08.01.2011, Ahad - Semalam selepas kerja-kerja Syah selesai Syah jalan-jalan sekitar kawasan Taman Tasik sementara menunggu program selesai. Jalan punya jalan Syah ternampak satu pagar besar dan nampak lain jer rupanya tetapi tak ada signboard. Syah pusing kawasan tu dan terjumpa seorang perempuan tukang sapu Majlis Perbandaran Seremban. Syah tanya tempat apa nie dan dia inform Istana Hinggap. Dalam hati kata betul tekaan Syah tadi. Dia sempat tanya dari mana dan buat apa.
Syah ceritakan program kami dan terus dia beri cadangan. Katanya elok kalau awak semua buat gotong royong bersihkan Makam Sheikh katanya sebab kawasan tu katanya sudah semak dan bahagian depan jer cantik. Maksudnya mungkin kawasan Makam Tuan Haji Said di Seremban yang merupakan kawasan tanah perkuburan awam dimana disemadikan Tuan Sheikh Haji Muhammad Said Al Linggi seorang ulama tersohor Negeri Sembilan yang meninggal dunia pada tahun 1962. Syah senyum jer dan ingat hendak ke makam tu tetapi bila tanya orang mereka kata jauh sedikit tempat tu dari tempat Syah sekarang dan Syah batalkan niat kesana.
Pusing punya pusing kawasan Istana tu akhirnya dapat gak lihat sedikit bentuk Istana Hinggap tu. Actually dari luar memang tak nampak kerana kawasan istana dikelilingi pokok-pokok besar. Heheheh rezeki dapat port baik punya dan boleh "mengintai" istana nie. Masa ambil gambar nie Syah zoom dari luar. Waktu nie (tengahari) kelihatan seorang anggota polis sedang menaikkan bendera diperkarangan Istana. Actually Istana Hinggap nie semasa pemerintahan Almarhum Tuanku Jaafar dijadikan kediaman rasmi Almarhum tetapi Tuanku Muhriz tidak bersemayam di Istana ini dan bersemayam di kediaman peribadi baginda di Istana Munarah. Kelihatan istana nie sedang buat renovation sedikit dibahagian luarnya mungkin sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz tak lama lagi kot? Akhirnya dapat juga lihat Istana Hinggap nie dari dekat kerana selama nie pernahlah telefon Istana nie beberapa kali untuk buat beberapa pertanyaan mengenai Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment