12.06.2012, Selasa - Maaf kerana lambat update blog hari ini kerana Syah ke Assunta Hospital untuk berjumpa dengan Dr Vijay dan kemudian dia referkan kes Syah kepada Dr. Chandran T.G. pakar Ear, Nose & Throat berhubung masalah rasa fish bone didalam tekak Syah. Syah terangkan kepada doktor semenjak keluar hospital tekak Syah rasa sakit dan kering dan bila menelan ada rasa macam tercekik tulang. Syah suspect tulang ikan sebab masa dihospital menu Syah banyak ikan termasuklah porridge. Memang Syah tak selesa dan hendak menangis rasanya. Masa tidurpun selalu terjaga dan bila menelan sakit mencucuk macam ada benda tajam kat situ.
Doktor masukkan kamera untuk melihat tekak Syah dan Syah dapat melihatnya melalui monitor. Syah ingatkan doktor masukkan alat tu melalui mulut tetapi rupanya melalui hidung terus kedalam kerongkong dan sebelum itu dia spray mulut dan lubang hidung Syah dan Syah rasa kebas sedikit. Akhirnya doktor kata tak ada tulang ikan atau bendasing kat kerongkong Syah cuma ada luka-luka yang Syah tengok macam ulcer bulat-bulat dan doktor kata sebelah yang Syah rasa sakit tu ada berdarah sedikit. Doktor kata mungkin ada luka tu terbuka dan menyebabkan Syah rasa macam ada benda mencucuk seperti tulang ikan.Luka-luka ini adalah kesan daripada buat scope tempohari.
Lega rasanya bila dengar penjelasan doktor dan kemudiannya Syah ke kaunter bayaran untuk buat bayaran dan ambil ubat. Untuk procedure hari ini termasuk ubat mereka caj RM490.30. Bill nie kena simpan untuk Income Tax Declaration for 2012 nanti. Rawatan hari ini TM tak cover sebab Syah sudah keluar dari Wad tetapi jika masalah ini berlaku semasa dalam wad dan Dr Vijay refer ke pakar lain baru mereka bayar.Tak apalah nak buat macam mana untuk diri kita juga sebab sakit dan duit boleh carikan? Tak semua benda kita hendak harapkan company support apa yang TM sudah berikan kepada Syah semasa pembedahan hari tupun sudah cukup dan lebih dari memadai. Terima kasih TM untuk pembedahan Syah minggu lepas berjumlah RM 10, 599.69
Masa tunggu ubat dan bayaran Syah call Ayahanda dan Kak Lang Ella untuk update keadaan Syah. Terima kasih kepada Kak Lang Ella yang hantar Syah sampai Stesyen Komuter Ampang dengan kereta dia sampai kereta dia kena gesel dengan kereta lain. Bonda Ejone dan Firdaus hantar Syah sekali. Dari Ampang Syah naik LRT Star ke Masjid Jamik dan transit ke LRT Putra dan turun di Asia Jaya. Tanya staff mengenai teksi ke Assunta Hospital dan kata mereka jika turun di Taman Jaya lagi dekat dan Syah naik semula dan berpatah balik satu stesyen sahaja. Dari Taman Jaya LRT Syah ambil teksi ke Assunta dan tak sampai 5 minit sudah sampai dengan tambang teksi RM5.00.
Masa balik Syah naik teksi dari Assunta ke LRT Taman Jaya dan turun di LRT Masjid Jamek. Syah balik naik bas sebab tak mahu susahkan Kak Lang fetch Syah kat Stesyen Ampang LRT. On the way ke bus stop Syah singgah McDonnald untuk belikan anak saudara Syah Firdause dan Ku Cik McValue Lunch Set dan kemudiannya nampak gerai tepi jalan jual juice dan Syah beli Jus Celery, Orange dan Lobak Merah dengan harga RM3.80. Sakit sedikit tekak Syah mungkin ada orange tu kot ? tetapi habiskan juga. Sampai Leboh Ampang bas SJ 79 sudah ada dan Syah naik dengan tambang RM2.50 dan turun dekat rumah flat PKNS Tasik Tambahan dan jalan kaki ke rumah Kak Lang Ella di Taman Seri Bayu. Syah sampai rumah jam 15:30hrs dan letih rasanya. Syah makan bubur nasi yang Kak Lang Ella buat sebelum makan pati ikan haruan dan kemudiannya solat Zohor.
Petang tadi temankan Kak Lang Ella fetch Ku Chik @ Sekolah Integrasi Islahiah di Tasik Permai, Ampang. Sekarang Syah mentenet sambil lepak dengan Kak Lang Ella, Bonda Ejone, Firdaus dan Ku Chik. Ok lah semua hingga berjumpa lagi dientry yang lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.