26.04.2011, Selasa - Hari ini kami semua berasa bertuah kerana Menara TM menerima kunjungan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Hari ini YB Datuk Menteri merasmikan Program Penyerlahan Gagasan 1 Malaysia yang diadakan di Multi Purpose Hall, Menara TM bersebelahan dengan surau kami. Jam 09:00hrs our Admin Manager inform semua kena turun untuk majlis berkenaan. Sebetulnya kami ingatkan kami dijemput untuk majlis perasmian tetapi bila turun di Lobi Menara TM rupa-rupannya kami diminta beratur untuk menyambut ketibaan YB Datuk Menteri.......... hehehehehe nasiblah Labukan?
Lama juga tunggu dan akhirnya YB Datuk Menteri dan rombongan sampai disambut oleh Pengerusi TM Datuk Dr. Halim Bin Shafie dan Isteri. Kami semua ingatkan dia ada bawa Datin sekali tapi tak ada, bukan apa, kami semua ingin melihat kejelitaan beliau dari dekat sebenarnya. Syah ingat hendak ambil gambar tetapi terlalu banyak photographer menghalang kami yang berbaris untuk melihat YB Datuk Menteri. Snap punya Snap dapat juga gambarnya tapi tak ada kepala, Hampeh betul coz ramai photographer berjalan depan beliau. Dalam hati nak tergelak pun ada kerana kami yang turun ingatkan dapatlah jadi guest dan dapat makan coz proses perolehan untuk F&B function nie Syah yang buat dan Syah inform mereka makanan untuk hari ini ada nasi goring kampung, daging dendeng, ubi kayu, sambal tumis ikan bilis, roti jala, kari ayam, serawa durian, kuih muih melayu dan buah-buahan. Rupa-rupannya we all turun bagi meramaikan crowd menyambut ketibaan YB Datuk Menteri. Sorrylah kengkawan yek buat terliur jer .......... heheheheh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.