Sampai office my Boss, Dik Nor ingatkan mengenai Briefing on the revised SOP Management of Petty Cash di aras 50, Menara TM bermula jam 09:00am. Ingat hendak ke kelinik tapi kena beri priority pada kerja dulu. Masa Q&A Syah keluar ke Kelinik Zariff @ -1, Menara TM hampir jam 11:45am. Minta doktor periksa kenapa Syah buang air kecil kadangkala rasa sakit sedikit. Syah kadangkala mengalami masalah kencing ini tapi kali ini doktor kata tak ada apa-apa cuma air kencing Syah pekat menyebabkan kencing tu kadangkala rasa sakit. Syah inform dia Syah makan Jusmate 5 dan dia nasihatkan kena minum banyak air jika tidak dehydrated. Tapi Syah rasa setiap jam Syah minum, mungkin tak cukup dan kena minum banyak lagi dan Syah akan kurangkan pengambilan Jusmate 5 dari dua kali kepada sekali sahaja lepas ini.
Sekarang hampir jam 12:10 tengahari dan nak prepare untuk solat Jumaat. Petang nanti ada appointment dengan May di NY jam 06:30pm. Lepas solat nanti nak transfer duit dalam akaun Azrin untuk bagi Nenek dia di Pontian coz esok mungkin dia balik Pontian, Johor hantar ibunya (Kak Cik) yang akan berpuasa di kampung selama sebulan untuk jaga nenek yang sedang uzur, Raya baru balik Rawang semula.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.