27 Januari 2013 :-
Semalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman dan putera sulungnya, Pengiran Muda 'Abdul Muntakim telah berkenan bersama-sama menyertai larian amal Cycle and Run "Charity For Nancy" yang diadakan di Stadium Hassanal Bolkiah, Barakas, Brunei Darussalam. Larian ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk mengutip dana bagi membantu Tea Ai Seng atau Nancy bagi membayai kos perubatan beliau. Nancy menjalani pembedahan di Sarawak setelah mengalami kecederaan sewaktu bertugas dengan menggunakan perbelanjaan sendiri dan bantuan daripada guru-guru dan pelajar sekolah Chung Hua. Walau bagaimanapun beberapa minggu kemudian, beliau menghadapi komplikasi dimana kakinya kebas dan kehilangan deria rasa pada bahagian berkenaan.
Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan menjali pembedahan di Jerudong Park Medical Center dan masih dalam rawatan lagi. JBS dan PSK telah merancang mengadakan pelbagai aktiviti berkebajikan bertujuan mengutip dan mengumpul dana bagi membantu meringankan kos perubatan Nancy terutamanya semasa mendapat rawatan di Sarawak yang masih tertunggak. Nancy merupakan seorang atlet kebangsaan Brunei dan menyumbang dua pingat gansa untuk Brunei dalam sukan SEA 1999. Tahniah diucapkan diatas keperihatinan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dalam menjayakan larian amal ini dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.