Tuesday, February 15, 2011

Aktiviti Hari Cuti

15.02.2011, Selasa - Hari ini Cuti Maulidur Rasul dan pagi tadi Syah sempat kemas sedikit rumah dan bersihkan meja konsol dan sebahagian perabut dengan Minyak Kayu Murni. Pagi nie Syah breakfast dengan Susu Omega dan Gardenia Toastem Raisin Oatmeal sebelum mengambil Vitmin E dan Minyak Ikan. Sekarang jam 12:35hrs dan sambil mentenet Syah menonton rancangan keagamaan di TV sempena maulidur Rasul.

Maulidur Rasul

Dibahagian tengah adalah Makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masji Nabawi, Madinah Al-Munawarah. Disebelah kanan dan kira adalah makam para sahabat iaitu Umar dan Abu Bakar As Siddiq. Masih segar lagi ingatan Syah semasa Ziarah ke Makam ini bersama Almarhum Nenda Ahmad Al-Haj dan Almarhumah Bonda Che Zan Al-Hajjah beserta Kak Ngah Normah dan Bonda Ejon sekitar 1990an. Gambar ini Syah ambil daripada Internet. Insyallah satu hari nanti Syah akan sampai juga kesini untuk kali keduannya ............... Insyallah dengan izin Yang Maha ESA.

15.02.2011, Selasa - Hari ini merupakan cuti umum satu Malaysia sempena Maulidur Rasul. Apa itu Maulidur Rasul ? Maulidur Rasul merupakan perkataan bahasa arab yang membawa maksud KELAHIRAN RASUL. Maknanya hari ini adalah Hari Keputeraan Junjungan Kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda diputerakan pada Subuh Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Tahun Gajah diambil sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah menyerang Kota Ka'abah. Ayahanda Baginda adalah Abdullah bin Abdul Mutalib dari Bani Hashim manakala bonda baginda bernama Aminah binti Wahab.

  • Ayahandanya mangkat sewaktu baginda dalam kandungan lagi.

  • Sewaktu berusia 5 tahun telah datang dua malaikat membedah dada baginda untuk membersihkan diri baginda.

  • Bonda baginda meninggal dunia sewaktu baginda berusia 6 tahun. Baginda telah diasuh oleh Barakah Al-Habsyiyyah atau Ummu Aiman yang merupakan hamba Ayahanda Rasulallah. Kehidupan baginda ditanggung oleh datuknya Abdul Mutalib. Ibu Susuan Baginda pula adalah Thuwaibah (hamba Abu Lahab) dan Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah.

  • Datuknya meninggal dunia sewaktu baginda berusia 9 tahun dan selepas itu baginda dibesarkan oleh bapa saudaranya Abu Talib.

  • Dalam usia 9 tahun dan ada setengahnya meriwayatkan 12 tahun, baginda mengikut bapa saudara baginda bermusafir untuk berniaga di negeri Syam. Sewaktu di Syam mereka telah didatangi seorang Pendita Nasrani bernama Buhaira memaklumkan kepada Abu Talib mengenai kenabian baginda setelah memeriksa baginda dengan teliti.

  • Dalam usia 20tahun dan ada menyatakan 15 tahun, baginda terlibat dalam peperangan Fijar. Baginda juga telah menyaksikan Perjanjian Al-Fudhui yang merupakan perjanjian membantu orang-orang yang dizalami di Mekah.

  • Dalam usia 25 tahun, baginda bermusafir ke Syam buat kali kedua atas urusan perniagaan dengan Siti Khatijah dan hambanya Maisarah (hamba lelaki). Ayahanda-ayahanda saudara baginda termasuk Abu Talib telah berjumpa dengan bapa saudara Khatijah, Amru bin Asad untuk meminang Khatijah bagi pihak baginda. Baginda berkahwin dengan Khatijah yang waktu itu berusia 40 tahun dengan mas kahwin 500 dirham.

  • Dalam usia 35 tahun baginda telah ke Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah dan membinanya semula bersama penduduk dan pembesar Mekah. Baginda telah diberi kepercayaan untuk meletakkan Hajarul Aswad ditempatnya sekarang.

  • Dalam usia 40 tahun, baginda menerima Wahyu Pertama di Gua Hira dan diangkat menjadi Nabi Umat Islam yang terakhir. Disinilah bermulanya hidup baginda sebagai Rasul terakhir yang penuh dengan dugaan dan cabaran bagi memertabatkan Agama Islam itu sendiri. Baginda Berdakwah secara bersembunyi selama 3 tahun dan selepas itu mendapat petunjuk dari Allah untuk menyebarkan Islam secara terbuka. Pelbagai tekanan dan penindasan dilakukan kepada golongan yang menyokong baginda. Baginda pernah ditawarkan dengan kuasa, harta benda dan wanita tetapi tidak pernah runtuh Iman baginda untuk menyebarkan Syiar Islam hingga Islam itu tersebar ke seluruh dunia.

  • Dalam Usia 53 tahun, baginda berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq

  • Baginda Wafat dalam usia 63 tahun di Madinah Al-Munawarah pada 12 Rabiul Awal 11 Hijrah bersamaan 08 Jun 632M dan dimakamkan di dalam Kawasan Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah.

Tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dikenali sebagai Maulid Nabi, terletak berhampiran Mas'a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali. Sekarang tempat ini telah didirikan bangunan dua tingkat dan dijadikan Perpustakaan yang dikenali sebagai Maktabah Makkah Al-Mukarramah. Kebanyakan koleksi bacaan disini merupakan buku-buku dan kitab-kitab agama Islam.


Di negara kita, kebiasaannya kita akan menyambut Maulidur Rasul dengan mengadakan pelbagai majlis/acara seperti perarakan, ceramah dan seumpanya. Kita akan mendapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala jika kita mengadakan atau menghadiri sebarang majlis Maulidur Rasul. Marilah kita beramai-ramai menyokong sebarang aktiviti keagamaan sempena maulidur Rasul ini ditempat atau kawasan perumahan kita.

Riwayat Al-Sajary daripada Anas menyatakan Rasulallah s.a.w. bersabda "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."

Sultan Johor Bayar Zakat RM1 Juta

Gambar diambi dari Berita Harian

15.02.2011, Selasa - Shukur Alhamdullilah, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menunaikan salah satu dari lima rukun Islam iaitu Zakat. Satu majlis ringkas telah diadakan di Istana Besar Johor Baharu semalam bersamaan 14.02.2011. Baginda telah berkenan menyerahkan cek bernilai RM 1 Juta sebagai zakat baginda bagi tahun 2010 kepada Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islan Johor (MAIJ). Turut mengiringi baginda dalam majlis ini adalah DYMM Raja Zarith Sofiah bt Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

  • Kepada yang berkemampuan, Syah ingin mengingatkan kita semua termasuk diri Syah sendiri, agar marilah kita berami-ramai menunaikan Zakat bagi harta-harta yang kita miliki yang wajib dizakatkan. Jibrial pernah bertanya kepada Rasulallah, Apakah itu Islam?" Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: "Islam adalah mengikrarkan bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah RasulNya, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu melaksanakannya."

Monday, February 14, 2011

Syah Rasa Tak Sihat

Amsyar (anak saudara Azrin) memang cepat mesra dengan orang lain. Kejap jer dah dapat girlfriend @ McD Playground

14.02.2011, Isnin - Hari ini Syah puasa dan rasa macam tak berapa sihat semenjak dari pagi lagi. Lunch tadi Syah tertidur, biasanya syah jarang terlelap waktu lunch dan petang tadi Syah balik awal approx jam 16:00hrs. Syah sampai Rawang jam 18:00hrs dan terus ke bas stand untuk ambil bas ke Rawang Residence. Mulanya hendak beli laksa tapi batalkan niat tu takut nanti penat jalan laksanya habis. Syah beli roti Gardenia Breakthru dan Toastem Raisin Oatmeal. Sampai Rawang Residence lebih kurang jam 19:15hrs. Masa on the way baik rumah nampak kereta Azrin dan ayahnya ada diluar rumah. Tiba-tiba Azrin call dan tanya Syah dimana dan Syah inform dah sampai rumah. Katanya dia, Arip dan Amsyar hendak ke Pekan Rawang tu sebab dia call Syah kerana waktu nie biasanya Syah baru sampai di Rawang. Syah inform dia, Syah puasa dan dia ajak ikut sama ke Rawang dan Syah kata ok sebab boleh buka puasa sekali. So malam nie Syah buka puasa dikedai yang jual laksa tu dekat Pasaraya lama Bintang dan sekarang ditukar nama ke Giant. Nasib baik laksa ada lagi. Syah makan Laksa dan Horlic O Panas manakala Azrin, Arip dan Amsyar minum dan makan roti canai dan satay. Selepas makan we all ke McD bawa Amsyar main-main dibilik mainan McD. Selepas Amsyar puas main we all balik rumah dan kebetulan Arip pun tak berapa sihat kerana sakit perut dan cirit beret sudah dua hari. Sekarang jam 23:08hrs dan Syah rasa badan Syah panas jer.

Sunday, February 13, 2011

Permaisuri-Permaisuri Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Ke-2 Era Moden yang berstatus Sultanah


13.02.2011, Ahad - Ini adalah permaisuri-permaisuri Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Ke-2 Era Moden yang mendapat gelaran DYMM Sultanah Johor.
Bermula dari Kiri :-
  • Tunku Ampuan Besar (Sultanah) Maimunah bt Ungku Abdul Majid (15.11.1867 - 02.12.1909) ditabalkan pada 02.11.1895.
  • Sultanah Rogayah (Ruqaiya) (04.09.1880 - 08.03.1926) ditabalkan pada 30.08.1920.
  • Sultanah Helen (21.12.1889 - 13.08.1977) ditabalkan pada18.11.1931.
  • Sultanah Marcella (07.11.1915 - 01.06.1982) ditabalkan pada 17.09.1955.

Nama Baginda menyamai DYMM Sultan Johor Sekarang iaitu DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Era Moden Ke-5. Bonda DYMM Almarhum Sultan Ibrahim adalah Cecilia Catharina Lange atau YAM Enche' Besar Zabedah manakala DYMM Sultan Ibrahim pula telah menganugerahkan gelaran yang sama kepada bonda baginda pada 22.11.2010 sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Sekarang bonda baginda Che Puan Hajjah Kalsom Abdullah @ Josephine Rubby Trevorrow bergelar YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom.


Entry Syah berhubung Almarhum Sultan Ibrahim :-
Entry Syah berhubung Bonda Sultan Ibrahim :-

Semalam dan Hari Ini

13.02.2011, Ahad - Semalam Syah menghadiri kenduri kahwin saudara Syah di Langat, Selangor. Anak Mak Uda Unong kahwin. Mak Uda Unong atau nama sebenarnya Siti Zaniah nie dahulu pernah bertunang dengan Uncle Syah, Al-Marhum Mon Al-Haj tetapi tak ada jodoh dan akhirnya dia berkahwin dengan Encik Abu, seorang kakitangan Istana Negara (sekarang telah pencen). Dari Rawang Syah naik Bas Metro dan kemudianya megambil LRT ke Ampang dan naik bas ke Ampang Campuran. Kami bertolak selepas Zohor. Balik dari kenduri kahwin Syah temankan Kak Lang Ella dan suaminya, Azam kekedai elektrik kerana Kak Lang hedak beli lampu bagi rumahnya yang sedang direnovate. Setelah selesai, azam hantar Syah ke stesyen LRT Ampang. Syah sempat singgah di Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman dan makan laksa. selepas tu Syah balik ke Rawang dengan bas.


