11.06.2012, Isnin - Semalam Seramai 30,000 orang warga Johor mengadakan perhmpunan taat setia kepada Sultan Ibrahim di perkarangan Istana Pasir Pelanggi ekoran daripada tindakan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan isu bidaan plate number WWW 1 yang dimenangi oleh Sultan Johor dengan harga RM520, 000.00. Perhimpunan ini dianjurankan oleh Majlis Penyelarasan Gabungan NGO (Badan Bukan Kerajaan Melayu Negeri Johor) Terharu dengan sokongan padu rakyat Johor terhadap baginda menyebabkan Tuanku Sultan sebak dan mengalirkan air mata. Sehubungan dengan itu, baginda menyifatkan perhimpunan ini sebagai satu perhimpunan yang bersejarah dan berikrar bahawa adalah menjadi amanah bagi baginda sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Johor untuk menyayangi rakyat.
Titah baginda, "Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada". "Jika bersatu kita akan kuat". Laungan "DAULAT TUANKU" berkumandang diudara. Baginda ditemani oleh isteri dan Tunku Makota Johor serta kerabat diraja lainnya.Baginda juga menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabungan, Ahmad Tarmizi Yusof serta dan kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor..
Sumber :- Kosmo
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.