Hari ini perjalanan ke Rawang berjalan lancar. Shuttle train hanya berhenti 10 minit sahaja. Bas ke Rawang Residence as schedule. Sempurna sungguh rasanya hari ini. Sampai rumah macam biasa start kereta. Cuma lepas Maghrib tadi rasa nilu pula. Tak tahu mengapa dah lama tak begini tapi Syah baru lepas minum Cellfood. Minta tak ada apa-apa. Sebentar tadi baru selesai uruskan pesaka Al-Marhumah Che Zan Al-Hajjah seperti biasa. Malam nie malam Jumaat dan esok hari Jumaat dan cepat benar rasanya masa berlalu. Bagaimana nanti bulan puasa tentu cepat masa berlalu dan tahu-tahu sahaja nanti Raya terus. Best sangatkan rasanya. Teringat makam keluarga di kampung yang sudah lama Syah tinggalkan di Tanah Perkuburan Islam Bt 40, Sabak Bernam, Selangor dan Tanah Perkuburan DiRaja Kampung Kota, Hutan Melintang, Perak. Insyallah akan sampai juga Syah kesana sebelum Syawal menjelma untuk menguruskan makam seperti tahun-tahun yang lepas. Memang sedih rasanya tapi apa boleh buat Syah tak berdaya.......................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.