14.10.2012, Ahad - Malang tak berbau itulah
yang menimpa nasib Raja Ghana His Royal Highness King Otumfuo Osei Tutu II yang
kehilangan barangan kemas pusaka diraja baginda berupa beberapa bentuk cincin
dan perhiasan kepala. Ghana merupakan sebuah
Republik dan baginda merupakan pemerintah bagi kaum Ashanti yang merupakan kaum terbesar
di Ghana . Walau bagaimanapun didalam
perlembagaan Republik Ghana , baginda dan
Ketua-Ketua Puak yang lainnya adalah dilarang untuk melibatkan diri dalam
politik di Ghana . Sudah menjadi kebiasaan bagi Raja Ghana memakai perhiasan
daripada emas apabila muncul di khalayak ramai atau menghadiri upacara rasmi. Gambar diatas menunjukkan King Otumfuo Osei Tutu II bersama Baginda Queen Elizabrth II dan lihatlah perhiasan barang kemas pusaka diraja yang digunakan oleh baginda.
Barang-barang kemas pusaka diraja ini
dikatakan mempunyai nilai-nilai spiritual yang tinggi
yang diwarisi dari turun temurun Raja-Raja Ghana serta melambangkan kekuasaan dan maruah kaum Ashanti . King Otumfuo Osei Tutu II menjadi ketua kaum Ashanti yang merupakan kaum terbesar
Ghana pada tahun 1999. Kehilangan barangan kemas pusaka ini berlaku pada Rabu lepas bersamaan 10.10.2012 dan pada ketika itu baginda berada di Oslo , Norway sebagai wakil kerajaan Republik Ghana dalam satu persidangan
perniagaan yang diadakan di ibunegara Norway itu. Kehilangan barangan
kemas itu disedari pada jam 13:00hrs apabila suitcase kepunyaan baginda
didapati hilang ketika diletakkan di Lobi Hotel Radission Blue Plaza . Baginda dan
rombongan menginap dihotel berkenaan sepanjang persidangan tersebut. Walau
bagaimanapu pihak berkuasa Oslo sedang berusaha menjejak
suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup hotel berkenaan dan percaya tangkapan
akan dibuat tidak lama lagi.
Semasa temubual radio BBC dengan Setiausaha
Raja Ghana, Kofi Owusu Boateng ditanya adakah King Otumfuo Osei Tutu II akan berhadapan
dengan risiko diturunkan tahta diatas isu kehilangan barang-barang kemas pusaka
diraja ini, Beliau memaklumkan tiada
sebarang sebab untuk perkara seperti itu berlaku dan yang hilang itu bukannya
kesemua barang kemas pusaka diraja, hanya beberapa bentuk cincin dan perhiasan
kepala sahaja. King Otumfuo Osei Tutu II bersemayam di kediaman rasmi baginda
di Kumasi , Ghana . Pada awal tahun ini akhbar-akhbar Afrika
Selatan melaporkan bahawa baginda telah membeli sebuah kediaman eksklusif di kawasan
kejiranan Johannesburg yang akan digunakan
oleh baginda setiap kali ke Afrika Selatan untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Kediaman ini dianggarkan berharga tiga juta.
Sumber :- AFP, BBC News, ABC News dan Global Post
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.