14.10.2012, Ahad - Hari ini Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Agama 2012 di Ipoh Perak. Majlis yang diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak di Ipoh ini turut dihadiri oleh Raja Puan Besar Perak Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Zara Salim serta Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Datuk Mohammad Zahir ABdul Khalid. Kelihatan DYTM Raja Nazrin berkenan bergambar bersama para penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Agama 2012.
Sumber ;- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.