13.10.2013, Sabtu - Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali yang Ke-36 di Serdang, Selangor. Kelihatan Tuanku Sultan Selangor menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sr Mohd Sidek Hassan. Dalam titah baginda pada majlis ini, baginda mengingatkan penuntut UPM agar tidak terpengaruh dengan tuntutan bersuara oleh segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik mereka sendiri. Baginda juga menasihatkan agar mahasiswa tidak terpengaruh dengan budaya negetif politik kepartian dalam kampus dan tidak terlalu taksub dalam mengikuti perkembangan politik semasa.
Titah baginda lagi mahasiswa dan alumni UPM harus mempunyai jiwa dan semangat patriotik yang tinggi terhadap negara dan tidak sewenang-wenangnya mempermainkan kedaulatan negara atau melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej negara. Selain daripada itu, baginda juga mengingatkan mahasiswa menjauhkan diri dari gegala negatif seperti rasuah, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa yang akan menjatuhkan imej universiti
Diantara Titah baginda :-
- Beta berharap ilmu yang dipelajari dijadikan panduan dan pedoman untuk berjaya dengan cemerlang tanpa mengorbankan nilai-nilai yang menjadi teras masyarakat dinegara ini.
- Jestru para graduan perlu sentiasa mencintai dan menjaga nama baik UPM dimana sahaja mereka berada walaupun selepas tamat pengajian.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.