Monday, October 15, 2012

Sultan Brunei Hadiri Majlis Persandingan Pengiran Haji Abdul Qudduus

15.10.2012, Isnin Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha  telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan putera bongsu kepada orang kanan baginda iaitu YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Hj Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.  Pasangan pengantin ini juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Brunei. YAM Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Dayangku Ratna Siti Nooraishah binti Pengiran Dato Paduka Haji Hamzad.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Bekas Raja Kambodia Norodom Sihanouk Meninggal Dunia

15.10.2012, Isnin - Bekas Raja Kambodia Preah Karuna Preah Bat Sâmdech Preah Norodom Sihanouk Preahmâhaviraksat atau lebih dikenali dengan panggilan Putera Norodom Sihanouk yang berusia 89 tahun dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini di salah sebuah hospital di Beijing, China. Pembantu kepada mendiang, Putera Sisowath Thomico dalam kenyataannya hari ini memaklumkan mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung. Dalam kenyataannya juga, beliau memaklumkan sepanjang hidupnya Sihanouk banyak menabur jasa demi negara dan rakyat Kemboja.  Katanya “Kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Kambodia".    Mendiang berlepas ke Beijing awal tahun lalu untuk mendapatkan rawatan perubatan.  Pada tahun 2004, mendiang memberi laluan kepada puteranya Norodom Sihamoni kini bergelar Raja Norodom Sihamoni untuk menaiki tahta Kemboja memandangkan keadaan kesihatan mendiang yang tidak begitu baik untuk memerintah.  Takziah diucapkan kepada Keluarga Diraja Kambodia dan Kerajaan Kambodia diiatas kemangkatan ini.

Sila click entry Syah berhubung kesihatan Putera Norodom Sihanouk dan King Norodom Sihamoni pada Ogos 2011 lepas 
Sumber :- BH Online

Sunday, October 14, 2012

Raja Muda Perak Hadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Agama 2012

14.10.2012, Ahad - Hari ini Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Agama 2012 di Ipoh Perak. Majlis yang diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak di Ipoh ini turut dihadiri oleh Raja Puan Besar Perak Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Zara Salim  serta Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Datuk Mohammad Zahir ABdul Khalid. Kelihatan DYTM Raja Nazrin berkenan bergambar bersama para penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Agama 2012.

Sumber ;- Bernama

Raja Ghana Kehilangan Barang Kemas Pusaka Diraja Di Norway

14.10.2012, Ahad - Malang tak berbau itulah yang menimpa nasib Raja Ghana His Royal Highness King Otumfuo Osei Tutu II yang kehilangan barangan kemas pusaka diraja baginda berupa beberapa bentuk cincin dan perhiasan kepala.  Ghana merupakan sebuah Republik dan baginda merupakan pemerintah bagi kaum Ashanti yang merupakan kaum terbesar di Ghana. Walau bagaimanapun didalam perlembagaan Republik Ghana, baginda dan Ketua-Ketua Puak yang lainnya adalah dilarang untuk melibatkan diri dalam politik di Ghana.  Sudah menjadi kebiasaan bagi Raja Ghana memakai perhiasan daripada emas apabila muncul di khalayak ramai atau menghadiri upacara rasmi.  Gambar diatas menunjukkan King Otumfuo Osei Tutu II bersama Baginda Queen Elizabrth II dan lihatlah perhiasan barang kemas pusaka diraja yang digunakan  oleh baginda. 

Barang-barang kemas pusaka diraja ini dikatakan mempunyai nilai-nilai spiritual  yang tinggi  yang diwarisi dari turun temurun Raja-Raja Ghana serta  melambangkan kekuasaan dan maruah kaum Ashanti.  King Otumfuo Osei Tutu II menjadi ketua kaum Ashanti yang merupakan kaum terbesar Ghana pada  tahun 1999.  Kehilangan barangan kemas pusaka ini berlaku pada Rabu lepas bersamaan 10.10.2012 dan pada ketika itu baginda berada di Oslo, Norway sebagai wakil kerajaan Republik Ghana dalam satu persidangan perniagaan yang diadakan di ibunegara Norway itu. Kehilangan barangan kemas itu disedari pada jam 13:00hrs apabila suitcase kepunyaan baginda didapati hilang ketika diletakkan di Lobi Hotel Radission Blue Plaza. Baginda dan rombongan menginap dihotel berkenaan sepanjang persidangan tersebut. Walau bagaimanapu pihak berkuasa Oslo sedang berusaha menjejak suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup hotel berkenaan dan percaya tangkapan akan dibuat tidak lama lagi.

Semasa temubual radio BBC dengan Setiausaha Raja Ghana, Kofi Owusu Boateng ditanya adakah King Otumfuo Osei Tutu II akan berhadapan dengan risiko diturunkan tahta diatas isu kehilangan barang-barang kemas pusaka diraja ini,  Beliau memaklumkan tiada sebarang sebab untuk perkara seperti itu berlaku dan yang hilang itu bukannya kesemua barang kemas pusaka diraja,  hanya beberapa bentuk cincin dan perhiasan kepala sahaja. King Otumfuo Osei Tutu II bersemayam di kediaman rasmi baginda di Kumasi, Ghana.  Pada awal tahun ini akhbar-akhbar Afrika Selatan melaporkan bahawa baginda telah membeli sebuah kediaman eksklusif di kawasan kejiranan Johannesburg yang akan digunakan oleh baginda setiap kali ke Afrika Selatan untuk mendapatkan rawatan perubatan. Kediaman ini dianggarkan berharga tiga juta.

