28 Oktober 2013, Isnin :-
Bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato' Hj Ismail Yahya telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Terengganu semalam 27 Oktober 2013 atas tuduhan menghina Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau MAIDAM serta mempertikaikan titah Sultan Terengganu dalam penstrukturan semula jawatankuasa agama berkenaan. Dato' Hj Ismail mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan dan minta dibicarakan. Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Jika sabit kesalahan akan dipenjara dua tahun atau denda RM3,000.00. Perbicaraan akan diadakan pada 26 Februari 2014. Dato' Hj Ismail telah diikat jamin dengan bayaran RM1,600.00.
Pertuduhan yang dikenakan kepada bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato' Hj Ismail Yahya adalah seperti berikut:-
Pertuduhan Pertama
Bahawa kamu :
Pada 29 Oktober 2013 telah menghina Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dengan kata-kata :
"oleh yang demikian jelas kelihatan bahawa usaha MAIDAM untuk mengambilalih pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu dibawah kawalannya adalah perbuatan maksiat.
"oleh yang demikian jelas kelihatan bahawa usaha MAIDAM untuk mengambilalih pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu dibawah kawalannya adalah perbuatan maksiat.
Pertuduhan Kedua
Bahawa kamu :
Mempertikaikan arahan DYMM Sultan sebagai Ketua Agama Islam yang mengampuni perkenan pelaksanaan penstrukturan baharu Institusi Pentadbiran Agama islam dan Adat Istiadat Melayu dengan kata-kata :
- Adakah hasrat hendak meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah dibawah MAIDAM dibuat secara musyawarah atau mengikut kehendak sesorang. jika hasrat berkenaan itu diputuskan atas pandangan sesorang, apakah MAIDAM meninggalkan ajaran Islam sebagai firman Allah dalam ayat 38 atau sebahagiannya dari Surah Al-Syura itu?
- Adakah cadangan yang hendak dilaksanakan itu, bermaksud mahu mencampuradukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran.
- Adakah MAIDAM tidak mahu mengikuti hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang tersedia dalam negara?
Kesalahan-kesalahan yang disebutkan diatas dilakukan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu, Terengganu. Dato' Hj Ismail Yahya dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Terengganu mulai 01 April 2008 hingga 28 Februari 2013.
Sumber :- Kosmo
No comments:
Post a Comment