Sunday, January 19, 2014

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-86 Tahun Tuanku Abdul Halim



Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Sultan Negeri Kedah Darul Aman  dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong XIV

Sempena Hari Keputeraan Tuanku Yang Ke-86
Pada 17 Rabiulawal 1435H bersamaam 19 Januari 2014


Sembah Takzim Daripada


Maharum Bugis Syah

Selamat Hari Lahir Raja Ahmad Alauddin



19 Januari 2014, Ahad :-

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir kepada Pengarah Drama Bersiri Ariana Ross yang sedang meletop sekarang ini di slot Akasia TV 3 iaitu Raja Ahmad Alauddin semuga Abang Udean dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki  terutamanya dalam bidang Industri Hiburan tanah air. Amin.

Kelihatan Abang Udean memotong kek sempena sambutan hari lahir beliau malam tadi di rumah Ayahanda saudaranya  Tengku Aris Temenggong Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhamad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.  Sebelum itu beliau menghadiri majlis Tahlil bondanya Allahyarhamah  Yang Amat Mulia Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang, Selangor.

Saturday, January 18, 2014

Baginda Queen Elizabeth II Dikurniakan Cicit Ke-empat

18 Januari 2014, Sabtu :-


Tahniah diucapkan kepada Baginda Queen Elizabeth II yang telah dikurniakan cicit ke-empat  baginda pada hari Jumaat, 17 Januari 2014. Kenyataan berhubung kelahir ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Istana Buckingham. Cucunda baginda, Zara Phillips telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Gloucestershire Royal Hospital  di Gloucester. Semasa bersalin suami Zara Phillips, Mike Tindall berada disisi beliau. Bayi seberat 3.5 kilogram ini telah tersenarai sebagai pewaris tahta Britain yang ke-16. Walau bagaimanapun bayi ini tidak akan menggunakan sebarang gelaran diraja sepertimana ibunya juga. Nama bagi bayi ini akan diumumkan dalam waktu terdekat ini. 

Zara Phillips merupakan anak sulung kepada Her Royal Highness The Princess Royal, Princess Anne dan bekas suami beliau Kapten Mark Phillips.  Disebabkan Princess Ann berkahwin dengan "orang kebanyakan" dan bekas suaminya telah menolak untuk dianugerahkan sebarang gelaran diraja, maka anak-anak beliau tidak boleh menggunakan  gelaran diraja.  Zara yang merupakan cucunda sulung kepada baginda Queen Elizabeth II telah berkahwin dengan Mike pada 30 Julai 2011 dan berita kehamilan Zara tersebar pada July 2013 lepas.

Sila click link dibawah untuk entry Syah berhubung Zara Phillips.
  1. Berita Kehamilan Zara
  2. Berita Perkahwinan Zara
Sumber :- Royaltu Nu/ Hello Daily News/MBS

Friday, January 17, 2014

Kek Sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz Ke-66 Tahun

17 Januari 2014, Jumaat :-

Syah ingin berkongsi dengan anda semua gambar kek sempena sambutan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir ke-66 tahun yang disambut pada 14 Januari lepas. Ini adalah kek untuk Tuanku dalam dua majlis yang diadakan untuk baginda. Sebenarnya banyak lagi majlis yang diadakan sempena sambutan hari keputeraan baginda tetapi Syah hanya dapat dua gambar ini sahaja.



Kelihatan Tuanku Muhriz memotong kek sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan Darul  Khusus ke-66  yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti pada 14 Januari 2013.


Tuanku Muhriz memotong kek hari keputeraan dalam Majlis Santapan Negeri Sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan Darul  Khusus yang ke-66 di Alson Kelana Resort, Seremban, Negeri Sembilan pada malam 15 Januari 2014.

Sumber :- Fanpage YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Wednesday, January 15, 2014

Titah Ucapan Tuanku Muhriz Pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan Darul Khusus

15 Januari 2014, Rabu :-

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan Darul Khusus sempena sambutan Hari Keputeraan ke-66 Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah diadakan semalam 14 Januari 2014 di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan.  Diantara titah ucapan baginda dalam istiadat ini adalah seperti berikut :-


Alhamdulillah Beta bershukur kehadrat Allah Subhanahu wa ta’ala  kerana dengan izinnya Beta dan Tunku Ampuan Besar dapat berangkat ke majlis pada pagi ini untuk menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-66 tahun.

Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada memanda beta diatas persembahan ucap tahniah dan ikrar taat setia kepada beta bagi pihak kerajaan, pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan seluruh rakyat. Beta dan Tunku Ampuan Besar berasa sukacita dan menghargai doa, ingatan dan kasih sayang yang dilafazkan kepada Beta berdua.

