Malam semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Malam sempena sambutan hari ulang tahun Rejimen Askar Melayu Diraja ke-80. Majlis yang diadakan di Wisma Perwira ini turut dihadiri oleh Panglima Medan Tentera Darat yang juga merupakan Pengerusi Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Tunku Temenggung Kedah, Tan Sri Tunku Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Sumber :- Bernama
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment