05 April 2014, Sabtu :-
Pada 03 April lepas Her Majesty Queen Elizabeth II dan suami baginda, Duke of Edinburgh telah mengadakan lawatan ringkas ke Vatican City dan mengadakan perjumpaan dengan Pope Francis dan bekas Ketua Biskop Westminister Cardinal Cormack Murphy O'Connor di Dewan Paul VI, Vatican City. Baginda Queen yang juga merupakan Ketua Gereja England sepatutnya dijadualkan ke Vatican City pada April 2013 tetapi ditunda sehingga tahun ni kerana keadaan kesihatan baginda Queen tidak mengizinkan baginda meneruskan lawatan berkenaan. Ini adalah kali kelima baginda Queen mengadakan perjumpaan bersama Pope Francis. Dalam rangka lawatan ini, baginda Queen telah berkenaan menghadiri majlis Santapan Tengahari bersama Presiden Itali, Giorgio Napolitano.
Suber :- gettyimages
No comments:
Post a Comment