Dikesempatan ini, Beta mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2014. Beta berdoa agar tahun ini akan terus dilimpahi kesejahteraan dan kemakmuran serta kestabilan dari segi ekonomi dan sosial di Negeri Sembilan dan Malaysia amnya.  Beta bershukur keatas kedamaian dan keharmonian Negeri Sembilan yang dikecapi selama ini.


Sumber : Fanpage YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Husin

Sultan Brunei Meredah Hujan Bersama Rakyat Berarak Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014


15 Januari 2014, Rabu :-

Sempena sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W semalam bersamaan 12 Rabiulawal 1435H, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenaan mencemar duli bersama rakyat jelata menghadiri Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Seluruh Negara Brunei Bagi Tahun 1435H/2014M. Kelihatan Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah basah kuyup meredah hujan demi tanggungjawab baginda untuk bersama-sama dengan rakyat dan memuliakan sambutan Maulidur Rasul ini. Sayu hati Syah melihat gambar ini dan betapa merendah dirinya Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang sanggup meredah hujan tanpa mengutamakan kedudukan baginda sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Satu role model yang harus dicontohi oleh kita semua sebagai Ketua tidak kiralah Ketua Negara, Ketua Negeri, Ketua Jabatan, Ketua Perasatuan atau sebagai Ketua Keluarga.

Syah doakan agar Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dan sempurna agar dapat terus menerajui Negara Brunei Darussalam. Amin.

Dirgahayu Tuan Patik.

Sumber :- Arizuan Lee

Tuesday, January 14, 2014

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M


14 Januari 2014, Selasa :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul  Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M di Masjid Putra, Putrajaya. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, para menteri kabinet dan perwakilan dari luar negara.

Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".


Dalam titah baginda, Tuanku Abdul Halim berharap agar umat Islam Malaysia sentiasa berusaha mengukuhkan persaudaraan serta menghormonikan pandangan yang berbeza dalam menilai sesuatu perkara.  Perpaduan adalah wajib dipupuk dan diperteguhkan agar umat Islam tidak dipandang rendah oleh musuh yang sentiasa berusaha menjatuhkan umat Islam. Diantara titah baginda :-
  • Akhir-akhir ini, beta melihat terdapat segelintir penganut Islam yang mudah terpengaruh dengan fahaman luar dan asing yang dibawa masuk dalam masyarakat kita. Fahaman ini didapati ada yang tidak sesuai dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan lazim umat Islam negara ini.
  • Dari satu sudut, perbezaan pandangan atas dasar perbezaan mazhab yang berlainan dianggap isu yang remeh dan kecil kerana hanya melibatan isu cabang dan ranting.
  • Namun ingatlah, cara ia dibahas, dipertikai dan dibincangkan secara sinis dan melulu, boleh mengundang perbalahan, mencetuskan polemik dan boleh mengakibatkan perpecahan serta kegelisahan awam.
  • Marilah kita sama-sama menjayakan setiap usaha memperkukuh persaudaraan, pembaharuan dan perubahan dengan menggunakan acuan Islam sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan penuh kesederhanaan dan berimbang.
  • Rasulullah berjaya membuktikan kepelbagaian dalam masyarakat sama ada dari segi bangsa, keturunan, pegangan agama, budaya dan bahasa, bukanlah satu masalah dan penghalang kepada perpaduan asalkan kesederhanaan ataupun pendekatan wasatiyyah itu dijadikan amalan dalam kehidupan.
  • Ingatlah, kestabilan politik dan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum akan banyak menyumbang ke arah memajukan lagi sosio-ekonomi negara yang tercinta.
Sumber :- Bernama

Raja Nor Jan Shah Ditahan Polis

14 Januari 2014, Selasa :-

Raja Nor Jan Shah Raja Tuah yang mengaku sebagai Sultan Melaka telah ditangkap pagi tadi jam 10:50hrs.  Beliau ditangkap ketika bersama-sama 50 orang pengikutnya yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka untuk menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali Kesultanan Melayu Melaka.  Tangkapa hanya dibuat terhadap Raja Nor Jan Shah sahaja.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Ghazali Khan Shah memaklumkan bahawa penahanan Raja Nur Jan dibuat setelah mendapat laporan polis dari pelbagai pihak berhubung penganjuran beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. Menurut Datuk Shah Ghazali lagi " Kami menerima tidak kurang 10 laporan dari pertubuhan NGO (badan bukan kerajaan) yang risau dengan penganjuran majlis dan jemputan yang menghadiri majls tersebut".

