15.02.2011, Selasa - Shukur Alhamdullilah, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menunaikan salah satu dari lima rukun Islam iaitu Zakat. Satu majlis ringkas telah diadakan di Istana Besar Johor Baharu semalam bersamaan 14.02.2011. Baginda telah berkenan menyerahkan cek bernilai RM 1 Juta sebagai zakat baginda bagi tahun 2010 kepada Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islan Johor (MAIJ). Turut mengiringi baginda dalam majlis ini adalah DYMM Raja Zarith Sofiah bt Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.
- Kepada yang berkemampuan, Syah ingin mengingatkan kita semua termasuk diri Syah sendiri, agar marilah kita berami-ramai menunaikan Zakat bagi harta-harta yang kita miliki yang wajib dizakatkan. Jibrial pernah bertanya kepada Rasulallah, Apakah itu Islam?" Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: "Islam adalah mengikrarkan bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah RasulNya, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu melaksanakannya."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.