Tuesday, March 8, 2011

Loan Bank Rakyat Tak Lulus

08.03.2011, Selasa - Syah call Bank Rakyat Cawangan Rawang untuk bertanyakan loan Syah tetapi Pn Sakinah inform loan tu tak approve. Dia minta Syah cuba kat tempat lain. Hehehe ................. itu tak payah ceritalah kan, sendiri mau ingat lah. Syah hendak buat loan untuk langsaikan Loan Koperasi dan hutang Kredit Kad Citibank. So dah tak ada rezeki, nak wat cam mana dan Syah terus call Citibank untuk buat Ballance Conversion dengan kadar 8.88% setahun dengan amount RM16,220.00. Sebulan kena bayar semula RM570.58 kira RM571.00 lah tue. Lebih baik buat macam nie daripada bayar minimum payment sahaja RM1600.00 sebulan dan terpaksa membayar 1.5% untuk setiap transaksi pembelian baru kerana ada ballance dalam credit card. Tapi Syah kena bayar minimum payment untuk bulan nie dengan duit sendiri dulu dan loan tu dikira untuk amount bulan berikutnya. Sebentar tadi Mr Horace dari Citibank call untuk buat voice confirmation untuk Platinum Card Syah kerana mereka tersilap sebut tadi sennya lapan puluh tetapi sepatutnya lapan puluh dua sen. Ingatkan tak lulus lagi tapi rupannya kesilapan teknikal mereka jer. So confirm ballance conversion tu approve. Shukur alhamdulillah daripada tak ada lebih baik ambil apa yang ada.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.