Pasangan Penganti Baru Mohd Ozzie dan Fatihiah. Majlis resepsi diadakan di Dewan Sri Nanding, Taman Sri Nanding, Langat, Selangor

Semenjak balik malam tadi, syah macam terbau bau busuk dalam rumah. Mula-mula Syah ingat sebab lantai tu berbau kerana salah mop ker semalam. Kemudian terfikir pula malam semalam blackout dan Syah buka tingkap belakang dan mungkin bau nie bau tahi ayam jiran (ayam serama) terperangkap dalam rumah. Akhirnya tergerak hati nak bersihkan peti sejuk dan bila Syah periksa rupannya ada air bertakung. Peti sejuk Syah nie jenis yang lama dan tempat takungan air tu dibelakang peti sejuk (janganlah ketawa yer...) dan bukannya didepan seperti sekarang. Rupanya bau masam tu dari air yang bertakung tu. Syah cuci satu peti sejuk dan mop semula lantai. Sekarang baru tak ada bau tu. Pagi tadi Syah sempat basuh baju dan sementara nak tunggu iannya siap dicuci Syah jalan kaki keliling taman. Masa Sapu depan rumah anjing jiran sebelah Syah si "King' tuannya lepaskan dan masuk dalam car porch Syah dan kemudianya dia menyalak kat Syah. Lepas tu saja tanya jiran Syah, awak lepaskan anjing pagi tadi? dia jawab yer bagi dia exercise jalan-jalan. Syah inform dia masuk rumah saya dan dia hanya senyum jer....yer lah takkan nak nangis pula kan. Hehehehe..................

Friday, February 11, 2011

Blood Test Result Sudah Keluar

11.02.2011, Jumaat - Shukur Alhamdulillah, Blood Test Syah sudah keluar petang semalam. Nervous juga Syah nak jumpa Dr. Faridah. Masuk bilik doktor jer, berdebar dan Dr. Faridah inform kolestrol Syah sudah berada ditahap normal. Wow gembiranya Syah kerana penjagaan makanan Syah telah berjaya menurunkan Cholesterol Level Syah. Sebelum ini bacaannya 8.1 dan berada ditahap bahaya tetapi semalam iannya kembali normal dengan bacaan 4.1 dengan kadar HDL-Colesterol 1.23 dan LDL-Colesterol 2.72. Dr Faridah minta Syah makan ubat Kolestrol lagi tetapi Syah inform dia yang Syah tak nak makan ubat lagi dan akan jaga makan. Dr. Faridah setuju dan katanya 3 bulan lagi dia minta Syah buat blood test semula. Jadi Bulan Mei 2011 nanti Syah akan buat blood test sekali lagi.

Aktivit petang nie.

My Dinner @ Rawang Residence

11.02.2011, Jumaat - Untuk dinner malam nie Syah masak sup sayur dan minum Fiesta Fresh Orange Juice. Petang tadi Syah makan Red Dragon Fruit. Solat Jumaat hari ini pula di Masjid Nurul Iman, Bandar Rawang. Masa tunggu bas untuk ke Bandar Rawang, tiba-tiba kereta Azrin lalu di bas stop Taman Garing Utama dan dia invite Syah naik kereta dia. Actually dia hendak hantar Arip balik Seremban dan kemudian akan tidur dirumah adiknya Firdaus. Parents dia sudah pergi dahulu sebab hari ini Azura (isteri Firdaus) ada audition AF. Lepas solat, teringin nak makan laksa dan syah jalan kaki ke Pekan Rawang tetapi malangnya kedai tu tutup. Sian Syah jalan tengah panas tapi hajat tak sampai. So Syah jalan ke Bas Stand Rawang dan dah tak ada pilihan, Syah makan Rojak dan Barli Ice di kedai mamak sebelah 7E. Hampeh ............... rojak tu out betul rasanya dan Syah tak makan habispun. bas balik ke Rawang Residence agak lambat hari ini. Syah sampai rumah hampir jam 16:00hrs dan sapu depan rumah coz semalam jiran Cina Syah tu sembahyang dan bakar kertas sempena hari terakhir sambutan tahun baru cina. Habis abu kertas tu masuk area car porch Syah dan terpaksa disapu, nak buat macam mana angin yang tiup. So sekarang jam 20:18hrs dan Syah hendak dinner. Makan Semua.

Rumah KErabat Diraja Terengganu Dimasuki Pencuri

11.02.2011, Jumaat - Beberapa hari lepas Kosmo melapurkan bahawa salah seorang kerabat diraja Terengganu kerugian RM85,000.00 akibat rumahnya di masuki pencuri. Kejadian ini disedari oleh Tengku Shahriman Tengku Tengku Ibrahim yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun pada hari Ahad, 06.02.2011 selepas kembali daripada cuti tahun baru cina bersama keluarganya. Sepatutnya beliau dan keluarga balik ke rumah mereka di Jalan Limau Cula, Kampung Gong Limau, Kemaman, Terengganu sehari sebelum kejadian tetapi berpatah semula kerumah ayahandanya di Kuala Terengganu kerana jalan sesak. Inilah yang dinamakan ketentuan Ilahi dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Syah berharap agar keluarga Tengku Shahriman bersabar menghadapi dugaan ini.

Diantara barang-barang yang hilang adalah wang tunai RM5,000.00, barang kemas yang dianggarkan bernilai RM55,000.00, dua set komputer riba dan sebuah kamera. Beliau mendapati tingkap bilik tidur utamanya telah diumpil oleh pencuri berkenaan untuk masuk kedalam rumah. Menurut beliau lagi, sistem pengera keselamatanyna tidak berfungsi kerana beliau membuat pendawaian semula sebelum mereka pergi bercuti. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis. Hasil daripada rakaman CCTV pencuri berkenaan yang sempat dirakamkan ditepi tingkap rumah beliau, pihak polis telah menahan dua orang remaja lelaki untuk membantu siasatan kes ini.

Thursday, February 10, 2011

Train Bergerak Lambat

10.02.2011, Khamis - Pagi tadi berlari-lari anak Syah masuk stesyen KTM Rawang ingatkan ada train rupannya train lain. So Syah ke toilet dulu tapi guna lampu handphone kerana tiada bekalan elektrik lagi dan hanaya beberapa kawasan sahaja terang mungkin mereka guna janakuasa. Keluar dari tanda terus ada Shuttle Ipoh-KL dan apalagi terus naik Tapi malangnya train bergerak perlahan dan berhenti agak lama tak tahu mengapa, bukan kerana bekalan elektrik tetapi memberi laluan kepada keratapi lain. Biasanya jam 08:00hrs sudah sampai ke KL Sentral tetapi hari ini hampir jam 08:30hrs baru sampai. Nasib lah pagi nie, ingatkan nak cepat naik komuter tapi lambat juga akhirnya sampai. Selepas letak beg, Syah ke -1 untuk cari Mr Vijay untuk buat bayaran news papernya. Selepas tu Syah singgah ke Kelinik Zarif untuk bertanya mengenai blood test Syah tapi mereka inforam tak dapat lagi. So, Syah terus naik semula ke office untuk menyambung tugas.

Belanja @ TESCO Rawang Malam Tadi

10.02.2011, Khamis - Malam tadi Syah minta Azrin tolong Syah untuk beli keperluan dapur di Tesco Rawang. Mulanya dia kata selepas balik kerja tadi, dia sudah singgah di Tesco Rawang dan fahamlah maksudnya tu. Walau bagaimanapun dia call semula, kata hendak ke Tesco untuk beli beras. So Syah kata ok tetapi kami ke Pekan Rawang dulu coz Syah hendak cari fern untuk deco rumah Syah yang tak cukup, tapi tak jumpa fern yang Syah hendak tu dan Arip ke kedai pengantin dan kedai bunga untuk projek andamannya. Hari ini Syah akan cari ditempat yang Syah beli semalam. Sampai ke Tesco hampir jam 22:00hrs dan Tesco tutup jam 23:00hrs. Arip sempat bertekak dengan Security yang tak bagi dia bawa begnya masuk, akhirnya Arip berjaya bawa masuk juga beg dia kerana ada barang-barang beharga didalamnya. Selepas beli barang, Syah belanja Azrin dan Arip makan di De Anjung Seafood, Bandar Rawang. Semasa sedang menunggu makanan, tiba-tiba Bandar Rawang blackout dan kami makan bertemankan lilin. Selepas makan Azrin hantar Syah balik dan tolong punggahkan barang-barang Syah manakala Arip dalam kereta tak boleh keluar kerana katannya ada pokok bunga dicelah kakinya - dia beli bunga rose dalam pasu. No comment .......... heheheheh. Selepas kemas barang-barang yang dibeli, Syah solat Insyak dulu sebelum beradu.

Wednesday, February 9, 2011

Sejarah Kesultanan di Pahang

09.02.2011, Rabu - Sepertimana yang kita semua maklum, Kesultanan Pahang sekarang ini adalah bermula daripada keturunan Bendahara apabila Tun Abdul Majid diangkat menjadi Bendahara Pahang 1 untuk memerintah Pahang pada tahun 1770. Bendahara Pahang ke-6, Bendahara Siwa Raja (Seri Wak Raja) Tun Ahmad pula telah menggunakan gelaran Sultan Ahmad apabila cop mohor BENDAHARA dipinda kepada SULTAN oleh En Dollah Tulis (jurutulis Bendahara) dengan perkenan Bendahara sendiri pada 06.08.1881. Pada 12.12.1884 Sultan Ahmad ditabalkan sebagai Sultan Pahang Pertama dengan menggunakan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah dan keturunan baginda bertahta sehingga kehari ini sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Pahang Darul Makmur.

DIRGAHAYU TUANKU PATIK


Tengku Ahmad Shah ditabal dan dimahkotakan sebagai Sultan Pahang Ke-5 daripada Keturunan Bendahara dengan gelaran KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah. Istiadat dilaksanakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Bandar Diraja Pekan, Pahang pada tanggal 08 Mei 1975. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang selepas kemangkatan secara mengejut Paduka Ayahanda Baginda pada 05 Mei 1974 jam 12:45hrs.


Tahukah anda sebenarnya kesultanan Pahang bermula sekitar tahun 1470 lagi apabila Raja Muhammad dirajakan di Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah oleh Ayahandanya Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah. Sebenarnya Raja Muhammad dihantar ke Pahang sebagai hukuman buang negeri oleh Paduka Ayahandanya yang begitu murka terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh Tun Besar, anak kepada Bendahara Melaka, Bendahara Paduka Raja. Kisahnya bermula apabila Raja Muhammad pergi ke Kampung Bendahara paduka Raja dan pada waktu itu Tun Besar sedang bermain sepak raga (takraw) bersama kawan-kawannya. Dengan tidak sengaja bola yang disepak oleh Tun Besar terkena dastar (tanjak) Raja Muhammad lalu jatuh. Raja Muhammad begitu murka dengan kejadian ini lalu ditikamnya Tun Besar dibahagian rusuk terus kehatinya. Tun Besar meninggal dunia ditempat kejadian.


  • Sultan Muhammad Shah hanya memerintah Pahang selama lima tahun sahaja dan dimakamkan di Dusun Pinang, Pahang Tua.

  • Adidanda baginda Raja Ahmad ibni Sultan Mansur Shah menggantikan baginda dengan gelaran Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang ke-2. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan satu peristiwa dimana laksamana Khoja Hasan telah berjaya melarikan gajah kenaikan baginda sebagai simbolik menunjukkan bahawa orang Melaka lebih bijak daripada orang Pahang. Baginda merasa malu dan terhina dengan peristiwa ini lalu turun daripada tahta.

