Tuesday, March 8, 2011

2nd Day @ Kelab Nutrisi

Kak Nora dan Fuad @ Kelab Nutrisi Plaza Pantai

08.03.2011, Selasa - Hari ini hari kedua Syah di Kelab Nutrisi. Jam 12:45hrs Fuad tunggu Syah di Loby. Fuad nie kawan Syah satu HR tapi Division lain-lain dan Syah satu floor dengan anak lelakinya, Firdaus. Di Kelab, Syah sempat berkongsi cerita dengan Kak Nora. Menurut Kak Nora dia sudah join kelab nie sudah hampir 14 hari dan keadaan kesihatannya semakin pulih. Dulu kakinya lemah dan lembik dan tak boleh nak berjalan sangat dan matanya kabur tak nampak disebabkan kencing manis. Sekarang kakinya sudah kuat dan dia boleh solat seperti biasa dan tak perlu solat duduk lagi. Penglihatannya pula semakin pulih dan boleh nampak sekarang. Dia sempat kata yang dia sudah mula nampak dan inform yang baju Syah jalur-jalur katannya.

Syah inform Kak CT mengenai masalah buang air besar tak seperti biasa dan katanya Syah kena minum banyak air lagi. Mungkin tu agaknya healing proses kot heheheheh ............. Syah inform semalam semasa ambil air sembahyang muka Syah rasa berlendir dan katanya itu keadaan biasa toksin dikeluarkan dan setiap orang lain keadaannya. Menurut Kak CT ada yang tumbuh jerawatpun ada malah bisul lagi katanya dan ada juga yang saki kepala dan macam-macam lagi. Salah seorang ahli lelaki tu inform Syah katanya selepas ambil makanan di kelab nie katanya tapak kaki dia mengelupas tapi untuk sehari sahaja. Malam nie muka Syah rasa gatal sedikit. Makanan tulah lunch Syah hari ini dan malam nie Syah tak sempat nak beli apa-apa dan Syah masak Mee Segera Cintan, kebetulan ada stock lama yang tak expired lagi. Syah campurkan dengan cendawan butang dan tahu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.