Sumber :- Astro Awani

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang Ke-66 Tahun Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz



Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Tahniah

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR

Sempena Hari Keputeraan Tuanku Yang Ke-66

pada 12 Rabiulawal 1435H bersamaan 14 Januari 2014 

Sembah Takzim Daripada


Maharum Bugis Syah

Tunku Mahkota Johor Ketuai Perarakan Maulidur Rasul

14 Januari 2013, Selasa :-


Sempena sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W pada hari ini bersamaan 12 Rabiulawal 1435H, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah berkenan mengetuai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Kota Tinggi, Johor.  Turut serta dalam perarakan ini adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Haji Mohamed Khalid Nordin.

Sumber :- Kesultanan Johor

Monday, January 13, 2014

Tuanku Hajah Haminah Raikan Princess Benedikte Dalam Majlis Jamuan Teh



13 Januari 2013, Isnin :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenaan meraikan Her Royal Highness Princess Benedikte of Denmark dalam satu Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Istana Negara sempena Mesyuarat Lembaga Pengarah The Olave Baden Powell Society.  Princess Benedikte dan rombongan akan berada di Malaysia selama tujuh hari dan akan berangkat pulang pada 16 Januari ini. Princess Benedikte merupakan adinda kepada Her Majesty Queen of Denmark, Queen Margrethe II.

Sila click link ini untuk mengetahui apa itu  The Olave Baden Powell Society


Sumber :- Bernama 

Sunday, January 12, 2014

Tengku Mahkota Pahang Masuk Hospital


12 Januari 2013, Ahad :-

Dari sumber yang Syah dapati memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah kini sedang mendapat rawatan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Jalan Ampang kerana masalah Influenza. Syah mendoakan agar KDYTM Tengku Abdullah agar cepat sembuh dari kegeringan ini.  Amin.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar KDYTM Tengku Abdullah cepat sembuh.

Saturday, January 11, 2014

Tuanku Abdul Halim Sempurnakan Majlis Konvokesyen KUIN Ke-15


11 Januari 2014, Sabtu :- 

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan mencemar duli menyempurnakan majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah atau lebih dikenali sebagai KUIN.  Istiadat Konvokesyen kali ke-15 ini diadakan di Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil.


Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan sijil Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Kewangan dan Perbankan Islam) dan Anugerah Jaizah Imtiyaz Sultanah Bahiyah kepada seorang graduan kurang upaya, Muhammad Ashraf Anuar. Muhammad Ashraf Anuar telah dapat membuktikan bahawa beliau mampu bersaing dengan pelajar lain dan berjaya dengan cemerlang walaupun keadaan fizikal beliau tidak sempurna seperti orang lain.

Sumber :- Bernama

Friday, January 10, 2014

Tuanku Abdul Halim Solat Jumaat Di Masjid Rafeah


10 Januari 2014, Jumaat :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim sedang memperkatakan sesuatu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Muhriz Tun Mahathir.

Sumber :- Bernama

Thursday, January 9, 2014

Istadat Membuka Naubat di Lapau Sempena Kemangkatan Yang Mulia Pengiran Siti Masharit @ Mariam


09 Januari 2013, Khamis :-

Petang tadi lebih kurang jam 17:00hrs telah diadakan Istadat Membuka Naubat di Lapau, Bandar Seri Bagawan Negara Brunarussalam. Naubat ditutup selama 7 hari atas kembalinya kerahmatullah Yang Mulia Pengiran Siti Masharit @ Mariam binti Pengiran Maharaja Setia Diraja Pengiran Haji Damit pada hari Jumaat 01 Rabiulawal 1435H bersamaan 03 Januari 2014M jam 03:20hrs.

Al-Fatihah ........

Semuga Rohnya Allahyarhamah Yang Mulia Pengiran Siti Masharit @ Mariam binti Pengiran Maharaja Setia Diraja Pengiran Haji Damit ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Danny / Jabatan Penerangan Brunei

Wednesday, January 8, 2014

Pengiran Anak Sarah Hantar Anak Ke Sekolah



08 Januari 2013, Rabu :-

Seperti ibubapa lainnya apabila tiba musim persekolahan semuanya akan sibuk menghantar anak-anak buat pertama kalinya ke sekolah.  Jika ayah sibuk, ibu akan mengambil alih tugas untuk menghantar anak-anak mereka atau jika kedua-duanya ada kesempatan mereka akan bersama-sama kesekolah pada hari berkenaan. Begitulah juga yang terjadi kepada ibu muda ini iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahman yang telah berkenan mencemar duli menghadiri Sesi Taklimat Ibubapa/Penjaga Pendaftaan Masuk Kelas Pra Sekolah Ugama 1435H/2014M.

