
By the way malam tadi Kak Lang invite kami semua makan malam di Pizza Hut Jalan Dewan Sultan Sulaiman berhampiran Chow Kit tue. Turut hadir sama Mamat dan Eza serta Haziq. Suami Kak Lang belanja kami dinner nie sempena ulangtahun dia yang ke-50........... Thanx Azam.
Sebenarnya ikut plan, Syah nak tidur rumah Kak Lang dan pagi nanti jam 09:00hrs Syah minta Mamat fetch Syah di rumah Kak Lang. Disebabkan pagi sangat Mamat kata lebih baik dia tidur sekali rumah Kak Lang. So Syah cadangkan Haziqpun tidur sekali rumah Kak Lang dan dia kata ok gak sebab hari Sabtu dia kerja petang. On the way balik ke rumah Kak Lang singgah KL Residence jumpa Muss untuk ambil dokumen perumahan Syah yang tertinggal hari tue.
Sampai rumah Kak Lang hampir jam 23:30hrs dan kami sembang-sembang hampir jam 01:00hrs baru semuanya masuk tidur. Sekarang nie Kak Lang dan anaknya tengah buat preparation untuk breakfast dan suaminya, Azam baru balik dari masjid dan keluar semula untuk beli roti canai. Jam 08:00hrs nanti nak kejutkan Mamat coz jam 09:00hrs nanti Syah nak berangkat ke Rawang. Ok lah semua, sehingga berjumpa lagi dilain entry .................
No comments:
Post a Comment