Monday, October 3, 2011

Ganguan Ketika Tidur dan Naik ETS Pagi Nie

03.10.2011, Isnin - Salam dan Selamat Pagi kepada semua. Hari nie Syah bangun jam 05:00hrs dan terus teringat nak puasa sunat lalu Syah bersahur dengan sekeping roti sahaja dan sebelum tu Syah ambil supplement untuk lutut Syah. Lately nie bila tidur malam Syah selalu terjaga sebab kena himpit. Macam ada lembaga dan Syah dapat rasakan iannya bila nak datang. Syah dapat rasakan iannya datang dari arah ruang tamu masuk ke bilik TV tempat Syah selalu tidur tu. Bila kena himpit Syah tak boleh nak bangun dan ada masanya bila nak baca ayat suci perkataan yang keluar kat mulut Syah tak betul dan sukar nak disebut. Bila meronta akhirnya terjaga. Actually bila terjaga Syah akan ambil air sembahyang dan tidur semula dan ada kalanya Syah pasangkan bacaan Yasin di youtube dan sambung tidur.

Pagi nie Syah keluar 5 minit sebelum jam 06:30hrs dan belum sampai tempat biasa Syah tunggu bas, bas dah mai dan terus Syah berlari-lari tahan bas. Alamak pemandu lainlah plak dan benda yang Syah sangkakan terjadi. Apa dia Yek...........? Heheheh macam biasalah dia suruh Syah tunjukkan arah jalan yang biasa bas lalui. Hendak tak nak kena bantu dia juga dan jadi juru arah tunjuk bas hari nie. Tergelak dalam hatipun ada juga tetapi disebabkan dia orang baru dan bas jalan awal, so kami sampai KTM cepat dari biasa. hari nie tak perlu berlari kerana ada masa lagi. Masuk jer KTM train jam 07:00hrs tak ada lagi. Syah masuk toilet dulu.

Keluar jer dari toilet dengar annauncement inform Train ke Bangi jam 07:00hrs dibatalkan dan Train seterusnya ke Sungai Gadut akan sampai jam 07:15hrs. Alamakkkk............... kebetulan seorang Kakak yang duduk dikerusi dekat Syah berdiri tu merungut kat Syah, katanya selalu lah KTM nie macam nie asik batal jer dan katanya perkara yang sama selalu terjadi exspecially hari Jumaat dari KL Sentral ke Rawang waktu nak balik, katanya pada Syah. Memang betul kata Kakak tu jika train batal pada waktu puncak sebegini, orang yang menunggu sepatutnya bertolak jam 07:00hrs akan bersama-sama penumpang jam 07:15hrs, So apa akan jadi - Jadi macam IKAN Sardinlah jawapnya. Itulah masalah kami yang menggunakan perkhidmatan Awam nie tetapi dah tak ada pilihan ikut jer lah Labu...............

Terus dapat idea nak naik keretapi laju Electric Train Service atau singkatannya ETS sebab hari tu pernah tanya kat kaunter harga tiket ETS Rawang-KL Sentral dan mereka inform RM6.00. So Syah beli tiket kat kaunter dan touch out semula kad Toucn&Go Syah. Tak perlah sekali sekali nak cuba juga dan nak tahu apa perbezaanya dengan Shuttle yang telah dimansuhkan dan diganti dengan ETS. Bila ETS sampai ada announcement inform tidak dibenarkan masuk tanpa tiket ETS. Wow dengan bangganya Syah melangkah masuk dalam ETS tu. 1st time katanya......... Syah naik Tren 9301-ET 21 Gold kelas Premier Koc B dengan seat no. 2C. Actually kalau tak ada tiket tidak dibenarkan masuk tetapi staf-staf KTM dibenarkan menaikinya secara percuma untuk ke stesyen KTM KL atau KL Sentral. Nak buat macam mana polisi mereka benarkan sebagai salah satu kemudahan untuk staff.

Syah dah siap-siap tunggu kat depan kerana ikut logik Coach B mesti nombor dua dari depan dan betul tekaan Syah. Bila Syah lihat seat no. 2C ada kakitangan KTM selamba dog duduk kat situ dan dia masuk dahulu sebelum Syah. Syah inform dia dengan baik dan cakap nie seat 2C dan dia tengok nombor seat tu dan kemudianya bangun dan beredar ke gerabak hadapan. Orang kat luar tengok Syah dan mereka macam pelik napelah budak nie naik ETS pagi nie. Masa kat dalam ETS Syah dapati tak banyak beza dengan shuttle KL-Ipoh yang dimansuhkan tu cuma biasalah benda baru semuanya cantik dan selesa. Bab perjalanan nie sama jer Syah tengok........... ada masanya laju dan ada masanya berhenti untuk beri laluan pada train lain. Tak banyak bezalah kelajuannya sama jer tetapi ada kelainan sket dimana ada gadis-gadis cun yang memeriksa tiket kita, sejuk mata memandang dengan senyuman manja mereka ........... Cuma bagi yang nak jimat tak bolehlah naik ETS nie dari Ipoh ke KL atau sebaliknya kerana ia tak macam Shuttle Train yang ada kelas ekonomi dan harganya jauh lebih murah.

Kepada anda semua, jangan cuba-cuba nak naik ETS nie tanpa tiket dan guna tiket komuter atau touch & go kerana iannya tak diterima macam Shuttle Train dulu. Jika didapati anda melakukannya anda akan di denda RM20 + Kadar Bayaran Tambang Sebenar perjalanan anda plus dapat malu lagi. ETS nie bolehlah menjadi penyelamat jika kita hendak cepat ketempat kerja if ada urusan penting yang memerlukan kehadiran kita lebih awal dipejabat tetapi kalau setakat saja-saja nak naik hari-hari dari Rawang, budgetnya memang besar............. kalau tak kisah pasal budget naiklah hari-hari ETS Yer.......... Heheheheh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.