Hari ini Syah bangun lewat. Tiba-tiba terbangun dan TV terpasang dan bila lihat jam 05:45am. Alamak dah lambat. Terus mandi, bersiap dan solat. Sebelum keluar rumah buat Jusmate 5 dan minum semasa tunggu bas. Keluar rumah jam 06:25am. Jam 06:30am bas tak datang lagi. Ingatkan driver biasa tu lambat tapi rupanya ada bas lain masuk, means pemandu biasa tu bercuti. Sampai stesyen KTM train tak ada tetapi 5 minit kemudian Train Shuttle dari Ipoh lalu dan Syah naik train tu terus ke KL Sentral coz dia tak berhenti di lain-lain stesyen lagi. Dari KL Sentral ke officew naik LRT. Shukur Alhamdulilah perjalanan hari ini berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.