Payung akan dijadikan salah satu aksessori perkahwinan William dan Kate
26.04.2011, Selasa - Helen Rossington yang merupakan peramal kajicuaca Kanan dari MetroGroup meramalkan hujan lebat akan melanda London pada hari Perkahwinan Diraja diantara Prince William dan Kate Middleton pada 29.04.2011 nanti. Dijangka beratus-ratus orang yang beratur disepanjang jalan untuk menyaksikan pasangan pengantin diraja ini akan basah kuyup. Pada awalnya, diramalkan cuaca pada hari berkenaan panas.
Jika ramalan ini benar-benar berlaku, orang ramai akan terlepas peluang menyaksikan pasangan diraja diarak menggunakan pedati khas terbuka untuk mereka kembali ke Buckingham Palace selepas Majlis Perkahwinan di Westminister Abbey. Pedati khas tertutup yang disediakan untuk cuaca hujan akan digunapakai. Walau bagaimanapun ramalan tetap ramalan dan apa-apa sahaja boleh berlaku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.