  • Raja Abdul Jamil ibni Sultan Muhammad Shah, putera Sultan Pahang 1, dilantik menjadi Sultan Pahang ke-3 menggantikan Sultan Ahmad Shah. Dalam masa yang sama, Sultan Ahmad Shah telah merajakan putera baginda Raja Mansur Shah sebagai Sultan Pahang ke-3 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1. Walau bagaimanapun disebabkan oleh faktor usia yang masih muda akhirnya Raja Mansur Shah terpaksa mengalah.

  • Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamil, Raja Mansur Shah ibni Sultan Ahmad Shah dilantik semula sebagai Sultan Pahang ke-4 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1. Sultan Mansur Shah 1 mangkat pada tahun 1519.

  • Selepas kemangkatan Sultan Mansur Shah 1, Raja Mahmud ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang 1) dilantik sebagai Sultan Pahang ke-5 dengan gelaran Sultan Mahmud. Baginda mangkat pada 1530.

  • Selepas kemangkatan Sultan Mahmud, baginda digantikan oleh puteranya Raja Muzaffar ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah, Sultan Pahang ke-6.

  • Sultan Muzaffar Shah digantikan oleh adindanya Raja Zainal ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Zainal Abidin, Sultan Pahang ke-7. Baginda mangkat sekira 1555.

  • Raja Mansur ibni Sultan Muzaffar Shah dilantik menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-8 dengan gelaran Sultan Mansur Shah II. Baginda mangkat sekitar 1560.

  • Baginda dilgantikan oleh adinda baginda Raja Jamal ibni Almarhum Sultan Muzafar Shah sebagai Sultan Pahang ke-9 dengan gelaran Sultan Abdul Jamal Shah.

  • Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamal, baginda digantikan oleh saudara sepupu putera Sultan Zainal, Raja Abdul Kadir dengan gelaran Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-10. baginda mangkat pada tahun 1590.

  • Baginda digantikan oleh putera baginda, Raja Ahmad ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-11 dengan gelaran Sultan Ahmad. Walau bagaimnapun baginda memerintah hanya satu tahun sahaja kerana dikatakan terlalu muda untuk menjadi Sultan.

  • Baginda digantikan oleh kekandanya, Raja Abdul Ghafur ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-12 dengan gelaran Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah, Putera kedua baginda yang tidak dicatatkan namanya telah membunuh baginda dan Raja Muda Abdullah. Dengan pembunuhan ini berakhirlah pemerintahan bersultan di Pahang dari keturunan Sultan Melaka pada tahun 1614.


Pada tahun 1639, Sultan Johor ke-8, Sultan Abdul Jalil Shah III telah menyerang Pahang dengan bantuan Belanda dan mengistiharkan diri baginda sebagai Sultan Johor dan Pahang. Pada 1641, Baginda telah melantik Raja Bajau ibni Almarhum Sultan Abdullah yang merupakan putera Sultan johor ke-7 yang pada masa itu berusia 20 tahun sebagai Yamtuan Muda iaitu Pewaris Tahta bagi menggantikan Baginda. Yamtuan Muda telah bersemayam di Pahang dan kemudiannya mangkat dalam tahun 1676 dengan meninggalkan seorang putera iaitu Raja Ibrahim. Setahun kemudian Sultan Abdul Jalil Shah III mangkat pada 1677 dan digantikan oleh Raja Ibrahim sebagai Sultan Johor-Pahang dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah. Baginda bersemayam di Pahang dan mangkat di di Riau pada 16.02.1685.

  • Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim, baginda digantikan oleh puteranya, Raja Mahmud dengan gelaran Sultan Sultan Mahmud Shah II dan bersemayam di Riau. Disebabkan Baginda menjadi Sultan Johor-Pahang dalam usia 10 tahun, bonda baginda telah menjalankan pemerintahan bagi pihak baginda sehingga baginda dewasa. Pada Ogos 1699, Sultan Mahmud Shah II telah mangkat dibunuh oleh Laksamana Bentan di Kota Tinggi, Johor dan dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat DiJulang. Disebabkan baginda tidak meninggalkan sebarang waris, maka pemerintahan negeri Pahang ditadbir dan diperintah oleh Keturunan Bendahara bermula daripada Bendahara Pahang 1 hingga ke-6 yang kemudiannya bergelar Sultan Pahang sehingga ke hari ini.


Entry Syah berhubung Makam Sultan Mahmud mangkat Dijulang

http://tengkusyah.blogspot.com/2010/12/melawat-makam-sultan-mahmud-mangkat.html

Dengan kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang maka berakhirlah keturunan raja-raja yang berasal daripada keturunan Raja-Raja Melayu Melaka yang memerintah Johor dan Pahang.

Ke Ijoh Hantar Sim Kad Kak Long Zainab

09.02.2011, Rabu - hari ini Syah cuti dan selepas cuci pakaian, Syah keluar rumah lebih kurang jam 09:40hrs untuk tunggu bas ke KTM Rawang. Sedang tunggu bas ada orang panggil, nak ke Rawang ker dan Syah kata ok. Ingatkan dia nak tumpangkan Syah, rupa-rupannya kereta sapu. Kalau ikut harga teksi sapu, dari pekan Rawang ke Rawang Residence Syah dia caj RM10.00 tetapi mana-mana kereta sapu yang keluar semula ke pekan Rawang dia akan caj RM1.00 jer seorang. Kira rezeki Syahlah dapat transport cepat hari ini. Dari KTM Syah beli ticket untuk turun di Sungai Buluh. Tak lama tunggu train, komuterpun sampai. Bila turun sahaja di KTM Sungai Buluh, Syah lihat bas sudah ada menunggu diseberang jalan. So Syah berlari-lari anak naik jejantas untuk mendapatkan bas. Bas tu hendak ke Batang Berjuntai dan Syah tanya turun Ijok tak dan dia kata ok. Untuk ke Ijok kita boleh naik bas yang hendak ke batang Berjuntai ataupun Kuala Selangor. Tambang komuter Rawang - Sungai Buluh RM1.60 manakala Sungai Buluh-Ijok RM3.00.
Senarai Bertitik Tumpu Khas

Bas ke Batang Berjuntai yang Syah naiki untuk turun di Ijok


Syah sampai rumah Kak Long approx jam 11:30hrs. Syah spend masa satu jam dirumah Kak Long dan masukkan semula sim kad baru Kak Long. Kak Long nak bagi Syah makan tetapi Syah tak mahu sebab on diet dan Kak Long kata tak tahu nak bagi Syah nie makan apa. So Syah minta air suam sahaja. Sebelum balik Kak Long bagi keropok (dia beli di Terengganu) dan mineral water. Kak Long keluarkan buah kana dan asam jeruk tetapi Syah ambil sebiji buah kana sahaja dan Kak Long hendak bungkuskan dan Syah kata tak mahu. Suami Kak Long, Abang Tooha ada tapi sakit mata dan sedang tidur. Bila sampi sahaja di Stesyen Bas Ijok, tak sampai 5 minit bas ke KL sampai dan Syah terus naik bas untuk ke KTM Sungai Buluh. dari Sungai Buluhpun tak sampai lima minit tunggu komuter, iapun sampai. Sampai Rawang Syah singgah lunch dikedai berhampiran Pasaraya Bintang, Syah minum Milo O Kosong Panas dan makan Laksa. Selepas makan, Syah singgah ke kedai bunga untuk beli daun untuk buat sedikit deco di Rawang Residence. Dari kedai bunga, Syah terus ke Bas stand untuk tunggu bas ke Rawang Residence. Sampai jer, bas sudah ada dan Syah terus naik. Sampai rumah hampir jam 14:10hrs. Shukur Alhamdulilah, perjalanan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

Tuesday, February 8, 2011

Lunch @ Rasa KLCC

08.02.2011, Selasa - Lunch tadi Syah lari sekejap ke KLCC coz hendak uruskan sim card Celcom Kak Long di Celcom Jalan Ampang. Dari KLCC, Syah jalan kaki ke Celcom Jalan Ampang untuk dapatkan sim card baru Kak Long kerana ianya rosak . Syah kena buat coz phone tu didaftar atas nama Syah, so Syah kena uruskan. Sekejap sahaj mereka proses masalah nie dan Syah terus ke KLCC semula. Kebetulan waktu lunch, Syah lunch dulu di Noodles @ Rasa Food Court, KLCC dan makan Meehon Soup Sayur special order. Syah call it special order coz, Syah minta letak sayur, meehon dan cendawan. Origanal resipi bukan macam tu, ada sayur, ayam, fish ball dan meehon. Pekerja gerai tu ada yang biasa dengan Syah, so mereka dah faham, lagipun toke kedai tu kenal Syah sewaktu dia berniaga di Ali San, Jalan Masjid India sekarang kawasan niaga tu dah tutup dan didirikan bangunan. Selepas lunch, Syah ke Supermarket untuk belikan keperluan pantry Dr. Zainal Abu Zarim, Vice President Kami di Group Human Capital. Masalah betul nak cari Pal Sweet Dr. Zainal mula-mula ke Cold Storage tapi tak ada dan kemudian ke Isetan, itupun tinggal satu jer. Selepas beli keperluan pantry Dr. Zainal Syah terus balik semula ke office.

Buat Blood Test lagi

08.02.2011, Selasa - Pagi tadi Syah berjumpa semula dengan Dr. Faridah di Kelinik Zariff, di aras -1, Menara TM. Sekali lagi doktor tanya dah puasa dan Syah kata ok cuma minum mineral water sedikit pagi tadi dan doktor kat its ok. Semalam tak jadi buat blood test sebab terlebih masa berpuasa. Dua tiub doktor ambil darah Syah hari ini dan resultnya akan dikeluarkan pada hari Rabu atau Khamis dan kelinik akan inform Syah bila keputusan ujian darah dikeluarkan. Sudah tiga bulan berturut-turut Syah buat blood test dan minta ini yang terakhir lah. Syah minta kebenaran doktor untuk ambil gambar untuk dimuat turun dalam Facebook dan doktor kata ok tapi jangan banyak-banyak sangat. Heheheheheh ..............Insyallah, nanti Syah update anda semua berhubung keputusan blood test berkenaan. Doakan everything going to be ok.

Rombongan Diraja Kedah Melawat Pengerusi TM

Kenderaan Rasmi YTM Tengku Panglima Besar Kedah Darul Aman dan disebelahnya adalah kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran KDYMM Sultan Kedah Darul Aman.

08.02.2011, Selasa - Pagi tadi semasa hendak masuk kepejabat, Syah terserempak dengan sebuah kereta BMW 530i di Lobi Menara TM dengan menggunakan nombor pendaftaran KDYMM Sultan Kedah Darul Aman. Pelik juga Syah, takkan Sultan Kedah menggunakan kereta BMW 530i dan didalamnya Syah lihat orang lain. Mungkin kakitangan Pejabat Tuanku Sultan. Lebih kurang jam 11:00hrs semasa Syah hendak ke KLCC untuk belikan barang-barang pantry Dr. Zainal, Syah terserempak dengan sebuah lagi kereta BMW 730LI dengan nombor pendaftaran YTM Tunku Panglima Besar Kedah Darul Aman. Kereta berkenaan diparking bersebelahan dengan kereta KDYMM Sultan Kedah di Lobi Utama Menara TM. Setelah diselidiki, sebenarnya rombongan diraja berkenaan datang berjumpa dengan Pengerusi Telekom Malaysia, YBhg Datuk Dr. Halim bin Shafie diaras 55, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun KDYMM Sultan Kedah memang tidak hadir dalam kunjungan ini. Rombongan ini diketuai oleh anakanda tunggal Tuanku Sultan Kedah iaitu Tengku Panglima Besar Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH., DKYR., SSDK., PAT., JP.

Monday, February 7, 2011

Buka Puasa @ Rawang Residence

07.02.2011, Isnin - Untuk buka puasa hari nie Syah buat Horlic O Panas. Selepas solat Maghrib dan lihat anak cina jiran Syah main mercun sambil start AEL, baru Syah memasak. Hari ini Syah buat Sup Sayur manakala minuman pula Apple and Cellary Ice blenden yang Syah buat sendiri. Untuk melengkapkan hidangan malam nie, Syah makan Dragon Fruit. Petang tadi Syah sempat lari sekejap ke Giant Rawang untuk beli dragon fruit, horlic, bawang , apple hijau dan cellary. Sekarang jam 23:39 dan syah star berpuasa coz esok hendak ambil darah jam 09:30hrs. Hanya boleh minum air kosong sahaja. Mengantuk Syah nie, Nite semu ................................... jumpa lagi dilain entry.

Tak Jadi Ambil Darah

07.02.2011, Isnin - Sekarang jam 15:04hrs dan Syah baru balik daripada Kelinik Zariff. Syah hendak ambil darah dan periksa keliling mata Syah sebelah kiri Syah yang selalu bergerak-gerak. Dr Faridah inform itu adalah aktiviti otot dibahagian mata dan iannya akan hilang dengan sendiri dan kadangkala kita tak sedarpun pergerakan tu akan hilang katanya. Memang betullah katannya, dulupun ada macam tu. Syah tanya ada ubat tak dan dia kata tak ada, bila Syah complain ada gatal sedikit dia beri ubat titik.

Dia batalkan untuk ambil darah Syah kerana Syah puasa hari ini. Sepatutnya untuk ambil darah Syah kena puasa dalam masa 9 atau 10 jam sahaja tetapi disebabkan Syah puasa sunat Isnin dan tak sahur dan datang kelinik pula jam 14:30hrs bermakna Syah telah terlebih puasa. Dia kata kalau hendak periksa kolestrol sahaja ok tetapi dia hendak periksa buah pinggang Syah sekali, so takut nanti bacaan tak tepat kerana dehydrated (kekurangan air). So Syah akan datang semula esok dan akan pastikan perut kosong selama 10 jam sahaja. Hemmmmm ......... tak tahu nak berbuka apa petang nie, sayur banyak lagi dalam peti sejuk. Mungkin masak kot.

Lunch tadi Syah ke KL Sentral untuk bayar Kad Kredit RHB bank dan selepas tu ke Petaling Street nak cari Dragon Fruit. Mak aiii .............. mahalnya RM10.00 sekilo dan sebiji roughly RM7.00. Tak jadi nak beli dan mungkin nak cari kat Giant Rawang macam hari tu sebiji RM 1.78 keatas jer. Tak tahulah masa tu offer ker tapi nanti nak tengok jugalah.

Sunday, February 6, 2011

Basah Kuyup

06.02.2011, Ahad - Petang tadi sebelum Syah keluar dari KL Residence, Syah angkat dan lipat kain dijemuran dan keluar rumah jam 15:00hrs dan terus ke Citibank untuk bayar hutang dan bank in kan duit belanja bulanan Ayahanda/bonda, bonda Ejon serta Kak Ngah Normah di Maybank.. Dari Citibank, Syah ke Masjid Jamek untuk ambil bas Metro ke Rawang. Sebelum tu singgah sekejap di Central Market beli jagung rebus sebab lapar kerana pagi tadi makan kuih apam dan horlic o panas jer. Sampai rawang hampir jam 19:00hrs dan hujan lebat gila. Sebab nak kejar bas ke Rawang Residence, Syah redah jer hujan tu hingga basah kuyup satu badan dan semua orang tengok. Lepas tu Syah ke 7E beli roti dan kuaci. Sampai Rawang Residence hampir Maghrib dan kat Rawang Residence kering kontang tak hujanpun. Selepas solat Maghrib dan kada Asar Syah masak sup sayur - Kobis bunga, carrot, tahu dan petola. Sekarang jam 23:51hrs dan Syah hendak tidur coz esok jam 05:00hrs kena bangun. Muss call sebentar tadi dan dah sampai ke destanasi yang dituju. By the way Puasa Sunat esok............ Selamat malam semua semuga anda semua dibuai mimpi-mimpi yang indah.

Yang Teramat Mulia Julia Rais

Yang Teramat Mulia Julia Rais
Gambar diambil daripada tayangan filem Mira Edora di channel Astro 103 petang tadi

06.02.2011, Ahad - Petang tadi di KL Residence, kebetulan Syah tekan butang 103 di Astro dan tiba-tiba ada tayangan filem Mira Edora lakonan Julia Rais atau Yang Termat Mulia Julia Rais. Tentu anda semua masih ingatkan beliau yang merupakan seorang pelakun popular era 1980an dan 90an. YTM Julia Rais merupakan isteri kedua kepada Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. YTM Julia Rais dilahirkan di Kota Baharu, Kelantan pada 19.02.1971. YTM Julia Rais berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang pada tahun 1993. Selepas perkahwinannya dengan Tengku Mahkota Pahang, beliau hilang terus daripada dunia hiburan dan pandangan umum. Hasil daripada perkahwinan ini, beliau dikurniakan dengan tiga orang puteri iaitu :-
  • Tengku Ilishah Ameera
  • Tengku Puteri Iman Afzan
  • Tengku Ilyana

Pagi Ahad

06.02.011, Ahad - Pagi tadi selepas basuh dan jemur pakaian, Syah ke Pasar Tani Danau Kota. Ingatkan hendak cari Dragon Fruit tapi hampa tak ada. Syah belikan Nasi Lemak Kerang dan Sotong untuk Muss dan Cd tapi bukannya di Pasar Tani tetapi gerai tepi jalan berhampiran KL Residence. Syah beli kuih apam di Pasar Tani - RM2.00 for 5pcs. Sebelum tu Syah beli Horlic O Panas di kedai Mamak. Mas hendak balik Syah duduk sekejap di Food Court yang kosong dan makan 2 biji kuih apam dan minum horlic o tadi.

Semasa Syah sedang minum dan makan apam tu, Muss call dan Syah inform yang Syah di Pasar Tani dan dah belikan dia breakfast. Sampai rumah Syah letakkan nasi dan kuih dalam pinggan dan letak didapur. Lepas tu Syah pinjam Netbook Muss coz Syah tak bawa Syah punya dan tinggal di Rawang Residence. Syah lihat mereka ada basuh pakaian lagi dan Syah tolong jemurkan. Mus lepaskan Hamster, Blackie dan Noami dalam rumah dan macam biasa berlari sana-sini dan nak jadi cerita pecah jam perhiasan. Muss tak marahpun sebab kucing dia yang pecahkan. Masa hendak masukkan kucing dalam sangkar semula, Noami terlepas keluar dan terpaksa Syah dan Muss tangkap dia semula.

Sekarang jam 12:05hrs dan Cd sedang kemaskan keperluan Muss untuk outstation ke Bahau minggu ini. Katannya jam 16:00hrs akan bertolak dengan kereta dia. By the way mereka baru tiba dari Kuantan petang semalam tetapi balik rumah hampir jam 22:00hrs kerana ke rumah Kak Ngah Faziah. Muss kesana kerana Syah tak sampai lagi dan mereka tak bawa kunci, dan mungkin kunci tu diberi pada staff Cd untuk tengok-tengokkan kucing. So, solutionnya ke Rumah Kak Ngah Faziah ambil kunci spare. Agaknya lah dan Syahpun tak tanya .......... Bila ke rumah Kak Ngah takkan lah nak balik cepat nanti apa pula kata Kak Ngah Faziah kan?

Mungkin lepas Zohor atau tunggu baju Syah kering, Syah akan bertolak ke Rawang semula tetapi akan singgah ke Citibank untuk bayar hutang Credit Card. Kepada anda yang dalam perjalanan pulang ketempat masing-masing sempena cuti Tahun Baru Cina ne, Syah ucapkan selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry .....................

Lagi Ramalan Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

06.02.2011, Ahad - Master Chen Shuaifu, seorang Pakar Feng Shui dan Peramal Masa Depan terkenal dari Cina memaklumkan perkahwinan Prince William dan Middleton pada 29.04.2011 ini merupakan gandingan terbaik berdasarkan berdasarkan tarikh lahir mereka. Prince William dilahirkan pada tahun anjing manakala Middleton pula tahun ayam jantan. Walau bagaimanapun yang jadi tak baiknya kerana mereka berkahwin pada tahun arnab yang tidak sesuai untuk mereka yang dilahirkan pada tahun ayam jantan.

Selain daripada itu, Chen yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Feng Shui Kebangsaan Cina, menyarankan agar cincin pertunangan mereka yang diwarisi daripada bonda Prince William, Princess Diana dibersihkan. Pembersihan ini bertujuan untuk membuang kuasa malang pada cincin itu. Diagnosis ini berdasarkan perjalanan kehidupan Princess Diana yang sentiasa mengalami nasib malang sepanjang kehidupannya. Komen Chen lagi, cincin orang yang telah meninggal dunia sepatutnya tidak dipakai oleh orang yang masih hidup. Untuk membuang nasib malang pada cicnin berkenaan, Chen menyarankan dua kaedah iaitu :-

  • Merendam Cincin berkenaan dalam air arak dalam tempoh enam hingga tujuh jam, atau
  • Merendam Cincin berkenaan dalam air garam

Bagi majlis perkahwinan pasangan ini pula, Chen menyarankan agar Middletom menggunakan warna putih, keemasan dan hitam pada pakaiannya manakala Prince William dilarang menggunakan warna merah.

Walau bagaimanapun ini adalah ramalan Feng Shui sahaja dan kita sebagai umat Islam adalah dilarang untuk mempercayai perkara-perkara bersifat ramalan seperti ini kerana ditakuti akan membawa kepada Syirik. Feng Shui adalah merupakan kepercayaan tradisional orang-orang Cina untuk membawa tuah dan menghilangkan nasib malang. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini, kita sepatutnya menghormati amalan dan tradisi setiap kaum tetapi apa yang bertentang dengan amalan, budaya, bangsa dan agama masing-masing tidak perlu diikuti tetapi hanya untuk pengatahuan kita sahaja bagi mengerat dan merealisasikan perpaduan antara kaum dan 1 Malaysia.

Saturday, February 5, 2011

Ke KL Residence

05.02.2011, Sabtu - Sekarang jam 15:37 dan sekejap lagi Syah hendak ke KL Residence ada hal sekejap. Mungkin esok kembali semula ke Rawang Residence. Syah tak bawa netbook. Ok GTG nak kejar bas nie jam 16:00hrs. jumpa lagi dilain Entry.

Makam Tengku Ampuan Brunei di Makam Diraja Selangor

Alfatihah
TENGKU AMPUAN BRUNEI
Almarhumah Tengku Raihani binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah
(11.10.1911 - 22.09.1993)

Gambar diambil oleh Syah semasa ziarah ke Makam Diraja Selangor pada 15.01.2011 lepas.


