11.06.2012, Isnin - Syah keluar Assunta pada Sabtu lepas dan My Brother Muss fetch Syah balik ke KL Residence dan on the way balik siggah Carrefour Wangsa maju beli keperluan dapur termasuk ikan haruan dan pati ikan haruan kat supermarket berhampiran KL Residence kerana kat Carrefour tak ada. Masa kat Carrefour tiba-tiba tekak Syah sakit dan kering serta rasa macam ada beda mencucuk seperti tulang dan hari Ahad Syah rasa agak rimas dengan rasa tu dan sekarang niepun ada lagi. Mungkin Syah selalu makan ikan masa kat hospital tu kot terkena tulang. Sakitnya bergerak-gerak kejap ada kejap tak ada dan ada masanya rasa macam mencucuk kat dalam telinga lepas tu ok dan bila telan air liur ada juga rasa tu. Ada masanya bila Syah tekan kat leher kanan ada rasa sakit sedikit. Macam-macam Syah dah buat seperti makan kepalan nasi, bihun, makan buah dan lain-lain petua tetapi rasa tu ada juga rasa tu sekali sekala. Akhir sekali Syah selawat dan baca ayat-ayat yang Syah tahu dengan harapan tulang tu keluar. Tulang memang ada masanya susah hendak keluar dan Insyallah ok lah tu nanti.Doakan sekali yer
Sakit kat bahagian operation tu sudah semakin berkurangan cuma sakit sedikit bila buang air besar. Syah sudah informed my Boss, Dek Nor. Sekarang Syah stay kat rumah Kak Lang Ella sebab bonda Ejone ada disini. Dah seminggu lebih Syah tak balik Rawang Residence dan risau juga rasanya. Minta-minta rumah Syah dalam keadaan baik dan dilindungi Allah hendaknya daripada perkara-perkara yang tidak baik. Hari nie Kak Lang Ella buat bubur nasi dan anak saudara Syah Firdaus ada peperiksaan dan temuduga di IKM untuk belajar pastri. Oklah semua, hingga berjumpa lagi dilain Entry........................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.