Hari ini anakanda sulung Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Sarah yang juga merupakan bakal pewaris tahta Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Makota Pengiraan Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah mendaftar masuk kelas Pra Sekolah Ugama di Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei (ISB).

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Tengku Abdullah Raikan Pasukan Hoki Piala Dunia Remaja 2013

08 Januari 2014, Rabu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang juga merupakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia merangkap Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis minum petang bagi meraikan skuad hoki yang menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja baru-baru ini.  Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 atau Hero Hockey Junior World Cup Men 2013 telah diadakan di Stadium National Major Dhyanchand, New Delhi, India pada 06 hingga 15 Disember 2013.

Skaud Hoki Piala Dunia Remaja 2013 diketuai oleh 
Mirnawan Nawawi sebagai pengurus pasukan dan Muhammad Dharma Raj Abdullah sebagai jurulatih Projek 2013 dengan barisan 18 orang pemain terdiri daripada :-
  1. Muhammad Hafizuddin Othman 
  2. Mohd Zulhairi Hashim 
  3. Joel Samuel van Huizen 
  4. Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar 
  5. Muhammad Hafiz Zainol 
  6. Mohd Fitri Saari 
  7. Meor Muhammad Azuan Hassan 
  8. Shazril Irwan Nazli 
  9. Muhammad Firhan Ashaari 
  10. Muhammad Rashid Baharom 
  11. Mohamad Syamim Mohd Yusof 
  12. Muhammad Haziq Samsul 
  13. Muhammad Shahril Saabah 
  14. Muhammad Hazrul Faiz Ahmad Sobri 
  15. Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin 
  16. Kavin Kartik Govindasamy 
  17. Muhammad Azri Hassan 
  18. Faiz Helmi Jali 
Pasukan Malaysia merupakan juara Piala Remaja Asia berada di Kumpulan D bersama pasukan New Zealand, England dan Afrika dalam kejohanan ini.

Majlis diadakan di UniKL ini turut dihadiri oleh Pengerusi merangkap Pro Canselor UniKL, Datuk Dr Adham Baba, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud dan Jurulatih Projek 2013, Muhammad Dharma Raj Abdullah.

Sumber :- Bernama / Carian Internet

Tuesday, January 7, 2014

Negeri Sembilan Tidak Ada Gelaran Raja Muda/Putera Mahkota


Tunku Ali menerima sebilah keris daripada Tuanku Muhriz dalam Istiadat Pertabalan Tunku Besar Seri Menanti pada 22 Februari 2009.

07 Januari 2014, Selasa :-

Setiap negeri beraja di Malaysia mempunyai seorang Raja yang merupakan Ketua Negeri berkenaan dengan menggunakan gelaran Sultan seperti di Kedah, Pahang, Perak, Terengganu, Selangor, Joho r dan Kelantan.  Manakala di Perlis ianya di panggil Raja dan Negeri sembilan pula menggunakan gelaran Yang Di-Pertuan Besar. Setiap Raja-Raja ini mempunyai pewaris kedua tahta dan menggunakan gelaran tersendiri mengikut negeri masing-masing dimana jika berlaku kemangkatan, secara automatik mereka akan dimasyhurkan sebagai Raja yang baru bagi negeri berkenaan.

Gelaran-gelaran Pewaris Tahta Kedua setiap negeri beraja di Malaysia adalah seperti berikut :-
  1. Pahang : Keawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang
  2. Kedah : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah
  3. Perak : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
  4. Perlis:  Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis
  5. Selangor : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor
  6. Terengganu : Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu
  7. Johor : Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
  8. Kelantan : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan
  9. Negeri Sembilan : Tiada
Sebenarnya Negeri Sembilan tidak mempunyai gelaran Raja Muda/Tengku Mahkota .  Tentu ramai yang tidak mengetahuinya kecuali jika anda adalah oarang Negeri Sembilan. Ini bukan bermakna tiada pewaris bagi Yang Di-Pertuan Besar tetapi secara ringkasnya sistem pemilihan pengganti Raja di Negeri Sembilan agak unik sedikit dimana pengganti Raja hanya akan ditentukan selepas kemangkatan Yang Di-Pertuan Besar dikalangan Putera Yang Empat oleh Undang Yang Empat sebelum Almarhum dimakamkan.