05.02.2011, Sabtu - Makam Tengku Ampuan Brunei di Makam Diraja Selangor. Pelikan mengapa makam Tengku Ampuan Brunei dimakamkan di Selangor, Malaysia. Sebenarnya Tengku Ampuan Brunei, Almarhumah Tengku Raihani binti Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah merupakan salah seorang puteri kepada Sultan Selangor Ke-5. Tengku Raihani berkahwin dengan Sultan Ahmad Tajuddin Akahazul Khairi Waddin pada tahun 1934 dan dikurniakan dengan seorang puteri sahaja. Apabila Almarhum paduka suaminya mangkat secara mengegut di Singapura pada 04.06.1950, Almarhumah telah pulang semula ke Selangor bersama-sama puterinya. Ayahanda Sultan Brunei sekarang menggantikan Almarhum sebagai Sultan Brunei yang baru kerana Almarhum tidak mempunyai putera walaupun dengan isteri yang lain.

Gambar perkahwinan diantara Tengku Raihani dan Sultan Ahmad Tajuddin ini dirakamkan di Istana Mahkota Puri, Bandar Diraja Klang, Selangor pada April 1934. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad Tajuddin, Tengku Raihani kemudiannya berkahwin dengan kerabat diraja Perak, Raja Kamaluddin ibni Raja Harun Al-Rashid iaitu cucunda kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah 1 atau Marhum Rahmatullah yang merupakan Sultan Perak ke-28. Tengku Ampuan Raihani mangkat pada 22.09.1993 dalam usia 82 tahun. Tengku Raihani dimakamkan didalam Bangunan Makam Tengku Ampuan di Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang, Selangor kerana tarafnya sebagai seorang kerabat diraja Selangor yang mempunyai status Tengku Ampuan.

Christoper Buyer dalam laman web Royalark menyatakan, Tengku Ampuan Raihani pernah berkahwin dengan adinda Raja Kamaluddin iaitu Raja Dato' Badri Shah. Walau bagaimanapun perkara ini dinafikan sendiri oleh Ku Cik (Raja Izaliah) iaitu anak perempuan Dato' Raja Badri Shah. Beliau memaklumkan kepada Syah bahawa Ayahandanya hanya berkahwin dengan Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil, Sultan Perak Ke-29 (nenda DYMM Sultan Selangor sekarang) sebagai isteri pertamanya (kemudian bercerai) dan Raja Norhira binti Raja Shahruddin sahaja.

Syah and My Dragon Fruit


05.02.2011, Sabtu - Dalam minggu nie dua kali Syah mengalami sembelit. Teringat pula Syah semasa bersembang with my colleague, Kak Ros katannya kalau ada masalah sembelit makan Dragon Fruit. Hari tu ke Mydin berhampiran Platinum Walk di KL Residence tetapi mereka tak jual buah tu. Semalam selepas Solat Jumaat, Syah ke Giant Supermarket Rawang dan terjumpa buah tu dan terus beli empat biji dengan harga RM1.89 sebiji. Malam tadi Syah belah buah tu sebiji dan untung dapat yang putih sebab Syah tak prefer warna merah kerana bahan buangan kita nanti akan bewarna merah .............. scary lah pulak walaupu mengikut pakar pemakanan dan perubatan yang merah lebih khasiatnya. Pagi tadi memang tak ada masalah untuk buang air besar, memang betul bebeno kata Kak Ros. Actually Syah dah guna banyak petua dan suppliment dari farmasi tapi sekejap jer ok lepas tu jadi balik.

Mungkin ramai yang tak pernah mencubanya atau tak berminat hendak makan kerana bentuk dan rupannya agak pelik yang bewarna merah dan bersayap-sayap, sebabtulah dinamakan Buah Naga atau Dragon Fruit. Kalau nak makan buah nie senang jer belah dua dan scope menggunakan sudu. Anda tak perlu kupas dia macam kupas buah betik tau? Buah ini tergolong dalam keluarga species kaktus dan sekarang ini ramai yang menanamnya samada untuk dimakan sendiri atau secara komersial.

Dengar-dengarnya buah naga ini exspecially yang bewarna merah kaya dengan zat dan mineral. Iannya kaya dengan potasium, ferum, sodium, serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), protin (mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung), fosferos (pertumbuhan tisu badan) dan kalsium (menguatkan tulang) . Iannya jauh lebih baik daripada buah-buah import. Diantara khasiatnya :-

  • Meningkatkan Daya Tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan
  • Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
  • Memberikan tindak balas memberangsangkan untuk kita mengurangkan tekanan emosi dan menuteralkan toksin dalam darah
  • Mencegah Kanser Usus, mencegah dan menurunkan kadar Kolestrol yang tinggi dalam darah dan mengurangkan lemak
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Menambah darah
  • Mengawal kepanasan
  • Menambah kelicinan dan kehalusan kulit serta mencegah jerawa

Hopefully petua yang ini akan kekal untuk diet Syah yang bertepatan dengan masalah yang Syah hadapi manakala khasiat-khasiatnya memang menepati ciri-ciri yang Syah kehendaki. Apa lagi sudi-sudikanlah mencuba Buah Dragon yang kaya dengan Vitamin C, B1,B2 dan B3 nie. Apa tunggu lagi Jom Kita Mendragon .......................

Friday, February 4, 2011

Sultan Pahang Melawat Mangsa Banjir

04.02.2011,Jumaat - Semalam KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah mencemar duli melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak, Bandar Muadzam Shah. Baginda sempat beramah mesra dengan mangsa banjir dan mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka. Mengikut stastik yang dikeluarkan hari ini, mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang semakin meningkat dengan 1777 orang yang terdiri daripada 226 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan seluruh Pahang. Baginda menitahkan agar pihak berkuasa meningkatkan sistem pengurusan banjir bagi memastikan mangsa menerima bantuan sewajarnya tanpa mengira waktu. Baginda telah diberi taklimat oleh Pegawai Daerah Rompin, Dato' Syed Ahmad Fuad Syed Taha.

Solat Jumaat dan Solat Jenazah

04.02.2011, Jumaat - Hari nie jam 11:40hrs Syah sudah keluar rumah untuk menunggu bas ke pekan Rawang kerana hendak Solat Jumaat. Macam tak selesa pula di pekan Rawang hari nie, ada Indian guy gemuk dan besar yang jaga kereta sapu tu suruh Syah ketepi coz hendak parking motor dia dengan cara yang kurang sopan dan Syah tengok balik muka dia dan dia buat tak tau jer. Apa dia ingat kita nie orang bangla atau indonesia ker ? Ini Melayu lah ....... Poralah lu. Naik bas pula satu hal, Abang pemandu tu letak kain belakang dia dan orang pula ramai dan Syah tak nampak masjid dan terlepas jauh. Terpaksa pula Syah jalan kaki dalam 10 minit untuk ke masjid semula.

Hari ini Syah Solat Jumaat di masjid Nurul Iman, Rawang. Semasa taskirah, tiba-tiba mata Syah nampak ada jenazah di satu ruangan dalam masjid. Kebetulan khutubah Jumaat hari inipun mengenai Pengurusan Jenazah dan Pak Imam menekankan bahawa pengurusan jenazah adalah tanggungjawab bersama bermula dari memandikan mayat, mengafan, Solat dan kebumikan jenazah. Pengurusan jenazah bukan hanya tanggungjawab Imam, Bilal atau Siak tetapi masyarakat khariah berkenaan perlu bersama-sama menyumbang dalam pengurusan jenazah. Beliau menyeru agar kita sama-sama menyertai khairat kematian ditempat masing-masing dan sunbangan kita juga merupakan salah satu tanggungjawab dalam pengurusan jenazah walaupun kita tiada ditempat berkenaan pada waktu itu.

Pada mulannya Syah ingat orang Bangladish yang meninggal tetapi Melayu rupannya. Syah sempat bertanya kepada waris Allahyarham siapa yang meninggal dan difahamkan seorang lelaki tua dari Taman Jati, Rawang. Sebab-sebab meninggal adalah sakit tua. Selepas solat jenazah, Jenazah diusung oleh kaum keluarga Allahyarham untuk dibawa ke tanah perkuburan. Al-Fatihah kepada Alahyarham. Semasa di Masjid tadi, Syah lihat banyak akhbar PKR - Selangor Kini diedarkan kepada jemaah.


Solat Subuh Di Sejadah Pusaka Almarhumah Bonda Saudara Syah, Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah

Sejadah Pusaka Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah
Dibahagian atas adalah sejadah bewarn kuning dan biru manakala lapisan bawahnya adalah karpet dari Iran.


04.02.2011, Jumaat - Pagi tadi semasa hendak solat subuh tiba-tiba Syah teringin hendak solat di Bilik Utama Syah kerana biasanya Syah solat dibilik menonton kerana Syah tidur disitu sebab malas hendak turun naik tangga. Kebetulan juga Syah hendak mengambil kain/pakaian yang Syah kemas semalam untuk dicuci. Selapas berwuduk Syah ambil Sejadah Pusaka Kepunyaan Bonda Saudara Yang Amat Syah Sayangi dan Hormati iaitu Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah yang Syah panggil Ucu. Sejadah nie memang Syah simpan selepas kemangkatan Almarhumah Ucu. Almarhumah mangkat kerana masalah paru-paru dalam usia 53 tahun pada 18.04.2002. Almarhumah masih bujang tetapi merupakan seorang wanita yang Tabah, Cekal, Berani dan Berwibawa dan Syah ingin memiliki sifat-sifat begitu yang diwarisi daripada monyang kami, Almarhum Abdul Rahman Sending Alhaj. Almarhumah juga seorang yang mengambil berat kebajikan keluarganya. Sebenarnya dalam tahun 1990an Almarhumah Ucu telah dimasukkan ke Hospital Tawakal hampir enam bulan kerana tidak boleh berjalan. Kalau ikut kaedah tradisional dikatakan terkena buatan orang dan dipihak hospital mereka ada diagnosis sendiri.


Batu Nisan Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah diperbuat daripada Batu Granite Hijau Tua manakala kepuk atasnya berbentuk rehal dan dasarnya berbentuk empat segi (bahagian bawah) diperbuat dari Terazzo. Struktur Binaan dan design Makam adalah mengikut spesifikasi Syah. Makam ditempah daripada Pakcik Damanhori yang selalu membina makam-makam diraja di Malaysia dan Brunei.

Akhirnya Almarhumah Ucu pulih tetapi perlu bergantung pada ubat dan keadaannya tidak seperti dahulu dan akhirnya Almarhumah membuat keputusan untuk mengambil Medical Board. Setelah melalui beberapa prosidure Medical Board, akhirnya iannya diluluskan dan Almarhumah mendapat Pencen Elat daripada SOCSO. Disebabkan gaji Almarhumah memang tinggi, maka pencen berkenaan boleh menampung kehidupan Almarhumah malah aktiviti perbelanjaan Almarhumah berjalan seperti biasa seperti masa dia bekerja juga. Almarhumah pernah beri Syah wang RM2,000 dan Ucap tahniah kerana beli kereta tetapi dalam masa yang sama dia sound Syah mengapa beli kereta tak bincang dengan dia sebab Syah tak ada lesen dan tak tahu memandu. Katanya lagi kalau bincang dengan dia mungkin dia boleh bayarkan down payment untuk kereta Syah. Tetapi benda dah jadi, Almarhumah beri Syah Cek RM2,000.00 dan tulis nota Tahniah lagi.

Pada tahun 1990an, masa Syah sakit kerana ada masalah urin berdarah, Almarhumahlah yang banyak bantu Syah. Dia bawa Syah ke HKL dan biayai kos rawatan pakar Syah di Hospital Tawakal dan pada masa tu dia masih bekerja dan tak sihat tetapi sanggup cuti dan jaga Syah dikampung. Ayahanda Syahpun tak buat macam tu kat Syah, sebab tu Syah sayangkan Almarhumah. Itulah contoh-contoh kebaikan Almarhumah pada kami anakanda-anakanda saudaranya. Banyak lagi yang Almarhumah buat untuk Syah tapi tak semua boleh dikongsi disini.