Sumber :- AFP, BBC News, ABC News dan Global Post 

Saturday, October 13, 2012

Sultan Selangor Hadiri Majlis Konvokesyen UPM ke-36

13.10.2013, Sabtu - Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali yang Ke-36 di Serdang, Selangor.  Kelihatan Tuanku Sultan Selangor menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sr Mohd Sidek Hassan.  Dalam titah baginda pada majlis ini, baginda mengingatkan penuntut UPM agar tidak terpengaruh dengan tuntutan bersuara oleh segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik mereka sendiri.  Baginda juga menasihatkan agar mahasiswa tidak terpengaruh dengan budaya negetif politik kepartian dalam kampus dan tidak terlalu taksub dalam mengikuti perkembangan politik semasa.

Titah baginda lagi mahasiswa dan alumni UPM harus mempunyai jiwa dan semangat patriotik yang tinggi terhadap negara dan tidak sewenang-wenangnya mempermainkan kedaulatan negara atau melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej negara.  Selain daripada itu, baginda juga mengingatkan mahasiswa menjauhkan diri dari gegala negatif seperti rasuah, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa yang akan menjatuhkan imej universiti

Diantara Titah baginda :-
  • Beta berharap ilmu yang dipelajari dijadikan panduan dan pedoman untuk berjaya dengan cemerlang tanpa mengorbankan nilai-nilai yang menjadi teras masyarakat dinegara ini.
  • Jestru para graduan perlu sentiasa mencintai dan menjaga nama baik UPM dimana sahaja mereka berada walaupun selepas tamat pengajian.
Sumber :- Bernama

Tengku Abdullah Hadiri Majlis Konvokesyen UMP

13.10.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Konvokesyen ke-7 Universiti Malaysia Pahang (UMP). Pada majlis konvokesyen kali ini seramai 2,075 graduan UMP menerima Ijazah dan Diploma masing-masing. Kelihatan DYTM Tengku Abdullah diiringi oleh Naib Canselor UMP Dato' Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim sedang beramah mesra dengan sebahagian daripada 13 graduan yang menerima Anugerah Cemerlang pada konvokesyen kali ini.  DYTM Tengku Abdulah merupakan Canselor Universiti Malaysia Pahang.

Sumber ;- Bernama

TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Sampaikan Darjah Kebesaran Negeri Melaka

13.10.2012, Ssabtu - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob telah menyempurnakan majlis penganugerahan  Penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena ulang tahun ke-74 Yang Di-Pertua Negeri Melaka.  Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka ini akan diadakan dalam tiga sesi iaiitu hari ini dan esok manakala sesi ketiga akan diumumkan kemudian tarikhnya.  Pada kali ini seramai 578 akan menerima darjah, tauliah bintang dan pingat daripada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka.  Terdahulu TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil telah memeriksa barisan dan kawalan kehormat Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas. 

Kelihatan TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil menganugerahkan pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.  Seramai enam orang lagi dianugerahkan DCSM iaitu Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Azman Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif Tan Chang Yong Holdings Sdn Bhd Datuk Tan Chang Yong dan Ketua Pegawai Eksekut Digistar Corporation Berhad Datuk Lee Wah Chong.

Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena ulang tahun ke-74 Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob.

Sumber ;- Bernama

Hari Ini


13.10.2012, Sabtu - Salam dan apa khabar semua,  Hari nie Syah datang office untuk siapkan kerja-kerja Syah dan sekarang waktu lunch dan sempatlah update blog sket. Pagi tadi komuter dari Rawang ke KL Sentral agak lambat dan banyak berhenti lama sementara menunggu isyarat dari menara kawalan mereka dan akhirnya Syah sampai lambat hari nie.  Dalam komuter pula tiba-tiba pening kepala dan beli panadol tadi kat KL Sentral tetapi bila sampai office ok plak, so tak jadi makan ubat tue.  Semalam appointment dengan Dr Vijey berjalan lancar dan Dr minta nurse keluarkan benang kat jahitan Syah kerana benang tu masih ada lagi.  Ok lah keadaan piles Syah sekarang sudah beransur pulih cuma Syah hari-hari sembelit dan doktor minta Syah berhati-hati kerana ini tak elok untuk masalah piles Syah.  Boleh dikatakan kesihatan Syah ok cuma ada masa-masanya bila buang air kecil rasa sakit sedikit macam kebiasaannya tu dan mungkin ada kena mengena dengan epididymis Syah .  Ok lah Syah nak sambung kerja semual dan hingga berjumpa lagi yer semua..... Doakan Syah sihat yer...........

Sultan Pahang Hadiri Majlis Malam Keraian Industri Halal Tempatan Halal Fiesta (Halfest) dan Malam Anugerah Usahawan Halfest

13.10.2012, Sabtu - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis Malam Keraian Industri Halal Tempatan Halal Fiesta (Halfest) dan Malam Anugerah Usahawan Halfest.  Majis diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra atau PWTC, Kuala Lumpur. Turut mengiringi baginda Sultan Pahang adalah Pengerusi Secretariat Halfest, Datuk Syed Hussein Al Habshee. Dalam majlis ini juga penyanyi tersohor negara dan usahawan produk kecantikan SimplySiti, Dato' Siti Norhaliza Taruddin menerima anugerah ditempat kedua bagi kategori Pembungkusan Terbaik.

Sumber :- Bernama

Tuanku Abdul Halim Hadiri Kejohanan Golf Tahunan Angkatan Tentera Malaysia 2012

13.10.2012, Sabtu - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Kejohanan Golf Tahunan Angkatan Tentera 2012 yang diadakan di Glenmarie Golf and Country Club, Shah Alam, Selangor.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim sedang melakukan pukulan tee off pagi tadi.  Turut serta mengiringi Tuanku Abdul Halim adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Tunku Temenggong Kedah dan juga merupakan Anggota Jemaah Pemangku   Sultan Kedah Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Jeneral (B) Tan Sri Mohd Shahrom Nordin.  Kejohanan Golf Tahunan Angkatan Tentera 2012 ini disertai oleh orang-orang kenamaan dan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia. 

Sumber : Bernama

Friday, October 12, 2012

Baginda Queen Elizabeth Sakit Belakang

12.10.2012, Jumaat - Semalam Baginda Queen Elizabeth yang berusia 86 tahun terpaksa membatalkan kehadirannya dalam Istiadat Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran kerana mengalami masalah sakit belakang yang kronik.  Baginda dijadualkan menyampaikan pingat dan darjah kebesaran kepada 90 orang penerima di Istana Windsor. Memandangkan tahap kesihatan baginda yang tidak memuaskan, para pembantu baginda bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kepada baginda yang terpaksa berdiri lebih daripada satu jam untuk istiadat ini.  Prince Charles yang berada di Scotland, telah kembali ke London untuk menggantikan tempat bondanya dalam istiadat ini.  Baginda Queen Elizabeth mengalami masalah sakit belakang semenjak beberapa tahun kebelakang ini. Gambar ini adalah gambar terbaru Baginda Queen Elizabeth yang diambil pada Rabu lepas.  Syah mendoakan agar baginda Queen Elizabeth cepat sembuh dari kegeringannya dan  dapat menjalankan segala urusan rasmi baginda seperti biasa.

Sumber :-  Mail Online

Tuanku Abdul Halim Jemput Najib Ujipandu Mini Cooper Baru Baginda

12.10.2012, Jumaat - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah telah berkenan menjemput Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menguji pandu kereta baru baginda di perkarangan Istana Negara. Kereta Mini Cooper S kepunyaan Tuanku Abdul Halim ini merupakan keluaran khas Ôlimited edition one in a thousandÕ yang didatangkan dengan rekabentuk dalamannya oleh Rolls Royce disamping mengekalkan rekabentuk badan asli Mini Cooper.

Sumber :- Bernama 

Appointment Ke Assunta Hari Ini

12.10,2012, Jumaat- Salam Jumaat dan Selamat Pagi kepada semua.  Sekarang jam 06:12hrs dan hari nie Syah tak bekerja kerana ada last appointment dengan Dr Vijey di Assunta. Jam 07:00hrs nanti baru Syah keluar rumah tunggu bas. Just nak informed tu jew dan Insyallah petang atau malam nanti baru Syah boleh update blog.  Selamat menjalankan tugas kepada semua tak kira dimana anda semua berada samada ditempat kerja, dirumah atau dimana-mana sahaja. Syah doakan agar diri Syah serta anda dan keluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik, berjaya dalam hidup, dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah hendaknya, Amin. Ok semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry. byeeeeeeeeeeee

Thursday, October 11, 2012

Sultan Selangor Menerima Mengadap Ketua Setiausaha Negara

11.10.2012, Khamis - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menerima mengadap Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor.  Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berada di Shah Alam untuk lawatan kerja ke Negeri Selangor.  Dalam lawatan ini,juga, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa juga turut mengadakan pertemuan dengan penjawat awam Persekutuan dan Negeri Selangor di Intekma Resort.  Kelihatan Tuanku Sultan  berkenan menerima cenderahati daripada Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Sumber ;- Bernama

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Pengurniaan Darja-Darjah Kebesaran Persekutuan

11.10.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota kepada Ketua Eksekutif Kumpulan Symphony House Berhad, Tan Sri Mohamed Yahaya.

Sumber :- Bernama

Titah Sultan Selangor Berhubung Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia

11.10.2012, Khamis - Hari ini Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani mengeluarkan kenyataan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berhubung perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia yang akan diadakan esok (Jumaat) di Stadium Shah Alam diantara Selangor menentang Kelantan.  Baginda mahukan agar penyokong Selangor dan Kelantan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan untuk kebaikan dan keselamatan semua pihak semasa perlawanan itu nanti. Baginda juga menasihatkan agar kedua-dua penyokong tidak emosional dan menerima sebarang keputusan akhir perlawanan dengan hati yang terbuka dengan penuh dengan semangat kesukanan. Begitu juga selepas tamat perlawanan, baginda menasihatkan agar kedua-dua pasukan penyokong berkelakuan baik dan bersopan ketika diluar Stadium.  Selain daripada itu, baginda yakin bahawa Polis Diraja Malaysia akan dapat mengawal keadaan sewaktu perlawanan itu nanti.

Diantara titah baginda :-
  • janganlah ditimbulkan perasaan yang boleh mencetuskan huru-hara seperti membakar dan memecahkan kerusi, menghina serta mencerca antara satu sama lain.
  • Memadailah kedua-dua penyokong memberi sorakan sebagai memberi semangat kepada pasukan masing-masing untuk mencapai kejayaan dan menikmati perlawanan itu.
Sumber :- Bernama

Hari Ini

11.10.2012, Khamis -  Salam semua dan apa khabar.  Lunch nie hanya sempat buat entry ini dan satu entry dibawah tu jer berkenaan Tunku Puan Nora Ismail.  Pagi tadi Syah lewat sampai office kerana ketinggalan bas dan pagi tadi tak sihat sedikit kerana ada masalah sedikit masa buang air kecil,  macam biasa tu ler ....... tetapi sekarang dah ok.  Pagi tadi rasa letih sangat dan bas pula lambat dan Syah balik sekejap kerumah dan masa tu bas sampai dan tak sempat nak kejar dan terpaksa tunggu next bas.  Lambat setengah jam hari nie masuk kerja.  Esok Syah ada appointment di Assunta untuk masalah piles Syah. Ok lah semua dah nak hampir jam dua petang dan kena sambung tugas semula. Byeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tunku Puan Nora Rasmikan Hospital Sultanah Nora Ismail

11.10.2012, Khamis - Semalam Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail telah berkenan menghadiri majlis perasmian pengisytiharan nama Hospital Batu Pahat kepada nama baharu iaitu Hospital Sultanah Nora Ismail atau HSNI sempena mengambil nama Tunku Puan sebagai bekas Sultanah Johor. Turut serta mengiringi Tunku Puan adalah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan juga merupakan Ketua Puteri UMNO, YB Datuk Rosnah binti Hj Abdul Rashid Shirlin.  HSNI telah dinaik taraf  dengan pembinaan bangunan baharu enam tingkat bernilai RM197 juta.

Nampak anggun dan bergaya lagi nenda tiri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ini.  Untuk makluman, sebelum ini Tunku Puan menggunakan gelaran Sultanah Nora Ismail, walau bagaimanapun dengan titah perintah Sultan Johor yang baru iaitu Sultan Ibrahim gelaran Sultanah tersebut diganti dengan Tunku Puan sahaja pada tahun 2011 lepas. Sila click entry Syah pada tahun 2011 berhubung gelaran ini :- http://tengkusyah.blogspot.com/2011/02/gelaran-baru-sultanah-nora-dan-sultanah.html

Sumber : Kosmo

Wednesday, October 10, 2012

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Santapan Amal Sime Darby LPGA

10.10.2012, Rabu - Malam ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Amal Sime Darby Kejohanan Persatuan Golf Profesional Wanita atau LPGA. Turut mengiringi baginda adalah anakanda tiri baginda, Tunku Panglima Besar Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah.  Majlis yang diadakan di Sime Darby Convention Center ini turut dihadiri oleh Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam.  Kelihatan Tuanku berkenan mengambil gambar kenangan bersama-sama Tun Musa, Tunku Puteri  serta sebahagian daripada pemain-pemain golf wanita.

Sumber :- Bernama

Balik rawang Residence hari Nie

10.10.2012, Rabu - Hari nie Syah balik ke Rawang Residence dan tepat jew jam lima setengah terus keluar sebab nak mengejar komuter. Nasib baik turun jer  escalator KTM KL Sentral train dah ada dan terus berlari meluru masuk sebab pintu dah nak tutup. Shukur Alhamdulillah dapat duduk.Biasanya Syah terlepas train nie dan bengang jew tengok dia berjalan bila Syah turun landasan..........heheheeh. Sampai KTM Rawang jam 18:50hrs dan waktu tu hujan dan Syah buat decision makan dulu di Lambaian Seafood - Meehon Tomyam Putih dan Barli Panas.  Lepas makan Syah bertolak ke bas stop untuk ambil bas jam tujuh setengah tetapi lewat tiba hari nie coz driver ganti. Syah sampai rumah hampir jam lapan lebih dan terus Solat Maghrib.  Lepas tu ke kedai beli biskut Munchy's Cream Crackers RM3.90. Oklah semua Syah hendak buat "Seat Bath" macam biasa sebentar nanti.  By the way keadaan Rawang Residence Syah dalam keadaan baik dan memuaskan, Shukur Alhamdulillah doa Syah dimakbulkan Allah supaya rumah Syah sentiasa dalam keadaan selamat. Sehingga berjumpa lagi di entry seterusnya Syah ucapkan Selamat Malam Kepada Semua Semuga Kalian Dibuai Mimpi-Mimpi Yang Indah.

Pengiran Muda Mahkota Brunei Menerima Mengadap Duta Besar Republik Kesatuan Myanmar


10.10.2012, Rabu - Pada 08.10.2012 lepas Pengiran Muda Mahkota Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Ah-Muhtadee Billah, telah  berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Thura Thet Oo Maung di Qashr Al-Meezaan. Beliau yang akan menamatkan perkhidmatannya ke Brunei telah   menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Duta Besar Republik Kesatuan Myanmar ke Brunei pada 15 September 2008. 

Sumber : Media Permata

Busy Lagi Heheheheh

10.10.2012, Rabu - Salam dan apa khabar semua.  Maaf sebab tak banyak entry sebab sibuk dengan kerja dan semalam hampir jam 22:00hrs baru Syah sampai Ampang (Kak Lang Residency).  Sampai Kak Lang call Syah kat office inform balik cepat sedikit takut bas tak ada.  Dari office Syah naik LRT sampai Ampang dan kemudiannya ambil bas.  Syah busy  sangat sekarang kerana kekurangan kakitangan ditambah pula ada urgent payment yang perlu diuruskan untuk Program Jasa Mu Dikenang untuk meraikan pesara-pesara TM yang akan bermula hari ini.  Semalam tak sempat makan cuma makan roti yang anak saudara Syah, Firdaus buat dan petangnya makan roti lagi dan air soya.  Dalam train makan kerepek soya dan air soya.  Penat tetapi puas sebab kerja-kerja untuk bayaran pesara tu sudah 90% siap dan boleh dihantar hari nie dan dapatlah mereka bayaran RM2,000.00 tu secepat mungkin.  Kali nie ada seramai 311 persara yang perlu dibuat bayaran RM2,000.00 setiap seorang.

Ok lah sekarang sudah hampir jam 08:30hrs dan Syah hendak buat persiapan untuk sambung tugas semula.  Mungkin dalam dua atau tiga minggu nie Syah memang busy sedikit sebab my colleague Kak Rose still on MC dan my Boss Dek Nor cuti bersalin.  Ok sehingga berjumpa lagi dan selamat menjalankan tugas semua, tak kira tugas ditempat kerja atau dirumah... Byeeeeeeeeeeeeee

Tuesday, October 9, 2012

Puteri Tunggal Sultan Johor

09.10.2012, Selasa - Secara ringkasnya Ini adalah puteri tunggal (buat masa ini) kepada Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.  Yang Teramat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah atau lebih mesra dipanggil "Tunku Innah" ini   diputerikan pada 08 April 1986.  Tunku Innah mendapat pendidikan awal di Tadika Hiltop dan Sekolah Convent Johor Baharu sebelum menyambung pengajiannya diperingkat A-Level di Kolej Salle dan Australian International School di Singapura dan memperolehi "Higher School Certificate".  Tunku Inah berminat menunggang kuda semenjak berusia 11 tahun lagi dan mewarisi minat bondanya yang suka melukis.

Tunku Innah juga mengeluarkan rangkaian set penjagaan kuli jenama "Luvins The Royal Art of Beauty" yang dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing, Johor Baharu, Johor.  Luvins berasal daripada perkataan "Luv Ina". Jenama yang dicetuskan oleh Tunku Innah ini sesuai gigunakan oleh semua peringkat kaum wanita tanpa mengira usia.  Tunku Innah juga merupakan pengarah dan pereka bagi Luvins dan telah mendapat sokongan padu daripada kedua ayahanda dan bondanya. Tunku Innah juga berbakat sebagai pereka fesyen.  Produk Luvins boleh didapati di spa dan salun kecantikan dan di Johor Baharu sendiri sudah ada Salun Rambut dan Spa Luvins.

Sumber :- Wikipedia/Kesultanan Johor FB

Monday, October 8, 2012

Paduka Seri KDYMM Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Menerima Mengadap Isteri-Isteri Duta Asing

08.10.2012, isnin - Hari ini KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap isteri-isteri duta asing sempena Hari Puja Usia atau  Ulangthun Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada 07 Oktober lepas. Majlis diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

Sumber : Jabatan Penerangan Brunei

Happy Belated Birthday Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

08.10.2012, Isnin- Selamat Menyambut Hari Keputeraan Syah ucapkan kepada  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.  KDYMM diputerikan pada 07 Oktober 1946 di Kampung Sumbiling, Jalan Istana Darussalam. KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan puteri kepada Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar. KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkahwin dengan Tuanku Sultan Brunei pada 29 Julai 1965 ketika Tuanku Sultan Brunei menjadi Pengiran Muda Mahkota. Hasil daripada perkahwinan ini KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah dikurniakan dua Putera dan lima Puteri. KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan sepupu kepada Tuanku Sultan Brunei dimana Ayahanda KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha adalah adik beradik dengan Bonda Tuanku Sultan Brunei.  Tuanku Sultan Brunei berkahwin sebanyak tiga kali dan telah berlaku pencerai diantara Tuanku Sultan Brunei dengan isteri kedua dan ketiga baginda tetapi jodoh Tuanku Sulltan Brunei bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kekal hingga keakhir ini.

Selamat Menyambut Hari Keputeraan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberkan kesihatan yang baik. Amin. 

Cadangan Perubahan Mengenai Undang-Undang Keluarga Diraja Jepun oleh Pihak Kerajaan Jepun

08.10.2012, Isnin - The Japan Daily Press dalam laporannya baru-baru ini memaklumkan bahawa kerajaan Jepun telah membuat cadangan terhadap perubahan dalam undang-undang yang akan membenarkan kerabat diraja wanita Jepun yang telah berkahwin dengan rakyat biasa mengekalkan status diraja mereka.   .  Dibawah undang-undang keluarga diraja yang digunapakai sekarang ini, mana-mana keluarga diraja wanita yang berkahwin dengan rakyat biasa akan digugurkan status diraja mereka. Sehubungan dengan itu, mereka tidak boleh melibatkan diri didalam pelbagai aktiviti keluarga diraja secara rasmi. Keadaan ini dicadangkan untuk mengekalkan jumlah keluarga diraja yang semakin berkurangan dibawah undang-undang sediada. Buat masa ini terdapat 21 orang keluarga Diraja Jepun dimana lapan dari mereka ini adalah wanita dan jika mereka ini berkahwin dengan lelaki biasa, jumlah kerabat Diraja akan menjadi semakin berkurangan.  Perubahan ini juga dilihat sebagai salah satu langkah mengikut peredaran masa diabad ke-21.

Gambar diatas diambil pada tahun 2008 dan memperlihatkan beberapa orang keluarga diraja Jepun iaitu duduk dari kiri, Crown princess Masako, Princess Aiko, Crown Prince Naruhito, Emperor Akihito, Empress Michiko, Prince Akishino, Prince Hisahito, Princess Akishino.  Berdiri dibelakang adalah Princess Kako dan Princess Mako.

Busy dan Tak Dapat Update Blog

08.10.2012, Isnin -  Salam semua dan Sorry Syah tak dapat update blog hari nie during lunch time coz busy dengan kerja. Maaf yer semua, Insyallah jika ada kelapangan, malam nanti Syah update blog dirumah.

Saturday, October 6, 2012

Bersiap-Siap Ke Office

06.10.2012, Sabtu - Salam dan Selamat Pagi semua dan apa khabar anda hari ini.  Syah berharap anda semua berada didalam keadaan sihat hendaknya.  Sekarang jam 06:49 hrs dan Syah sedang bersiap untuk ketempat kerja kerana Syah nak ke office hari nie setelah MC dua hari untuk clearkan urgent matters sewaktu ketiadaan Syah tempohari.  Mana yang boleh dibuat kat rumah, Syah akan bawa balik nanti dan tak perlulah ke office esok.  Bukan apa perjalan dari rumah ke officepun dah mengambil masa, jadi kalau terus buat dirumah boleh menjimatkan masa cuma terpaksa guna peralatan sendiri dirumah tetapi itu tak jadi masalah.  Ok lah semua Sehingga berjumpa lagi dilain Entray.   Byeeeeeeeeeeeeee

Friday, October 5, 2012

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Selamat Tiba Ke Kuala Lumpur

05.10.2012, Jumaat - Shukur Alhamduillah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidum dan rombongan diraja telah selamat sampai ke Kuala Lumpur petang tadi jam 18:45hrs dari lawatan rasmi negara ke Jepun selama lima hari.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah berkenan melintasi barisan kehormat sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba Seri Paduka baginda berdua disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Sumber :- Bernama

Aktiviti Hari Ini

05.10.2012, Jumaat - Hari ini Syah MC dan tengahari tadi Syah bertolak awal ke Pekan Rawang jam 11:00hrs untuk solat Jumaat.  Bertolak awal bukan apa, sebab takut bas lambat kalau tunggu jam  12 tengahari. Ingatkan hendak bayar bill Celcom tetapi tak ada  kedai Celcom kat Rawang dan Syah terus ke Masjid. Cari kedai Celcom sebab Syah tak ada bill. sebelum bertolak ke Rawang tadi Syah sempat kemas rumah sedikit maklumlah dah hampir seminggu tak balik.  Shukur Alhamdulillah keadaan rumah, kereta, pokok-pokok  semuanya ok. Lepas solat tadi, Syah beli roti dan kerepek soya, air oren dan mineral water.  Masa balik tadi sembang sekejap dengan Bak, Bapa Azrin,  Masa tu dia sedang mengemaskan tanaman depan rumahnya.  Dia bertanya khabar Syah sebab dah lama tak nampak katanya.

Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry ............. Byeeeeeeeee

Tuanku Abdul Halim Akhiri Lawatan Rasmi Negara Ke Jepun

05.10.2012, Jumaat - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidum telah mengakhiri lawatan rasmi negara selama lima hari ke Jepun.  Sebelum berangkat pulang Seri Paduka Baginda berdua telah menerima kunjungan perpisahan daripada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di 'Akasaka Palace'.  Turut serta mengucapkan selamat tinggal kepada Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan diraja di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda adalah Duta Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som dan isteri Datin Norasikin Hashim dan pegawai-pegawai kedutaan Malaysia.

Sumber :- Bernama

Thursday, October 4, 2012

Makam Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ke-4

04.10.2012, Khamis - Akhirnya dapat juga Syah lihat gambar binaan makam Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Era Sejarah Moden Ke-4 iaitu Ayahanda kepada Tuanku Ibrahim, Sultan Johor sekarang. Syah tahu makam Almarhum sudah dibina tetapi tak berkesempatan ke Johor untuk melihatnya sendiri. Dibawah nie adalah gambar makam Almarhum sebelum binaannya dipasang.  Gambar nie Syah ambil sewaktu melawat makam berkenaan pada Disember 2010. Semasa Syah menziarahi makam Almarhum binaannya belum siap lagi dan hanya terdapat dua batu nisan sahaja. Shukur Alhamdulillah,  dapat juga Syah melihat binaan makam Almarhum.  Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Raja Abdul Rahman Raja Basok untuk gambar makam Almarhum Tuanku Iskandar . Really appreciate it.

Entry Syah terdahulu mengenai makam ini.  Sila click link dibawah :- 


Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Bertemu Dengan Komuniti Malaysia Di Jepun

04.10.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidum telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam bersama komuniti Malaysia di Jepun.  Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda dan isteri Hitomi Noda di Istana Tetamu 'Akasaka Palace'.

Sumber :- Bernama

Tuanku Mizan Rasmikan Institut Kemahiran Belia Negara

10.04.2012, Khamis - Hari ini Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenaan merasmikan Institut Kemahiran Belia Negara atau IKBN di Kemasik, Kemaman, Terengganu.  Kelihatan Tuanku Mizan memasukkan replika kunci sebagai simbolik perasmian IKBN.  Turut mengiringi baginda adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery.

Sumber :- Bernama

Tuanku Hajah Haminah Melawat Rumah Anak Yatim Fukuin-Ryo

04.10.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon yang sedang berada di Jepun untuk lawatan rasmi negara selama lima hari bermula 01 Oktober lepas telah mencemar duli melawat Rumah Anak Yatim Fukuin-Ryo di Tokyo. Rumah anak yatim ini diwujudkan pada tahun 1945 iaitu selepas berakhirnya perang dunia ke-2.  Buat masa ini Rumah Anak Yatim Fukuin-Ryo menempatkan 55 orang kanak-kanak yang berumur diantara 2-18 tahun.  Kelihatan Tuanku Hajah Haminah sedang meluangkan masa beramah mesra bersama anak-anak berkenaan.  Tuanku Hajah Haminah juga telah berkenan menyampaikan cenderahati berupa beg sekolah Upin dan Ipin kepada kanak-kanak berkenaan.

Sumber ;- Bernama

Wednesday, October 3, 2012

Omey Demam dan Kasih Sayang Kucing

03.10.2012, Rabu - Gambar ini diambil oleh anak Kak Lang Ella, Ku Chick sebentar tadi. Suka Syah tengok gambar nie, gambaran kasih sayang antara mahluk Allah.  Binatangpun tahu sayangkan saudara mereka inikan pula kita manusia yang diberikan akal fikiran dan masih lagi hendak berbalah sesama sendiri antara adik beradik, saudara mara dan sahabat handai. Paling teruk lagi buang anak lah, seksa anak dan abaikan ibubapa hingga sanggup membuang mereka ditepi jalan atau meninggalkannya didalam bilik hotel murah. Itu adalah beberapa contoh mahluk Allah yang tidak menghargai kasih sayang sesama insan. 

Berbalik kepada cerita gambar nie tadi,  Yang diatas tu namanya Aliq (Kakak) dan dibawah ti Omey (Abang).  Omey kebetulan tak sihat hari nie dan demam sebab badanya panas.  Tadi Ku Chik ternampak Aliq pamperedkan Omey yang sedang demam, So cuteeeeeeeee............ macam kita manusia nie gaklah kalau tak sihat msti ada orang jaga kan?

Gabenor Jeneral Australia Melawat Brunei

03.10.2012, Rabu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,  Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menerima tetamu dari Australia ke negara Baginda iaitu Gabenor General Australia, Her Excellency Quentin Bryce dan suaminya Micheal Bryce.   Gabenor General Komanwel Australia adalah wakil kepada Ratu Australia (iaitu Elizabeth II, Ratu Australia). Gabenor Jeneral Australia mempunyai kuasa eksekutif tertinggi di Australia. Fungsi dan peranan Gabenor Jeneral Australia ini termasuklah melantik duta, menteri dan hakim, memberi Perkenan Diraja terhadap undang-undang, mengeluarkan writ pilihan raya dan mengurniakan kehormat.


Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Wikipedia

Hari Ini

03.10.2012, Rabu - Hari nie macam biasa Syah dari Kak Lang Residency di Ampang.  Jam 06:30hrs Syah dah keluar rumah untuk naik bas dan turun di Ampang Park dan kemudiannya naik LRT ke office. Pagi Syah kerja dan petangnya Syah buat "Dressing" di Assunta Hospital dan lepas tu balik semula ke Ampang dan buat kerja dari rumah. Lately nie biasanya macam tu ler sebab Syah kena buat "dressing".  Disebabkan Syah tak balik ke office, Syah bawa semua dokumen yang hendak diproses hari ini untuk dibuat di rumah exspecially Shopping Cart.  Beginilah keadaannya didalam "Dressing Room" dan Syah kena meniarap sewaktu buat "dressing" tu.  Setelah selesai Syah ke Surau di Hospital Assunta untuk solat Zohor.  

