Monday, February 14, 2011

Syah Rasa Tak Sihat

Amsyar (anak saudara Azrin) memang cepat mesra dengan orang lain. Kejap jer dah dapat girlfriend @ McD Playground

14.02.2011, Isnin - Hari ini Syah puasa dan rasa macam tak berapa sihat semenjak dari pagi lagi. Lunch tadi Syah tertidur, biasanya syah jarang terlelap waktu lunch dan petang tadi Syah balik awal approx jam 16:00hrs. Syah sampai Rawang jam 18:00hrs dan terus ke bas stand untuk ambil bas ke Rawang Residence. Mulanya hendak beli laksa tapi batalkan niat tu takut nanti penat jalan laksanya habis. Syah beli roti Gardenia Breakthru dan Toastem Raisin Oatmeal. Sampai Rawang Residence lebih kurang jam 19:15hrs. Masa on the way baik rumah nampak kereta Azrin dan ayahnya ada diluar rumah. Tiba-tiba Azrin call dan tanya Syah dimana dan Syah inform dah sampai rumah. Katanya dia, Arip dan Amsyar hendak ke Pekan Rawang tu sebab dia call Syah kerana waktu nie biasanya Syah baru sampai di Rawang. Syah inform dia, Syah puasa dan dia ajak ikut sama ke Rawang dan Syah kata ok sebab boleh buka puasa sekali. So malam nie Syah buka puasa dikedai yang jual laksa tu dekat Pasaraya lama Bintang dan sekarang ditukar nama ke Giant. Nasib baik laksa ada lagi. Syah makan Laksa dan Horlic O Panas manakala Azrin, Arip dan Amsyar minum dan makan roti canai dan satay. Selepas makan we all ke McD bawa Amsyar main-main dibilik mainan McD. Selepas Amsyar puas main we all balik rumah dan kebetulan Arip pun tak berapa sihat kerana sakit perut dan cirit beret sudah dua hari. Sekarang jam 23:08hrs dan Syah rasa badan Syah panas jer.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.