Itulah hikmahnya tak jadi pakai baju Azrin tu kalau tak tak tahu apa jadi jika streka tu on terlalu lama sangat. Teringat Syah peristiwa dalam tahun 1990an dapur di KL Residence terbakar teruk kerana Syah terlupa nak tutup apinya semasa mengoreng sesuatu dan masa tu bulan puasa. Syah boleh tengok TV dan terlupa yang Syah panaskan minyak dalam kuali. Bila satu rumah penuh asap hitam baru Syah teringat dan kuali yang penuh dengan minyak tu sudah terbakar minyaknya. Rupa-rupanyajika minyak dan api terbakar tak boleh simbah air, tetapi Syah simbah air terus api tu menjulang naik dan menyambar satu dapur sampai lampu dalam bilik airpun boleh pecah. Bayangkan untung tak berlaku kebakaran teruk. Nasib baik ada jiran Chinese datang ambil penyembur api kat luar rumah dan padamkan api dalam kuali tu.
Bila sudah padam satu kerja pula Syah terpaksa sapu satu rumah kerana semburan pemada api yang berbuih putih tu bila kering jadi habuk dan Syah terpaksa lap dan cuci dapur kerana sudah bertukar warna hitam atau bejelaga, kemudiannya Syah cat semula dapur tu. Menangis Syah waktu tu ........... Sebelah malamnya Azrin dan Bak datang melawat. Masa tu my brother Muss bertugas di Lahad Datu, Sabah selama lima tahun. Ingat lagi Syah Kakak kat atas KL Residence Syah invite Syah berbuka rumah dia tetapi Syah tak mahu. Kakak tu dah meninggal sekarang kerana ada masalah hati tak silap Syah. Semenjak tu Syah jadi fobia bila nak kuar jer mesti pastikan dapur gas tertutup walaupun Syah tak gunakannya.
Tuesday, September 20, 2011
Tukar Baju Melayu ................ Ada Hikmahnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment