05 Oktober 2013, Sabtu :-
Rombongan daripada Jabatan Mufti Johor telah menziarahi makam bekas Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz di Kubah Makam Diraja Brunei pada petang semalam sebelum solat Asar. Delagasi dari Johor ini diketuai oleh Penasihat Majlis Islam Negeri Johor, Dato' Noh Gadut (berdiri dihadapan makam berbaju biru).
Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz merupakan anak jati negeri Johor Darul Takzim. Sila click entry Syah berhubung Allahyarham secara ringkas.
AL-Fatihah ......... Semuga Rohnya Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber : Runy
No comments:
Post a Comment