10 Februari 2014, Sabtu :-
Bekas isteri Sultan Brunei, Puan Hajjah Mariam binti Haji Abdul Aziz dalam kenyataannya kepada mahkamah di London pada 08 Februari 2014 mengaku ada menjual barang kemasnya bagi membayar hutang judi berjumlah £1 juta tetapi menafikan memberi sebarang arahan kepada Fatimah Lim untuk menjual sebarang barang kemas miliknya kerana sebarang penjualan barang kemas akan dilakukan oleh beliau sendiri. Beliau memberi keterangan berkenaan dalam perbicaraan kes kecurian barang kemas kepunyaan beliau yang dianggarkan bernilai £12 juta atau RM64 juta dan barang berkenaan diganti dengan replika yang tidak berharga oleh Pengawal Peribadi beliau yang merupakan bekas pemain badminton Singapura Fatimah Lim. Sebelum menjadi Pengawal Peribadi beliau merupakan jurulatih badminton kepada Puan Hajjah Mariam. Gambar disebelah merupakan gambar terbaru Puan Hajjah Mariam ketika menghadiri perbicaraan kes ini.
Fatimah menafikan beliau mencuri berlian berkenaan dan mendakwa Puan Hajjah Mariam telah mengarahkan beliau menjual barang kemas berkenaan selepas beberapa kasino di London mengancam untuk menyaman majikannya itu. Beliau juga mendakwa arahan untuk menjual barang kemas berkenaan adalah untuk membayar hutang judi yang tertunggak semenjak 20 bulan yang dibuat oleh majikannya itu. Perbicaraan diadakan di Isleworth Crown Court, London.
Mahkamah dimaklumkan bahawa Puan Hajjah Mariam memujuk Fatimah Lim untuk berjudi dan memberi cip judi bernilai £1,500 pada satu-satu masa. Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Puan Hajjah Mariam pernah kerugian sebanyak £500,000.00 dalam satu malam ketika berjudi di sebuah kasino di London. Walau bagaimanapun, Puan Hajjah Mariam menafikan yang beliau pernah kerugian sebanyak £3 juta dalam satu malam. Puan Hajjah Mariam yang berusia 57 tahun dikatakan selalu mengunjungi kasino-kasino di Singapura, Macau dan London termasuk Clermont Club di Berkeley Square yang merupakan tempat berjudi terkenal bagi orang-orang kaya Britain dan beliau diberikan had kredit berjumlah £2.5juta. Beliau akan melawat dua atau tiga kasino dalam satu malam termasuk Les Ambassadeurs, Aspinalls dan Rendezvous yang terletak berhampiran Park Lane.
Hajjah Mariam yang mempunyai aset di Leicestershire, Kensington dan Singapura mendakwa bahawa beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk membayar hutang-hutang judinya. Pihak juri dimaklumkan bahawa Puan Hajjah Mariam telah memasukkan sejumlah wang kedalam akaun Fatimah Lim bagi tujuan membayar hutang judi beliau. Mahkamah juga dimaklumkan bahawa pada tahun 2009, Puan Hajjah Mariam menjual beberapa barang kemasnya bernilai hampir £1juta untuk membayar hutang-hutangnya.
Perbicaraan bersambung ............
Sumber :- Mail Onlin
Hajjah Mariam yang mempunyai aset di Leicestershire, Kensington dan Singapura mendakwa bahawa beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk membayar hutang-hutang judinya. Pihak juri dimaklumkan bahawa Puan Hajjah Mariam telah memasukkan sejumlah wang kedalam akaun Fatimah Lim bagi tujuan membayar hutang judi beliau. Mahkamah juga dimaklumkan bahawa pada tahun 2009, Puan Hajjah Mariam menjual beberapa barang kemasnya bernilai hampir £1juta untuk membayar hutang-hutangnya.
Perbicaraan bersambung ............
Sumber :- Mail Onlin
No comments:
Post a Comment