Gambar tahun 2008, Cucunda Saudara Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah membersihkan makam Almarhumah pada petang Hari Raya Aidilfitri. Dari Kiri ke Kanan, Mamat, Haziq, Firdaus dan kanak-kanak tu Ku Cik @ Izat.

Semasa kecil kami semua memang mewah dan dimanjakan oleh Almarhumah Ucu terutamanya Syah dan Kak Long Zainab, walaupun begitu kami memang takut dan kecut perut dengan Almarhumah Ucu kerana dia seorang yang serious dan garang. Bila di ingat kembali, atas sifat serious dan garang Almarhumahlah yang mengajar Syah erti berdikari dan tidak mengharapkan orang lain dalam hidup ini. Maksud Syah kalau Syah minta tolong dengan orang lain dan mereka tidak dapat membantu atas sebab-seba tersendiri, Syah takkan marah kerana Syah akan buat benda tu sendiri walaupun terpaksa menghadapi kesuklaran dan rintangan bersendirian. Begitu juga dalam menguruskan kehidupan seharian Syah.

Setelah mendapat medical board dan pencen, Almarhumah Ucu balik ke kampung dan tinggal bersama Almarhum Nenda Syah dan Bonda Ejon serta Kak Ngah dan anak-anaknya. Apabila Almarhumah Ucu mangkat dan disebabkan Almarhumah masih bujang, pencen berkenaan diturunkan secara automatik kepada Nenda Syah iaitu Ayahanda Almarhumah atas dasar dibawah tanggungan Almarhumah. Duit berkenaan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian Almarhum Nenda Syah, Ahmad Al-Haj sehingga Almarhum meninggal dunia. Begitu juga dengan harta dan wang simpanan Almarhumah Ucu yang bernilai ratusan ribu ringgit telah diagih-agih tanpa pengetahuan kami ke dalam akaun yang di create atas nama kami anakanda-anakanda saudara serta cucu-cucu saudaranya melalui buku-buku simpanan Tabung Haji.

Segala Asetnya juga telah ditukarkan kenama anak-anak saudaranya juga tanpa pengetahuan kami. Kami hanya mengetahuinya selepas kemangkatan Almarhumah. Almarhumah berbuat demikian mungkin tak mahu kami bertelagah mengenai hartanya kerana Almarhumah masih bujang. Ada juga saham dan wang simpanan yang jumlahnya dibawah RM 50K tetapi tidak dinamakan dan Syah uruskan dengan Amanah Raya dan diagih-agihkan mengikut faraid dikalangan adik beradik Almarhumah. Almarhumah juga telah membuat upah haji untuk nenda-nenda dan abang Almarhumah (berlainan ayah). Almarhumah juga sponsor Syah, Almarhum Nenda (Ahmad Al-Haj), Kak Ngah Normah dan Bonda Ejon mengerjakan Umrah selama dua minggu.

Ayahanda Syah membacakan Tahlil di Tanah Perkuburan Islam Bt 40. Gambar ini diambil pada tahun 2008. Dibelakang sekali (berkain kuning) adalah Nenda Syah, Almarhum Ahmad Al-Haj, disebelahnya Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah, Kain hijau pula Almarhumah Sadu Al-Hajjah yang merupakan Nendan Saudara Syah dan depan sekali Almarhumah Maharum Al-Hajjah yang Syah panggil Mak kerana membela dan membesarkan Syah.

Almarhumah Mangkat di Hospital Tengku Ampuan Jemaah pada 18.04.2002. Sebelum mangkat, anak saudara Syah Mamat telefon dan Syah dengar nafas Almarhumah berbunyi kuat dan Syah rasa macam ada yang tak kena dan minta dia hantar ke hospital. Syah terus call Kak Long Zainab dan minta dia balik cepat ke Sabak Bernam secepat mungkin. Syah balik naik bas. Kali terakhir Syah jumpa Almarhumah adalah beberapa minggu sebelum dia meninggal kerana dia suruh Syah balik juga untuk ambil air selusuh kerana Kak Lang Ella hendak bersalin. Nak marah pun ada masa tu kerana Syah terpaksa balik tetapi taklah marah sangat. Dia pesan jaga air tu baik-baik dan begitulah perangai Almarhumah yang sentiasa risaukan anak-anak saudarnya terutamanya Kak Lang Ella yang sarat mengandung. Sebelum balik Syah cium Almarhumah dan dia kelihatan macam semput.

Mungkin dia tahu Syah marah sedikit tapi Syah taklah marah sangat. Biasanya dia hantar tapi Syah tak bagi kerana dia nampak tak sihat. Sambil berjalan ke stesyen bas Syah toleh ke belakang dan nampak Almarhumah duduk di buayan sambil tengok muka Syah dan dia macam sedih. Mungkin dia tahu hidupnya tak lama sebab dia selalu berjumpa doktor cuma tak beritahu kami. Rupa-rupanya itu adalah kali terakhir dia lihat Syah. Sampai sekarang Syah teringat benda nie dan bila teringat Syah akan menangis. Sekarangpun berjurai air mata Syah buat entry nie. Ucupun pernah test drive kereta Syah.

Almarhumah terpaksa mengambil ubat dari Hospital dan ubat itu mengandungi morfin dan doktor kata iannya akan memberi kesan kepada paru-paru beliau. Akhirnya paru-paru Almarhumah menjadi keras. Almarhumah selalu tercungap-cungap apabila penat atau berjalan jauh sedikit dan kerap batuk-batuk. Walau bagaimanapun Almarhumah masih boleh memandu untuk ke pasar atau menghadiri ceramah agama. Almarhumah kerap ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk mendapatkan rawatan mengikut appointment yang telah ditentukan. Beberapa bulan sebelum kemangkatannya dia ada inform Syah mengenai paru-parunya dan Syah kata Syah taku nak dengar dan harap dia cepat sembuh. Satu hari tu Almarhumah nampak Syah belajar kereta Syah pusing-pusing kat tanah lapang di kampung dan dia inform one of my cousin "kalau aku matipun aku puas sebab dah nampak atan bawa kereta".

Syah dan sepupu juga telah tunaikan hajat Almarhumah Ucu untuk buat Korban Unta bagi dirinya yang Syah pesan dengan seorang sahabat Syah yang mengerjakan Haji. Almarhumah pernah berhajat tetapi tak sempat melakukannya. Syah juga telah tempahkan makam yang Syah reka sendiri strukturnya untuk Almarhumah. Selepas solat Syah selalu sedekahkan Al-fatihah kepada Almarhumah Ucu dan Semua Kaum Kerabat Syah yang telah mengadap Yang Maha ESA.

Dapat tak anda semua gambarkan jasa Almarhumah Ucu Syah daripada beliau hidup sehingga mangkat baktinya yang ditabur kepada keluarga tak pernah putus, contohnya pencen Almarhumah dapat menampung perbelanjaan Almarhum Nenda Syah disamping sumbangan dari kami semua, begitu juga dengan duit simpanan dan aset yang telah diagih-agihkan kepada kami bagi menampung kehidupan kami agar menjadi lebih baik dan selesa.


UCU ............... ATAN Rindukan UCU ...............

Thursday, February 3, 2011

YB dihadap Ke Mahkamah Gara-Gara Didakwa Menghina Sultan Selangor

Gara-gara salah satu entry dalam blog Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei pada 30.12.2010 yang didakwa mempertikaikan keputusan DYMM Sultan Selangor memperkenankan perlantikan SUK Selangor yang baru, Dato' Mohd Khusrin Munawi telah membawa padah kepada YB berkenaan apabila beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam Isnin depan. Pertuduhan terhadap YB adalah dibawah seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan. Hari ini Shuhaimi telah telah menyerah diri di IPD Shah Alam untuk diambil keterangan dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. Walau bagaimanapun YB dalam kenyataannya memaklumkan bahawa beliau menafikannya entry berkenaan untuk menghasut rakyaat dan menghina Sultan.

Muss Ke Kuantan dan Kak Long Ke Terengganu

03.02.2011, Khamis - Hari ini Kak Long Zainab call Syah dan inform dia on the way ke Terengganu untuk bercuti bersama suami dan dua anak lelakinya. Kak Long Zainab inform driver baru bawa kereta, maksudnya Hafis, anaknya yang baru dapat lesen dan mereka bergilir-gilir bawa kereta, Hasif, Hafis dan Abang Tooha. Syah sempat kirim dulang tembaga atau pahar yang saiznya agak lebih besar daripada biasa untuk koleksi Syah. Syah inform kalau ada belikan kalau tak jumpa tak mengapa.

Hari ini juga Muss ke Kuantan untuk menghantar keluarga Cd balik ke Felda Pancing. Hampir jam 17:30hrs tadi dia inform sudah sampai Kuantan, Pahang. Tadi Syah ada call Muss tapi tiada jawapan dan tak lama lepas tu dia call back semula, coz nak tanya CD mengenai duit deposit my ex tenant yang Syah minta Muss bankinkan dan Cd inform sudah depositkan semalam kedalam akaun Shahrol. Muss balik semula ke KL Residence pada hari Sabtu nanti. Kepada Muss,Cd dan Kak Long Zainab sekeluarga, Syah doakan agar perjalanan kalian semua selamat dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Kemas Tempat Peraduan

03.02.2011, Khamis - Pagi tadi ada problem hendak buang air besar coz Syah kena sembelit. Minggu nie dua kali Syah megalaminya. Macam-macam halkan Syah nie? Lepas basuh baju, lebih kurang jam 10:00hrs Syah mulakan operasi untuk mengemas bilik tidur utama Syah dan sudah lebih enam bulan Syah tak kemas bilik cuma sapu dan mop sahaja. Lately Syah jarang tidur di sini coz Syah lebih suka tidur di bilik TV @ aras bawah dan senang hendak bersiap ketempat kerja. Mula-mula Syah kemas almari dan asingkan pakaian yang diperlukan dan yang tidak diperlukan Syah simpan dalam almari bilik tetamu. Untuk kemas bilik pula, Syah longgokkan barang diatas katil dan diluar bilik untuk memudahkan Syah menyapu. Dalam bilik nie banyak perabut kayu dan iannya kena dijaga, so Syah polish semua perabut kayu menggunakan Minyak Kayu Murni yang Syah beli daripada kedai perabut Indonesia. Selepas selesai polish perabut kayu, Syah bersihkan siling plaster menggunakan feather dust di bilik tidur Syah dan bilik air. Siling kapur nie memang cantik tetapi kena rajin coz iannya mudah memerangkap habuk dan labah-labah suka bersrang.

Selepas selesai buangkan habuk, Syah mop lantai termasuklan celah almari dan bawah katil. Setelah selesai, Syah biarkan seketika dansapu sekali lagi. Lepas sapu baru Syah rearrange semula kedudukan perabut dalam bilik dan alihkan TV sebelah pintu masuk. Bunga-bunga deco dalam bilikpun Syah buangkan habuk menggunakan berus dan Syah juga lap cermin tingkap yang dekat seinci habuknya al-maklumlah rumah Syah berhadapan jalanraya utama dan banyak habuk. last sekali Syah gantikan day curtain daripada warna putih ke kuning. selepas siap bilik tidur utama, Syah kemas pula bilik air. Bila semua selesai Syah berangan sekejap bila melihat bilik sudah bersih. Masa Syah mengemas tadi Azrin datang hantarkan bekas makanan yang Syah bagi malam tadi. Dia tak masukpun just hulurkan dipintu pagar dan Syahpun sedang sibuk berkemas.