Selepas selesai solat, Syah ke kaunter express untuk settlekan bil.  Syah solat dulu sebab biasalah GL memang lambat keluar. Semalam Syah solat kat LRT Taman Jaya tetapi hari nie Syah solat di Hospital Assunta sahaja.  By the way mereka sediakan surau di Aras 3, bangunan lama hospital berkenaan. Chapel (Gereja) pun ada disediakan di hospital ini.  Lepas solat baru Syah ke kaunter bayaran dan GLpun sudah siap. Lepas tu beli puff kat 7E Assunta Hospital sebelum withdraw duit sket.  Dari Assunta Hospital Syah jalan kaki ke PJ Old Town untuk ambil bas ke LRT Taman Jaya kerana tak ada bas lalu depan hospital.  Biasanya Syah ke Assunta hospital naik LRT dari office (2 station jew) dan kemudiannya ke hospital naik teksi dan baliknya pula naik bas 505 ke  LRT Taman jaya. Tambang teksi sekitar RM4.50 manakala bas RM1.00 sahaja.

Dari LRT Taman Jaya Syah turun di Ampang Park dan beli buah betikt dan jajan baru naik bas ke Ampang. Masa tunggu bas di PJ Old Town tadi Syah beli Orange Juice dan Roti Kacang Merah.  Sekarang jam 08:12hrs ddan Syah nak solat Insyak jap lagi dan kemudiannya sambung kerja sket.  Sket jer lagi tak habis.  Ok lah.............. sehingga berjumpa lagi dilain Entry...Selamat malam Semua.
.

Tuanku Abdul Halim Diberikan Sambutan Penuh Adat Istiadat di Imperial Palace

03.10.2012, Rabu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidum telah diberikan sambutan penuh adat istiadat sempena   kunjungan negara keatas Maharaja Jepun, Maharaja Akhito dan Maharani Michiko di Imperial Palace.  Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut oleh Maharaja Akhito,  Maharani Michiko, Putera Mahkota Naruhito serta Putera dan Puteri Akishino. Baginda kemudiannya diperkenalkan kepada kerabat diraja Jepun dan Perdana Menteri Yoshihiko Noda dan isteri Hitomi Noda serta anggota kabinet Jepun. Lagu kebangsaan negara kita "Negaraku" serta lagu kebangsaan Jepun "Kimigayo" berkumandang diudara dimainkan oleh pasukan pancaragam Pasukan Bela Diri Jepun.

Tuanku Abdul Halim kemudiannya berkenan menerima tabik hormat daripada Perbarisan Kehormat yang terdiri daripada 132 anggota Pasukan Bela Diri Darat Jepun. Kelihatan kanak-kanak sekolah dari Sekolah Rendah Gakushuin mengibarkan "Jalur Gemilang" dan "Hinomaru" (bendera Jepun) ketika Tuanku Abdul Halim memeriksa perbarisan kehormat. Seri Paduka Baginda berdua dan Maharaja serta Maharani Jepun kemudiannya beredar untuk berangkat ke Kamar Bambu atau "Take-no-Ma" untuk mengadakan kunjungan negara terhadap Maharaja Jepun.

Malam ini juga nanti akan diadakan Majlis Santapan Diraja bagi meraikan Seri Paduka Baginda berdua serta rombongan Diraja Malaysia di istana yang sama.

Sumber :- Bernama

Tuesday, October 2, 2012

Gerhana Matahari Ker Tengahari Tadi

02.10.2012, Selasa - Lunch tadi Syah ke Assunta untuk buat dressing dan lepas siap buat dressing Syah bertolak balik ke rumah dan sambung kerja dari rumah.  Syah dah bawa dokumen yang perlu disiapkan dari office pagi tadi.  masa keluar Assunta Hospital, Syah tengok beberapa orang nurse memandang ke langit dan Syah ingatkan apalah mereka pandang tu dan Syah buat tak tahu sahaja.  On the way ke bus stop dan lalu satu kelinik nie dan Syah tengok nurse mereka memandang ke langit juga.  Apa benda mereka lihat tu dan bila Syah pandang atas nampak matahari ada imej hallow.  Hemmm.......... agaknya gerhana matahari tetapi tak pula dimaklumkan dalam berita seperti selalunya.  Lepas tengok dua tiga kali, Syah ambil cermin mata hitam Syah dan tengok ke langit sekali lagi dan ambil gambar-gambar dan ini lah salah satu darinya.Ok lah Syah nak sambung kerja nie dan sehingga berjumpa dilain entry...........

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Aminah Melawat Menara Tertinggi Dunia di Jepun

02.10.2012, Selasa - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidum yang berada di Jepun telah mencemar duli melawat Tokyo Skytree Tower di Tokyo.  Tokyo Skytree Tower merupakan Menara tertinggi didunia dengan ketinggian 634.0 meter atau 2,080 kaki. Menara ini mula dibuka pada 22 May 2012 dan mendapat pengkitirafan daripada Guinness Book of World Records sebagai Menara paling tinggi di dunia. Kelihatan Seri paduka Baginda berdua sedang melihat replika menara berkenaan di salah sebuah kedai cenderahati di menara tersebut.  Tuanku Abdul Halim dan rombongan berada di Jepun untuk lawatan rasmi negara mulai 01 hingga 05 September 2012.  Keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan rombongan disambut oleh Mr Michiaki Suzuki, Presiden bagi Tobu Tower Skytree Co Ltd.

Sumber :- Bernama