakan oleh kerabat diraja yang kanan termasuklah baju kemaja sutera bewarna cream dan seluar dari kain bulu yang dipakai oleh HRH Prince of Wales, Prince Charles dan baju sutera dan lace bewarna cream yang digayakan oleh HRH The Princess Royal, Princess Anne yang ketika itu masing-masing berusia empat dan dua tahun. Busana berkenaan telah direka khas untuk istiadat pertabalan baginda Queen Elizabeth II oleh Miss Hudson yang merupakan seorang pereka terkenal pakaian kanak-kana ketika itu.
Persiapan sedang giat dijalankan untuk pameran yang akan berlangsung pada musim panas ini nanti.Jika anda ingin melihat dari dekat jubah dari Norman Hartnell sepanjang 21 kaki yang dipakai oleh Baginda Queen Elizabeth II semasa pertabalan baginda bolehlah tempah tiket kapalterbang samada yang murah atau yang mahal mulai sekarang kerana pameran ini akan diadakan bermula 27 Julai hingga 29 September 2013. Sambil bercuti sempena musim panas di London bolehlah singgah ke Buckingham Palace pada Julai hingga September untuk melihat pameran ini nanti. Tetapi Syah tak pasti samada pameran ini dikenakan caj atau tidak.
Sumber :- Telegraph / The Huffington Post
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.