Dari master bedroom Syah beralih ke bilik tetamu pula untuk mengemaskan habuk dan mop lantai disamping gantikan sarung bantal dan cadar. Selesai di bilik tetamu Syah kemas pula Mini Library Syah, buang habuk, sapu dan mop. Bila semua selesai Syah kemas pula peralatan mengemas seperti kain pengelap, feather dust, penyapu, mop dan baldi. Selepas susun semula barang-barang tadi dengan baik Syah rehat sekejap. Start kerja jam 10:00hrs dan tamat jam 16:30hrs. Fuyooooooooo ......... letihnya. Lepas tu Syah masak Meesua Sayur untuk lunch. Ialah bila sibuk dengan kerja tak ingat nak makan. Syah makan selepas solat Asar. Sekarang jam 18:44hrs dan Syah hendak berehat seketika dan jap lagi hendak kepasar malam.

Wednesday, February 2, 2011

Menerima Tetamu Istemewa Di Rawang Residence

Depan dari Kiri ke Kanan, Makcik dan Beha. Dibelakang pula Angah, Muss dan Cd dihadapan Rawang Residence syah.

Hasil "Air Tangan Syah" hari ini untuk tetamu istemewa di Rawang Residence. Kerabu Petola Ala Maharum, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dengan kentang, Sea Food Vegi Paprik, Ikan Pari Masak Asam Pedas dan Ayam Goreng Berempah Kak Cik Style. Makan dengan Nasi Putih. Minuman Orange Juice dan Hot Strawberry Tea.


02.02.2011, Selasa - Beberapa hari lepas Syah maklumkan pada Muss untuk menjemput Ibu Cd ke Rawang Residence. Esok mereka akan balik ke Kuantan so Syah invite Muss, CD, Makcik, Angah dan Beha lunch di Rawang Residence Hari ini. Semalam Syah di KL Residence sebab tunggu perabut Muss sampai dan selepas Insyak Muss dan Cd hantar Syah ke Rawang Residence. Sebelum tu Syah singgah di NSK Selayang untuk membeli keperluan untuk memasak. Lama juga Syah di NSK dan sampai Rawang Residence hampir jam 23:00hrs. Selepas punggah barang, Muss rehat sekejap sementara Cd tunggu dalam kereta kerana kurang sihat. Selepas Muss balik, Syah sediakan preparation untuk memasak coz jika nak buat semuanya hari ini memang tak menang tangan sebab Syah seorang.

Syah potong sayur, kupas bawang, halia, cili api,kentang, siang udang dan sotong serta potong daging salai. Tugas-tugas Syah selesai hampir jam 02:00hrs dan lepas tu Syah terus tidur. Pagi tadi Syah bangun hampir jam 07:00hrs. Selepas cuci kain dan kemas rumah sedikit Syah mula memasak jam 10:00hrs dan selesai hampir waktu zohor. Muss bertolak selepas Zohor dan sampai Rawang Residence hampir jam 14:30hrs. Lepas makan Muss dan Cd tertidur manakala Makcik, Beha dan Angah menonton TV. Masa kami bersembang di ruang tamu, Azrin dan Arip datang dan inform mereka baru balik dari berkelah di Tampler. Sebelum balik ke KL Residence Muss singgah di rumah Azrin untuk ambil buah pelam dan limau nipis. Lepas solat Maghrib tadi, Syah panggil Azrin makan kerana masih banyak lagi lauk yang Syah masak tapi Azrin minta hantarkan makanan tu kerumah dia kerana ada orang datang. So Syah hantarkan makanan tu ke rumah Azrin sebab Syah tak boleh makan kerana sedang "jaga Makan".


Ibu dan adik Cd, Makcik dan Beha

Tuesday, February 1, 2011

Kenali Nenda Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

01.02.2011, Selasa - Setiap individu mempunyai ibu dan bapa serta datuk dan nenek. Kebanyakan dari kita semua mengenali datuk dan nenek kita kecuali jika mereka sudah meninggal dunia sebelum kita dilahirkan. Untuk Entry kali ini, Syah ingin berkongsi maklumat bersama anda semua mengenai Nda-Nda iaitu datuk dan nenek kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Ayahanda Sultan Selangor adalah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj merupakan Sultan Selangor Ke-8 dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XI manakala bonda baginda adalah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah atau lebih dikenali sebagai Ku Lat sebelum menjadi raja bergelar. YMM Paduka Bonda Raja Selangor sekarang menetap di Shah Alam, Selangor. Ayahanda dan bonda Tuanku telah bercerai sebelum Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj menjadi Sultan Selangor. Tahukah anda bahawa DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mempunyai pertalian darah dengan Kerabat Diraja Perak disebelah bonda baginda.

Nenda sebelah ayahanda DYMM Sultan Selangor adalah :-
  • Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah merupakan Sultan Selangor Ke-7 dan Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-2. Almarhum diputerakan pada 13.05.1898. Almarhum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 14.04.1960. Walau bagaimanapun Almarhum tidak sempat menghabiskan tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong apabila Almarhum mangkat pada 01.09.1960 dan hanya sempat memegang jawatan berkenaan selama lebih kurang 4 bulan 16 hari sahaja. Baginda dimakamkan di Makam DiRaja Selangor, Bandar Diraja Klang.

  • Almarhumah Tengku Ampuan Jema'ah binti Almarhum Raja Ahmad merupakan Tengku Ampuan Selangor dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-2. Almarhumah diputerikan di Bandar Termasha, Kuala Langat, Selangor sekitar tahun 1900. Berkahwin dengan Almarhum Sultan Hisamuddin pada 1920 dan melahirkan, Tengku Abdul Aziz (Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) enam tahun kemudiannya. Almarhum Sultan Hishamuddin mempunyai tujuh orang cahayamata iaitu empat putera dan tiga puteri termasuklah YMM Tengku Ampuan Bariah, Mantan Tengku Ampuan Besar Terengganu (bonda tiri Tuanku Mizan) dan Raja Puan Muda Kedah, DYTM Tunku Hajjah Raudzah . Almarhumah Tengku Ampuan Jema'ah hanya melahirkan seorang putera sahaja manakala selebihnya adalah anakanda kepada Che Puan Hajjah Kalsom, isteri kedua Almarhun Sultan Hisamuddin. Pada tahun 1952 Almarhumah menunaikan fardu haji bersama paduka suami baginda di Mekah Al-Mukarmah. Almarhumah dan Almarhum Sultan Hisamuddin menghadiri majlis pertabalan Queen Elizabeth II pada 02.06.1953 di Westminister Abbey, London. Almarhumah mangkat pada 08.04.1973 dan dimakamkan Di Makam Diraja Selangor, bandar Diraja Klang.
Makan Almarhum Tengku Bendahara Selangor Tengku Badar Shah di Makam Diraja Selangor. Gambar diambil semasa ziarah Syah ke Makam Diraja Selangor pada 15.01.2011.

Nenda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Syah Alhaj di sebelah bonda baginda, YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah adalah :-

  • Amlarhum Tengku Bendahara Selangor Tengku Badar Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah. Almarhum Tengku Badar Shah merupakan anakanda kedua Sultan Selangor Ke-5, Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah daripada surinya Che Hasnah bt Pilong. Almarhum Sultan Hisamuddin yang merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Sulaiman dan Almarhum Tengku Badar merupakan adik beradik seibu sebapa (bonda yang sama). Sehubungan dengan itu, Ayahanda dan Bonda DYMM Sultan Sarafuddin Idris Shah berkahwin sepupu. Almarhum Tengku Badar Shah dikurniakan dengan dua orang Putera dan empat orang Putri hasi perkahwinannya dengan Raja Embin Izmah binti Sultan Abdul Jalil, Raja Nur binti Raja Juma'at dan Raja Indera binti Raja Ahmad. Almarhum Tengku Badar Shah diputerakan pada 18.04.1893 dan mangkat dalam usia 52 tahun pada 30.10.1945 dan dimakamkan di Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang.
Makam Nenda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj iaitu Almarhumah YAM Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Gambar diambil sewaktu lawatan Syah ke Makam Diraja Selangor pada 15.01.2011.

  • Almarhumah YAM Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak) merupakan nenda kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan bonda kepada YMM Paduka Bonda Raja Selangor. Almarhumah Raja Embin berkahwin dengan Almarhum Tengku Badar Shah pada 1917, kemudiannya berpisah dan balik ke Perak dan berkahwin semula sebagai isteri pertama Almarhum Raja Dato' Badri Shah ibni Almarhum Raja Haji Harun Al-Rashid dan kemudiannya berpisah. Hasil perkahwinan Almarhumah dengan Almarhum Tengku Badar Shah dikurniakan dengan tiga orang puteri termasuklan YMM Paduka Bonda Raja Selangor. Manakala dengan Almarhum Raja Dato' Badri pula dikurniakan seorang puteri. Almarhumah mangkat pada 24.05.1980 dan dimakamkan sebaris dengan Almarhum Tengku Badar Shah dengan jarak 8 buah makam. Makam Almarhum Tengku Badar Shah bernombor 9 manakala Almarhumah di nombor 18 di Makam Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang.
Gambar ini syah dapat daripada anakanda tiri Almarhumah YAM Raja Embin, Ku Chick @ YM Raja Nor Izaliah bt Almarhum Raja Dato' Badri Shah. Menurut Ku Chik, Almarhumah bolehlah digambarkan sebagai "Very Stylish Lady" pada masa itu. Dari kiri ke kanan, Raja Zainanur bt Raja Harun Al-Rashid, Raja Yan binti Raja Badiozaman, Bonda Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, KDYMM Tengku Ampuan Pahang Raja Fatimah bt Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Perak), Bonda Tiri DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, DYMM Raja Perempuan Ta'ayah bt Raja Abdul Hamid, Tengku Mariam Khalida bt Tengku Ibrahim (diatas pangkuan Raja Perempuan Ta'ayah), YAM Raja Embin Izmah bt Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak) dan YM Raja Iznin bt Raja Dato' Badri Shah (diatas pangkuan YAM Raja Embin).

Monday, January 31, 2011

Buka Puasa Milo Oat dan Rasa Nak Demam

31.01.2011, Isnin - Kalau ikutkan plan asal Syah hendak balik ke Rawang tetapi esok kena buat bayaran perabut kayu jati yang Muss beli dan cermin Syah jadi Syah balik KL sahaja sebab nak jimat kos dan masa. Masa hendak sampai Taman Melati tadi Syah call Muss minta dia fetch Syah tetapi katanya dia, Cd dan Fmily Cd dirumah Zul. Ingatkan hendak ajak Muss beli makanan Syah buka puasa. Masa maghrib tadi Syah buat Milo Panas campur Oat dan dua keping roti. Masa sampai rumah tadi Syah rasa badan Syah panas macam nak deman dan batuk sedikit. Mungkin berjangkit kerana minggu lepas semua di KL Residence batuk dan demam. Syah nie badan tak kuat dan mudah dijangkiti penyakit sejak dari kecil lagi. Tengoklah jika esok melarat demamnya baru Syah ke kelinik.

