Sunday, October 2, 2011

Aktiviti Hari Ahad Yang Busy

01.10.2011, Ahad - Hari Ahad nie aktiviti Syah penuh dari pagi sampai ke petang. Penat tetapi suka sangat kerana jarang Syah keluar hari Ahad nie kerana sebagaimana anda maklum Syah tak boleh memandu jadi sukar nak bergerak guna public transport kecuali kalau ada perkara penting digagahkan lah jugak. Today Syah nak attend wedding Rita di Shah Alam so jam 10:00hrs tadi Syah ke kedai Putu untuk bercukur kerana malam tadi Syah tanya katanya jam 10:00hrs baru buka tetapi masa Syah datang dah ada orang gunting rambut means dia buka awal. Abang tu siap warnakan hitam lagi rambut dan misainya. Heheheeh. Cukur caj dia RM5.00 jer, Actually Syah cukur sendiri tetapi semenjak Raya hari tu entah mana pisau cukur Syah letakkan, lupa dan tak jumpa hingga hari nie tu yang cukur gi kedai belakang Rawang Residence Syah jer.Lepas cukur Syah mandi dan bersiap. Kemudiannya sediakan makanan untuk anak saudara Syah yang hendak datang fetch Syah ke Shah Alam. Syah buatkan Toasted Tuna Sandwich with Cheese, Buah Anggur & Orange dan Tropicana Twister Orange Juice. Semalam lagi Syah dah buat appointment dengan Mamat dan dia kata okey. Syah tak masak apa-apapun coz kan we all nak mamam kat majlis kenduri kahwin? Lepas makan dan kemas kami bertolak ke Shah Alam menggunakan kereta Syah dan kereta Mamat park dalam garaj Syah. On the way Syah isi minyak penuh dan minta Mamat pumpkan semua tayar. Bukan apa kereta Syah tu dah lama tak berjalan bagi dia exercise sket dan agaknya terkezut AEL hari nie kerana rodanya berpusing tak macam kebiasaanya hanya enjin jer yang bergerak. Heheheh...........
Syah sampai ke Dewan Bunga Kertas MBSA, TTDI Jaya masa Azan Zohor dan orang masih tak ramai lagi tetapi pengantin sudah bersanding kerana ikut jadual persandingan jam 12:30hrs dan selepas tu baru dewan penuh kerana tetamu datang lewat kot lepas Zohor atau pusing-pusing cati tempat tu maklumlah Shah Alam kan susah sket jalannya kalau tak biasa. Inilah pasangan suami isteri itew, Rita Nisah Mohd Janis dan Noorhaslizan Shah Sulaiman dua-duanya anggota TM. Menunya memang SEDAP hari nie terutama rendang daging nya superb..........begitu juga acar buahnya yang sedap tak macam acar buah orang kahwin yang lain, tak tahu nape tapi iannya sedap. Macam biasa masa makan ada orang bagi souvenir. Kepada Rita, Syah ucapkan Selamat Pengantin Baru Semuga dipanjangkan Umur dan Jodoh Kalian Hingga Keakhir Hayat. AMIN.
Dari Majlis kenduri kahwin kami bertolak balik dan Syah call Kak Long inform nak datang ke rumah dia di Ijok. Kak Long kata dia ada dirumah dan Syah inform on the way ke Ijok tetapi hendak singgah ke Makam Diraja Shah Alam untuk Ziarah Makam Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor. Selepas ziarah ke makam kami bertolak ke Ijok. Masa sampai Kak Long sedang bersembang dengan Kak Lang di phone dan Kak Lang ngan Haziq balik kampung ropanya. Borak kejap dengan Kak Lang. Lepas tu Syah solat Zohor dan sembang dengan Kak Long sambil minum petang. Sebelum balik Kak Long bagi Syah lima pasu bunga daun hijau. Syah bertolak sebelum Asar sebab Mamat nak balik ada urusan lain.

Sampai Rawang Residence, Mamat tolong punggahkan pokok-pokok tu sebelum balik. Selepas Mamat balik Syah solat Asar dahulu sebelum rearrange semula pasu sediada dan letakkan pokok-pokok yang Kak Long bagi tadi. Malam nie Syah makan buah dan sandwich tuna jer. Rasa macam nak puasa sunat lak pulak esok. Lutut Syah rasa sakit dan tak selesa plak malam nie. Mungkin kerana buat kerja berkebun tadi ker? Entah lahhhhh.......Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry.......... Bye.....................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.