Yayasan Sofa dalam laman rasminya menyatakan bahawa YAB Menteri Besar dan YB Menteri Pengajian Tinggi memaklumkah bahawa inilah julung kalinya penubuhan sebuah universiti atau kolej universiti dimulakan dari dalam istana. Sesungguhnya sokongan yang diberikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sudah tentu melambangkan kepercayaan dan harapan besar yang diberikan kepada Gerbang As-Sofa Sdn. Bhd. dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan itu sendiri di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki untuk terus menerajui usaha mengembangkan tradisi ilmu Islam. Mereka juga berharap penubuhan Kolej Universiti As-Sofa menjadi nadi kepada perkembangan ilmu yang berteraskan metodologi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan membangun dan memajukan masyarakat.
Majlis didahului dengan ucapan oleh Menteri Pengajian Tinggi dan kemudiannya pihak Gerbang As-Sofa Sdn Bhd dan Yayasan Sofa telah memberikan sepasang cenderahati berbentuk frame khat Allah dan Muhammad kepada Tuanku Muhriz sebelum majlis penyerahan sijil perlawaan pembukaan kolej universiti As-Sofa disempurnakan. Selepas itu tetamu beredar ke bilik khas untuk sessi sidang media.
No comments:
Post a Comment