Dulu Syah kerap berulang-alik di kelinik pakar mata Hospital Selayang kerana suspect glakoma. Setelah hampir setahun lebih mereka mengesahkan Syah tiada glakoma. Syah nie ada satu perangai yang bila Syah terlalu fikirkan sesuat penyakit tu Syah akan teringat-ingat benda tu. Contohnya Ahad lepas masa Syah bangun tidur dan selalu teringat masa mula-mula check mata, doktor kelinik panel TM kata salah satu tanda glakoma akan nampak cahaya atau flash. Selalu terfikir benda tu dan hari Ahad lepas Syah bangun dan pejam mata dan nampak seolah-olah ada cahaya kecil dimata Syah dan kemudiannya hilang dan datang semula dan hilang. Kadang kala kalau tertidur dalam train Syah nampak macam kereta dan lampunnya bercahaya dan ada pula satu masa tu Syah nampak unggun api dan cahaya api tu. Pelikkan mungkin Syah terlalu memikirkan benda tu dan Syah harus cuba melupakan perkara-perkara begini. Syah memang ada masalah mata kering atau dry eye dan petang tadi Syah ambil ubat titik untuk mata kering. Syah sebenarnya pakai cermin mata tetapi tak suka pakai.

Sekarang jam 20:42hrs dan Muss tak balik lagi. Syah pula rasa kenyang makan oat tu. Tengoklah jika terasa lapar nanti Syah akan ke kedai berhampiran KL Residence di area Danau Kota Uptown. Semenjak berdiet nie, macam sudah biasa kalau tak makan cuma setakat alas perut sahaja sudah cukup.

Penilaian Prestasi Tahunan Syah

31.01.2011, Isnin - Hari ini macam biasa Syah puasa sunat. Pagi tadi dapat e-mail daripada Admin-MAPSNE meminta Syah melengkapkan penilaian prestasi Syah yang telah dinilai oleh pegawai penilai semula, En Moin. Pada Jummat lepas, pegawai penilai Syah iaitu my Boss beri Syah lebih kurang 84.32 dan Syah memohon semula supaya mendapat 90% kerana sebelum penilaian prestasi melalui system, Syah mendapat 90% ke atas setiap tahun. Bila pegawai penilai semula menyemak prestasi Syah dia turunkan kepada 83.63% dan tak luluskan permohonan Syah untuk mendapatkan 90%. Penilaian prestasi nie penting kerana iannya akan menentukan kenaikan gaji tahunan kami. So malas nak argue mengenai markah nie dan Syah setuju sahaja dengan markah yang diberi cuma pada ruangan catatan Syah tulis :-
  • Pegawai Penilai Saya, Pn Norafizah memberi 84.32% dan saya memohon untuk 90%, walau bagaimanapun Pegawai Penilai Semula memberi 83.63%. Saya bersetuju menerima markah keseluruhan 83.97% kerana itu adalah penilaian En Abdul Moin sebagai Ketua Saya walaupun saya beranggapan sepatutnya mendapat lebih daripada itu.

Apa-apapun rezeki tu datangnya dari Allah. Mungkin Allah akan beri rezeki Syah ditempat yang lain pula. Syah terpaks bershukur atas apa yang telah ditentukan untuk Syah. Terima kasih En Moin dan Pn Norafizah. Markah yang diberikan tak akan menyebabkan Syah berasa demotivated kerana Syah akan tetap lakukan tugas-tugas yang diamanahkan seperti biasa cuma Syah regret sahaja.

Saturday, January 29, 2011

Menguruskan Rumah Country Homes, Rawang

29.01.2011, Sabtu - Jam 07:40hrs Syah sudah keluar rumah untuk tunggu bas disimpang jalan Rawang Residence Syah kerana hendak ke rumah sewa Syah di Country Homes. Masa tunggu bas Syah nampak Azrin keluar untuk betulkan keretanya kerana mereka sekeluarga hendak ke Johor ada saudara kahwin. Sementara tunggu bas sembang sekejap dengan dia. Jam 08:05hrs bas sampai dan Syah naik bas. Actually Syah telah buat appointment dengan Eu Electric Service untuk betulkan power point dibahagian dapur yang telah rosak. Syah juga akan cari plumber untuk betulkan sinki dibilik air atas yang ada air meleleh keluar. Tapi plumber Syah kena cari sebab tak buat appointment lagi. Sebenarnya kerja-kerja nie Syah sudah janji dengan Kak Lang Ella untuk gunakan perkhidmatan kontraktor yang renovate rumahnya tetapi last minute cancelled kerana Kak Lang Ella inform rumah dia tak siap lagi. So malas nak kacau.

Bas ke Country Home pula lambat bertolak, tension juga dan jam sudah hampir 09:30hrs dan appintment jam 10:00hrs. Masa dalam bas Ah Hock dari Eu Electric Service call sudah ada depan rumah. Syah minta dia tunggu dan inform I am on my way............. Hehehehe. Awalnya dia datang, itulah bezanya cara kerja orang cina yang kebanyakannya menepati waktu. Sampai di Country Home, Syah singgah dikedai Hardware untuk minta nombor plumber dan Nonya tu berikan Syah dua contact number. Dari kedai Syah jalan kaki ke rumah sewa Syah dan lihat mereka sudah menunggu.

Setelah membuat pemeriksaan, Ah Hock maklumkan power point tu rosak dan perlu diganti. Dia kena buat wiring dari MCB Unit dan akan buat casing supaya wayar tu nampak kemas melalui ruang tamu ke dapur dan letakkan wire tu diatas ikut siling. Katannya satu point RM280.00 dan Syah ada dua tetapi Syah kata buat satu sahaja dan dia sambungkan satu wayar untuk dua power point tetapi katannya tak boleh guna voltan yang besar sekaligus, contohnya masak air dan masak nasi kerana akan guna power banyak dan lama-lama akan merosakkan power point berkenaan.

Bila dialihat MCB Box Syah jenis lama yang diperbuat dari kayu dan dia cadangkan Syah tukar yang baru. Ketawa diatengok benda tue. Ialah rumah sewa Syah nie rumah lama tahun 1990an dan Syah fikir lebih baik Syah ganti untuk memudahkan penyewa Syah. Walaupun Syah tak stay kat rumah nie tetapi kualiti rumah kena jaga juga kerana iannya harta kita kan? Lama dia membega dua perkara tu adalah dekat empat jam. Bila everytihing beres Syah bayar upan dia RM520.00.

Kebetulan Syah check lampu tangga dan Syah dapati kejap ada kejap tak ada. Cepat-cepat Syah panggil Ah Hock yang telah masuk lori dan minta tolong betulkan suis tu. Pada mulanya dia kata nanti lain kali datang tetapi Syah minta tolong dan akhirnya dia cair juga dengan permintaan Syah. Dia kata hendak ke bandar Rawang beli suis tetapi Syah kata kat Country Homes pun banyak kedai hardware. Katannya saya caj RM25.00 dan Syah kata ok. Semasa pasang suis tu Syah inform suis nie double, boleh buka dari atas dan bawah. Terbeliak dia tengok Syah kerana dia beli yang single punya. Syah kata you sudah tengok tadikan ? takkan you tak perasaan. Dia sekali lagi ke kedai dengan lorinya yang besar tu untuk tukarkan suis dan kata ini kena caj RM30.00 kerana dua kali dia ulang alik ke kedai. Bila sudah siap pasang Syah bayar RM25.00 jer dan dia kata ok sambil Syah ucapkan Kong Hi Fatt Coy pada dia. Sesiapa yang hendak dapatkan perkhidmatan Ah Hock boleh call beliau di talian 012 3123869. Semua kerja berhubung kerja-kerja elektrik dia buat termasuk jual aircond baru dan terpakai. Dia ada kedai di Bukit Beruntung. Shukur Alhamdullilah Allah makbulkan doa Sya supaya urusan rumah sewa Syah berjalan lancar.

Masa Ah Hock buat kerja, Syah ke hulu ke hilir di kawasan taman untuk mencari plumber. Penat telefon jer semuanya tak mahu. Syah juga pergi ke rumah-rumah yang sedang buat renovation untuk cari plumber tapi semuanya hampa. basah kuyup dengan peluh dan dalam hati berdoa agar Syah sabar dengan dugaan ini dan permudahkan urusan Syah. Hari tu masa Syah ke Country Homes bersihkan rumah, Syah tanya kontraktor yang buat rumah belakang Syah dan kebetulan dia jiran Syah juga dan minta betulkan paip air dan dia menolak atas alasan sedikit sangat kerjanya. Yanto yang Syah biasa suruh dia buat kerja-kerja plumbing di Country Homes juga tak available hari ini dan hanya free hari Selasa sahaja.

Akhirnya Syah ke kedai hardware dan nak beli pelekat batang paip. Masa berbincang dengan tauke tu dia cadangkan seorang warga bangladesh yang kebetulan datang kedai dia beli barang. Syah tak sempat hendak bercakap dengan that guy tapi tauke tu berikan nombor telefonnya. Namanya Rashid dan terus call dia. Mulanya dia kata ada kerja tetapi bila Syah merayu pada dia dia kata tengok nanti bila kerja dia siap dia call. Semasa Syah di rumah dia call dan kata hendak datang.

Bila dia tengok sinki Syah dia cadangkan Syah tukar pipeing supaya kebocoran tu dapat dielakkan. Macam power point tu juga, rumah lama kan? Heheheheh .............. Dia caj RM90.00 dan Syah minta kurang RM80.00 dengan muka kesian Syah dan akhirnya dia setuju. Dua kali dia berulang alik ke kedai untuk beli bahan-bahan yang diperlukan. Dia juga boleh buat table top untuk toilet dan berbagai kerja seumpamanya. Memang kemas kerjanya dan jika anda inginkan perkhidmatan Rashid, dia boleh dihubungi melalui talian 017 3456550. Rashid nie sudah 20 tahun menetap di Malaysia dan berkahwin dengan wanita Indonesia dan dikurniakan dengan dua orang cahayamata.

Selepas semua kontraktor balik, Syah lihat ada sms daripada my new tenant, Noor Aini inform mungkin dia datang lambat kerana jalan jem. Katanya "Syah, saya maybe lambat sedikit ...baru jer masuk guthrie". Sebenarnya dia sms dah lama tapi Syah tak perasan dan bila nak jawab SMS tu, muncul jer kereta dia depan rumah. Syah brief sedikit berkenaan rumah tu dan serahkan kunci dan agreement. Aini serahkan RM1400.00, RM1000.00 deposit dan RM400.00 sewa bulan Februari 2011. Syah inform akan datang semula untuk collect agreement dan kain langsir selepas tahun baru cina. Aini datang dengan member baiknya orang Johor. Syah sempat minta plastik sampah dengan jiran sebelah rumah. Jiran Syah tu ada kedai tom yam di Country Homes. Bila Syah tanya berapa sewa katanya RM350.00 dan Syah terperanjat sebab rumah tu rumah tepi. Kakak tu inform awak sewa RM400.00 tak mengapa sebab rumah cantik tapi rumah dia katanya tuan rumah tak baiki kerosakan dan lalangpun dia sendiri yang tebas. Selepas selesai urusan dengan Aini, Syah balik ke Bandar Rawang, Aini sempat tanya naik apa dan Syah kata bas.
Dari bandar Rawang, Syah naik Komuter ke KL sebab boring pula sorang-sorang dirumah. Dari Rawang terus ke Mid Valley naik Komuter. Di Mid Valley Syah makan Sup Sayur, Cendawan dan Mee Bayam di Food Junction. Lepas tu Syah beli air longan dan jalan-jalan sekejap dan jam 17:45hrs Syah bertolak semula ke Stesyen Komuter Mid Valley untuk balik Rawang. Di Pekan Rawang Syah beli kuaci dan dua biji jagung rebus. Sampai rumah macam biasa selepas Maghrib. Sekarang jam 22:42hrs dan sebentar tadi baru call Azrin tanya pasal orang-orang kampung di Pontian.

Shukur Alhamdullilah Kehadrat Allah SWT Kerana Semuanya Berjalan Lancar Walaupun Banyak Dugaannya dan Syah Terpaksa Lakukannya Bersendirian.