Gelaran Putera yang Empat ini hanya diamalkan dalam Adat Pepatih sahaja dan sebab itu ianya berbeza daripada raja-raja yang lain yang menggunakan Adat Temenggong. Dari segi sejarah, Putera Yang Empat dikaitkan dengan tanggungjawab tertentu walaupun kini mereka tidak terikat dengan tugas-tugas berkenaan. Dahulu Tunku Besar Seri Menanti ditugaskan mewakili Yang Di-Pertuan Besar,Tunku Laxmana dan Tunku Muda Serting diamanahkan menerima kedatangan para pembesar manakala Tunku Panglima Besar menjaga keselamatan Istana. Walau bagaimanapun Tunku Besar Seri Menanti tetap kekal menjadi ahli Dewan Keadilan dan Undang.

Mengikut Kekananan, gelaran Putra Yang Empat dan penyandangnya adalah seperti berikut :-
  1. Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz
  2. Yang Amat Mulia Tunku Laxmana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar
  3. Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Jaafar
  4. Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar
Sila click gambar untuk Imej yang lebih besar.

Putera Yang Empat akan sentiasa duduk seiring dengan Yang Di-Pertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar dalam istiadat-istiadat penting Istana seperti Pertabalan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Istiadat Undang Mengadap dan Istiadat Penghulu mengadap.

Gambar diatas diambil sewaktu Pertabalan Tuanku Muhriz sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 26 Oktober 2009.  Shukur Alhamdulillah Syah dapat menyaksikan sendiri Istiadat Pertabalan yang berlangsung di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti ini. Ini adalah pertama kalinya Syah menyaksikan pertabalan seorang Raja dihadapan mata Syah sendiri. Kelihatan dari kiri Tunku Tan Sri Imran, Tunku Ali, Tuanku Muhriz, Tuanku Aishah Rohani, Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin dan Tunku Dato' Seri Nadzaruddin.

Monday, January 6, 2014

Ketua Menteri Melaka Maklumkan ICJ Tiada Hak Iktiraf "Sultan Melaka"

06 Januari 2014, Isnin :-

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron telah membuat kenyataan berhubung isu dakwaan Raja Nor Jan Shah Raja Tuah  yang mendakwa telah diktiraf oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ sebagai Sultan Melaka pada 25 November 2013. Beliau memberikan kenyataan berhubung isu ini selepas ditemui oleh wartawan selepas merasmikan Majlis Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah semalam.

Menurut Datuk Seri Idris Haron, isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa dan ICJ tidak mempunyai hak untuk mengiktiraf Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai Sultan Melaka. Tambah beliau lagi, tidak berlaku isu perebutan dalam masalah ini, cuma Melaka telah mengguna pakai Perlembagaan negara yang menyatakan negeri ini adalah Negeri Selat. Selain daripada itu, beliau sebenarnya meragui kesahihan tandatangan pada surat dari mahkamah berkenaan. beliau meminta Raja Nor Jan supaya menyedari tindakannya kerana rakyat di negeri ini sememangnya mengenali ilmu tentang sejarah Melaka dengan mendalam.

Tambah beliau lagi :-
  • "Justeru, Melaka ditadbir oleh wakil Persekutuan selaku ketua negeri yang dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri atau dahulunya dikenali gabenor yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,"
  • "Bagi saya, sesiapa pun boleh buat seperti itu dan menyuruh sesiapa untuk menurunkan tandatangan. Saya juga tidak nampak bahawa mahkamah berkenaan boleh menentukan Melaka mempunyai sultan atau tidak,"
Sumber :- Utusan Malaysia

Saturday, January 4, 2014

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Mendapat Surat Pengktirafan Dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ



04 Januari 2013, Sabtu :-

Baru-baru ini Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Sultan Melaka ke-44 dan pewaris tahta ke-35 Sultan Perak telah menunjukkan bukti bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ yang berpengkalan di The Hague, Belanda telah memberi pengiktirafan kepada beliau sebagai Sultan Melaka. Surat bertarikh 23 November 2013 itu telah dimuat turun dalam laman facebook DYMM Sultan Melaka. Beliau juga memaklumkan bahawa satu memorandum serta salinan surat berkenaan telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 02 Januari 2014 oleh Utusan Diraja yang dikenali sebagai Datuk Paduka Abu Karim.

Sehubungan dengan itu, beliau akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara ini. Walau bagaimanapun semalam, didalam Fan Page DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah telah mengeluarkan kenyataan bahawa sidang media yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 04 Januari 2014 akan ditunda kehari Isnin, 06 Januari 2014 jam 14:00hrs diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Lokasi sidang akhbar tidak dinyatakan kerana iannya hanya untuk wartawan-wartawan yang terlibat sahaja dan tidak melibatkan orang awam.


