Wednesday, March 9, 2011

Banyak Cerita Lawak Pagi Nie

09.03.2011, Rabu – Semalam Syah inform My Boss Dik Nor yang Syah masuk lewat sedikit hari ini kerana ada urusan di Citibank. Syah keluar rumah macam biasa jam 06:25hrs dan hari ini naik bas ke KL. Syah turun di Jalan Tunku Abdul Rahman ke KWSP kerana hendak mengambil borang untuk menyambung semula pengeluaran KWSP bagi pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan Syah yang telah tamat bulan Februari lepas. Terlanjur di KWSP, Syah print pula penyata KWSP 2011 dan 2010 Syah di mesin yang disediakan secara DIY. Senang jer, ikut instruction yang diberikan, masukkan MyKad dan letakkan ibujari kanan terus dapat penyata.

Dari KWSP Syah naik LRT ke Ampang Park untuk ke Citibank. Hari nie due date bayaran kad kredit Syah. Syah bayar minimum payment untuk kad Platinum dan Air Asia, semuanya RM 1,520.00. Selepas tu Syah buat pertanyaan mengenai Balance Conversion yang Syah buat semalam. Minimum payment untuk bulan nie Syah kena bayar dan lebihannya baru mereka akan buat Balance Conversion dan statement bulan depan baru mereka masukkan. Dari Citibank, Syah jalan kaki ke KLCC dan singgah kedai Mamak Pelita Nasi Kandar untuk beli Horlic O yang Syah minum sambil jalan. Bengang sedikit (sedikit jer) dengan bangla yang jadi cashier tu sebab bila ambil duit macam marah jer dan tarik kuat-kuat duit tu dan Syahpun buat benda yang sama bila dia serahkan duit balance supaya dia rasa apa yang customer rasa kalau buat macam tu dan Syah terus bla. Syah ambil LRT balik office di KLCC dan sebelum tu ke Panggung Wayang untuk tanya mengenai Merung Mahawangsa yang akan ditayangkan esok. Syah tanya harga tiket RM11.00 dan tengoklan macam mana nanti, jika ada kelapangan Syah tengok esok jika tidak hari lain Syah pergi.


Lepas tu singgah di Cold Storage KLCC dan Syah buka plastik Celery untuk tengok fresh atau tak sayur tu. Lepas tu datang seorang staff perempuan terus kononnya betul-betulkan semula bungkusan yang Syah buka tu. Dia buat macam kita nie buat salah walhal Syah dan betulkannya semula. Tiba-tiba dia panjat gondola sayur-sayuran. Mak aiiiiiiii mana dia belajar buat kerja macam tu dengan tak tanggal kasut lagi. Tak terfikir ker kan kasut tu kotor dan dia berpijak ditempat sayur-sayuran segar. Syahpun pernah buat kerja sebagai Assistant Supervisor di Chujitsu Superstor Jalan Ampang (sekarang dah tak ada lagi) tapi kami tak pernah ajar staff buat kerja macam tu. Nampak macam Cold Storage tak ada guideline untuk kakitangan buat kerja.

Chujitsu tu dulu company Jepun dan biasalah disiplin mereka memang ketat. Seminggu sekali setiap seorang dari semua division akan buat product knowledge semasa perhimpunan sebelum Superstor dibuka dan kami sebagai Supervisor atau Assistant Supervisor kena kreatif jika sales hari berkenaan tak touch target, kena buat happy hours sales dengan cara yang unik bagi menarik hati pelanggan membeli barangan yang kita offer sampai ada yang guna loceng untuk tarik pelanggan beli ice cream dan seumpamanya.

Dari KLCC Syah ambil LRT Ke Kerinci dan sampai office jam 10 :45hrs. Pagi ini banyak benda yang tak berkenaan Syah lihat. Heheheheh........Dalam bas tadi, dari Rawang ke KL, penumpang sebelah Syah asik bercakap dengan handphone. Adalah 1.5 hingga 2 jam, Hemmmmmmm lamanya dia bercakap dan untungnya Syarikat telekomunikasi tu. Selain daripada itu ada lagi cerita dan yang ini paling best.

Masa dalam bas ada perempuan call dan kenalkan dirinya sebagai Ayu. Syah ingatkan ex-practical student Syah. Ayu kata, Abang Syah call balik boleh tak dan Syah call semula nombor tu. Ingatkan dia ada temuduga ker di TM tetapi rupannya Ayu lain. Ayu tu inform Syah dia kat rumah dan dalam bilik tidur. Semacam jer cara dia bercakap dan Syah kata nanti saya call balik. Dia inform dapat nombor Syah di facebook. Lepas tu dia sms Syah “Nanti Call Adik Ya?” Macm-macam perangai budak-budak Zaman sekarang nie. Hish…hish….hish….

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.