Tuesday, February 11, 2014

Tengku Mahkota Pahang Komen Insiden Angkat Sumpah Menggunakan Al-Quraan T-Team dan Irfan

11 Februari 2014, Selasa :-

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang juga merupakan Timblan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM dalam kenyataan baginda hari ini memaklumkan bahawa majlis angkat sumpah menggunakan Al-Quraan yang dibuat berhubung insiden dalam terowong yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Ta'zim (JDT)  adalah tidak wajar dilakukan kerana mereka yang terlibat seharusnya memberi ruang kepada FAM menjalankan siasatan terlebih dahulu. Komen baginda lagi jangan bermain dengan ayat-ayat suci Al-Quraan.

T-Team mendakwa insiden pemain import mereka, Evaldo Rodrigues ditumbuk didalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 01 Februari 2014 adalah benar dan bukan satu pembohongan. Manakala pemain simpanan T-Team yang juga merupakan anak kelahiran Johor, Muhammad Irfan Abdul Ghani dalam kenyataannya kepada media menyatakan kejadian itu tidak pernah berlaku. Sebagai bukti masing-masing bercakap benar T-Team mengadakan majlis angkat sumpah didepan Al-Quraan disebuah hotel malam tadi di Terengganu manakala Irfan juga melakukan perkara yang sama disebuah restoran petang tadi di Johor.

Teringat Syah sekitar tahun 1980an dulu memang famous dikalangan kanak-kanak bila buat salah jer mereka akan kata "kalau kau berani sumpah Al-Quraan" untuk membuktikan mereka tu betul dan benar, itu budak-budak zaman dulu-dulu, ini apa kes nie? 

Sumber :- Bernama /TV3

2 comments:

Anonymous said...

dunia sudah terbalik bro. kekekee

Anonymous said...

yang bergaduh bukan islam tapi yang lebih2 orang islam pulak...elok2 FAM boleh siasat, disuruhnya angkat sumpah pulak, dah mamat johor tu pun angkat sumpah gak..dah kita x tau sape yg cakap betul..last2 orang bukan islam cakap, orang islam dia punya kitab suci pun boleh kasi main2...