Pemberitahuan berhubung sidang media yang diambil daripada dari Fanpage beliau

Surat dari ICJ
Sila Click Gambar untuk Imej yang lebih besar.


Kenyataan beliau berhubung perkara ini telah mendapat riaksi daripada beberapa individu seperti berikut:-

Drs Mohd Nasruddin Rahman, Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka dan juga merupakan bekas Kurator Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mengadakan sidang media di pejabat ISSMA di Bukit Peringgit, Melaka pada 01 Januari 2014 berhubung perkara ini dan disiarkan dalam Harian Metro pada Khamis, 02 Januari 2014 memaklumkan bahawa bukti baru yang dikemukakan itu (surat ICJ) masih boleh dipertikaikan dari segi kesahihannya oleh Pakar Sejarah. Menurut beliau :-
  • Adalah sukar untuk pihak yang mendakwa itu membuktikan kesahihan tuntutan mereka sebagai waris Sultan yang sah berikutan perlu berdepan pelbagai prosidur ketat dan rumit kerana membabitkan salahsilah dan susur-galur keturunan Sultan sebelum ini.
  • Selain itu tiada asas kuat menyokong bukti bahawa alat kebesaran diraja berusia ratusan tahun didakwa milik keturunan nenek moyang Noor Jan Shah, sultan terdahulu.  Ia meragukan.
  • Walaupun beliau menerima surat pengiktirafan dari ICJ sebagai Sultan Melaka, ia tidak boleh diguna pakai untuk memerintah Melaka. "Kita terikat dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Melaka sebuah negeri yang tidak mempunyai Sultan selain Undang-Undang Tubuh Melaka yang tidak boleh diubah atau dipinda tanpa mendapat persetujuan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri".
  • "Saya tidak pasti sejauh mana  kajian dibuat ICJ sehingga boleh mengiktiraf  Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka".
Beliau memaklumkan sebelum ini memang ramai individu yang datang berjumpa beliau mendakwa sebagai Sultan Melaka dengan membawa bukti seperti salahsilah Raja Melayu, tombak, cap mohor berlambang pohon beringin serta cap mohor diraja tetapi ianya boleh dipertikaikan dari segi bukti sejarah.
  • "Ada yang mengemukakan bukti cop mohor yang ditemui di Riau, Indonesia. Memang kita tahu Sultan Mahmud mangkat di Riau dan dimakamkan disitu pada 1528 dan tidak mustahil keturunan Sultan Mahmud juga ada di Riau yang boleh menjadi Sultan Melaka.  Cuma dari segi kesahihan dari bukti boleh dipertikaikan, termasuk cap mohor yang juga boleh dipertikaikan dari segi bukti sejarah.  Kita bawa pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Warisan Negara untuk buat kajian.  Hasilnya negatif.

Datuk Dr Ramlah Adam, Pakar Sejarah dan Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis berpendapat adalah mustahil untuk Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ memberi pengiktirafan kepada Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka sedangkan kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf beliau. Adalah tidak munasabah ICJ berbuat demikian tanpa mendapat pandangan daripada kerajaan dan pakar sejarah negara ini. Kenyataan Datuk Dr Ramlah Adam ini dikeluarkan dalam Harian Metro bertarikh 03 Januari 2014. menurut beliau :-
  • "Soal mendapatkan pengiktirafan ICJ itu adalah urusan dia (Noor Jan), tetapi kita  tidak boleh rekod, malah tidak ada rekod rasmi yang dicatatkan oleh kerajaan Malaysia yang mengesahkan dia adalah Sultan Melaka.  Kita tidak boleh terima pakai pengiktirafan itu".
  • "Mungkin dia hendak jadi terkenal dengan berbuat demikian.  Niat sebenar hanya dia yang tahu".
Sebagai seorang pengkaji sejarah negara, beliau memaklumkan tidak pernah menemui  bukti dalam mana-mana dokumen, risalah atau buku bahawa akan wujud seorang individu yang bergelar Sultan Melaka baru.
  • "Malah, semua pengkaji sejarah negara ini juga tidak pernah membangkitkan soal berkenaan dalam mana-mana pentas perbincangan atau forum.
  • Dari segi kisah sejarah lampau, memang tiada bukti akan wujud Sultan Melaka baru dan pengakuan dia mungkin kerana syok sendiri atau ada sesuatu niat yang kita sendiri tak tahu"

Akhir kata dari Syah ..............“wallahu a’lam bishawab"

Sumber :-  Fan Page DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah / Harian Metro

Thursday, January 2, 2014

Tunku Puan Zanariah Mohon Ketepi Perintah Mahkamah Syariah Berhubung Kes Cerai Beliau

Perbincangan diantara Kamar Ainiah dan anakanda-anakanda Tunku Puan Zanariah dan Almarhum Sultan Iskandar. Dari kiri Tunku Muna Sultan Iskandar, Tunku Noraini Sultan Iskandar dan Tunku Masera Sultan Iskandar bersama Kamar Ainiah Kamarulzaman dan Afshah Arifin.

