Sunday, April 17, 2011

Putera Mahkota Bahrin Batalkan Kehadiran Ke Majlis Perkahwinan Prince William

26.04.2011, Selasa - Pada hari Ahad lepas Putera Mahkota Bahrin, Putera Mahkota Salman bin Hamad Al-Khalifa telah membuat keputusan untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada 29.04.2011 nanti. Pada mulannya baginda telah bersetuju untuk menghadiri majlis ini. Walau bagaimanapun memandangkan keadaan politik yang tidak menentu di Bahrin ekoran reformasi yang berlaku di Negara-Negara Teluk kebelakangan ini iannya terpaksa dibatalkan. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akhbar Prince William yang memaklumkan ketidakhadiran baginda dan tiada sebarang wakil sebagai pengganti. Senarai jemputan perkahwinan Prince William dan Kate Middleton merangkumi kerabat diraja hampir 40 buah negara seluruh dunia.

Kerajaan Bahrin sebenarnya telah dikritik dalam tindakannya terhadap perusuh dan sebahagian aktivis kemanusiaan mendakwa Bahrin telah menyerang hospital dan menyeksa doktor dan pesakit dalam usahanya membentersa penunjuk perasaan. Kenyataan ini telah dinafikan oleh kerajaan Bahrin. British human rights campaigner Peter Tatchell menyatakan jemputan ini merupakan satu kesilapan besar oleh kerabat diraja Britain.

Senarai kehadiran tetamu yang telah diumumkan oleh pihak Istana pada hari Sabtu lepas menyenaraikan nama Putera Mahkota Bahrin termasuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Rowan Atkinson atau Mr Bean. Putera Mahkota Bahrin mendakwa media Britis telah memanipulasi keputusan baginda untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.