02 Januari 2013, Khamis :-

Hari ini bekas Sultanah Johor, YAM Tunku Puan Zanariah melalui Tetuan Kamar Ainiah, Raziff dan Zashidi telah mefailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Baharu untuk mengetepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikan YAM Tunku Puan. Permohonan difailkan pagi semalam jam 10:00hrs di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Johor Baharu di Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Lot 259 Jalan Abu Bakar, Johor Baharu, Johor.

Peguam yang mewakili Tunku Puan Zanariah, Kamar Ainiah Kamarulzaman dalam kenyataanya memaklumkan bahawa permohonan tersebut adalah untuk mengetepikan dan membatalkan perintah Mahkamah Rendah Syariah menerusi saman bernombor 01001-054-2025-2010 yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor telah menceraikan Tunku Puan Zanariah pada 23 Januari 2009 dan rujuk yang dilafazkan pada minggu berikutnya adalah tidak sah. 

Tambah beliau lagi, permohonan tersebut dibuat dengan alasan bahawa penghakiman Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bertarikh 30 September 2010 dalam kes saman berkenaan adalah menyalahi hukum syarak dan undang-undang serta menyalahi tatacara Mahkamah Syariah. 

Perintah tersebut tambahnya lagi telah menamakan Almarhum sebagai plaintif walaupun semasa hayat baginda, Sultan Iskandar tidak pernah membuat apa-apa permohonan untuk mengesahkan dakwaan cerai tersebut. Almarhum dan YAM Tunku Puan Zanariah telah hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dengan aman sehingga kemangkatan baginda pada 22 Januari 2010. 

Menurut Kamar Ainiah lagi, "Walaupun Tunku Puan Zanariah dinamakan sebagai defendan di dalam kes saman tersebut, Tunku Puan Zanariah tidak pernah dimaklumkan atau menerima apa jua kertas klausa kes tersebut dan hanya mengetahui penghakiman mahkamah serta dakwaan cerai tersebut pada 22 Ogos 2013 menerusi surat yang dihantar oleh Mufti Johor,"

Kamar Ainiah mendakwa bahawa, daripada surat mufti tersebut, adalah jelas bahawa jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah menyalah guna kuasa apabila membuat fatwa pada 06 Ogos 2010 iaitu lapan bulan selepas kemangkatan Almarhum bahawa Almarhum  dan Tunku Puan Zanariah telah sah bercerai talak tiga pada 23 Januari 2009 dan rujuk Almarhum adalah tidak sah. Menteri Besar Johor pada ketika itu telah mengutus surat kepada Tunku Puan Zanariah pada 09 Disember 2010 menyatakan bahawa gelaran Yang Maha Mulia Sultanah dibatalkan dan Tunku Puan Zanariah langsung tidak mengetahui mengenai keputusan Menteri Besar sehingga dimaklumkan menerusi surat mufti lebih tiga tahun berikutnya.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 20 Januari 2014 untuk sebutan permohonan bantahan ini.

Sila Click entry Syah terdahulu berhubung gelaran Baru Sultanah Nora Ismail dan Sultanah Zanariah .......

Sumber :- Utusan Online

Wednesday, January 1, 2014

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Berpuashati Dengan Prestasi Negara Brunei Darusalam Sepanjang 2013


01 Januari 2014, Rabu :-

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang kini sedang bercuti bersama keluarga baginda di London telah menzahirkan rasa bangga baginda kerana Negara Brunei Darussalam telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2013 dengan jayanya.

Titah ini disampaikan oleh baginda sempena sambutan tahun baru 2014 yang disiarkan secara langsung kepada rakyat Brunei dari London. Diantara titah baginda :- 

 “Untuk itu, beta mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peringkat dan masyarakat seluruhnya yang telah sama-sama mengangkat imej negara di mata tetamu-tetamu kita daripada luar negara,”

Manakala di bidang pembangunan, titah baginda, sektor awam dan swasta berperanan penting untuk berganding bahu mempertingkatkan sosioekonomi negara. Khasnya dalam bidang pentadbiran, perkhidmatan awam adalah jentera kerajaan bagi memberikan perkhidmatan berkualiti kepada orang ramai mahupun komuniti bisnes. 

Baru-baru ini, kedudukan negara di dalam ‘Ease of Doing Business’ menunjukkan pembaikan yang menggalakkan dari tangga 79 pada tahun 2012 kepada tangga 59 pada tahun 2013.

“Beta berharap pencapaian ini akan menyemarakkan lagi semangat kita untuk terus membuat lebih banyak pembaharuan yang diperlukan bagi memudahcara perniagaan,” 

Titah baginda , Matlamat kita, adalah jelas untuk menjadikan negara benar-benar pro-bisnes di mana dengannya, Insya-Allah ekonomi kita akan mendapat berkembang dan berdaya maju, serta banyak lagi peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Baginda seterusnya bertitah, negara memang memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan khasnya di sektor swasta untuk menangani pengangguran yang meningkat, di mana kerajaan melalui agensi-agensi berkenaan sangat giat menggerakkan pengambilan anak-anak tempatan bekerja di sektor swasta untuk mengisi kekosongan yang ada. 

 “Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan juga giat mensejajarkan latihan-latihan teknikal dan vokasional supaya terdapat kesepadanan di antara peluang-peluang pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan. Cara ini akan memastikan anak-anak muda yang mencari pekerjaan mendapat latihan yang bersesuaian dengan peluang pekerjaan yang ada.

Dalam masa yang sama, titah baginda, komuniti bisnes hendaklah mendukung usaha kerajaan bagi sama-sama memberikan keutamaan bekerja kepada anak-anak tempatan dengan menawarkan gaji dan kemudahan-kemudahan lain yang berpatutan lagi munasabah.

Sumber : Pelita Brunei

Nama Tanjong Puteri Ditukar Kepada Johor Baharu


Makam Diraja Johor di Teluk Belanga, Singapura masih kekal hingga hari ini.

01 Januari 2014, Rabu :-

Tahukah anda pada 01 Januari 1866, Temenggung Abu Bakar (kemudiannya bergelar Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Era Moden 1) telah mengubah nama Bandar Tanjong Puteri kepada Johor Baharu. Sehubungan dengan itu Johor Baharu telah dijadikan ibu negeri menggantikan Teluk Belanga di Singapura. Keputusan ini dibuat oleh baginda memandangkan kedudukan strategik Tanjong Puteri untuk dijadikan pusat pentadbiran dan perniagaan. Baginda yang dikenali sebagai Bapa Johor Moden telah berjaya membangunkan Johor Baharu mengikut cara pentadbiran Inggeris. Menjelang tahun 1866, Johor Baharu mempunyai Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Perbendaharaan, Pejabat Audit, Mahkamah Besar, Pejabat Percetakan Kerajaan, Jabatan Kerja Raya, Polis, Pejabat Ukur, Pejabat Tanah, Pejabat Pelajaran dan lain-lain. Kepesatan pembangunan Johor Baharu tetap kekal hingga ke hari ini dibawah kesinambungan pentadbiran lima orang Sultan Johor Era Moden.

Sumber :- Arkib Negara / Panoramio.com

Tuesday, December 31, 2013

Wajah Terkini Sultan Azlan Shah


31 Disember 2013 :-

Tentu ramai yang hendak melihat wajah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak yang telah lama tidak kelihatan dikhalayak ramai.  Inilah dia gambar terbaru Tuanku Sultan Azlan Shah. Pada 28 Disember lepas, Tuanku Sultan Azlan Shah yang berusia 85 tahun telah berkenaan menyumbangkan RM 1juta kepada Institut Jantung Negara atau IJN. Sumbangan ini diberikan kepada IJN adalah sebagai tanda bangga baginda terhadap pencapaian serta usaha IJN dalam menyediakan rawatan kardiovaskular dan torasik kepada pesakit-pesakit jantung.

Sumbang diserahkan oleh baginda dalam satu majlis ringkas di IJN kepada Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambri.  Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd Ali dan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Syah doakan agar Tuanku Sultan Azlan Shah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya. Amin.



Sumber : Bernama

Sunday, December 29, 2013

Wajah Sultan Brunei Ketika Pulang Dari Mengerjakan Ibadat Haji


29 Disember 2013, Ahad :- 

Tahukah anda siapakah gerangannya lelaki ini.  Ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berusia 41 tahun.  Gambar ini diambil pada tahun 1987 ketika baginda kembali daripada mengerjakan ibadat haji buat pertama kalinya. Dikatakan ada seorang mutawif dari Indonesia memberi komen terhadap gambar baginda yang menurut beliau menyerupai wajah orang Arab Yaman.

Sumber : Pg OA