31.08.2011, Rabu - Hari ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim berada di Loji Air Gunung Pulai untuk menyaksikan majlis penyerahan semula loji berkenaan oleh kerajaan Singapura kepada Johor setelah tamatnya perjanjian air Johor-Singapura yang ditandatangani pada tahun 1961. Selain daripada loji berkenaan, turut terlibat dalam penamatan perjanjian ini adalah Loji Air Skudai, Loji Air Gunung Pulai, Rumah Air Pam Pontian (Sg Pontian Kecil) dan Rumah Pam Tebrau.
Tuanku telah berkenan mencemar duli menyaksikan majlis menandatangani dokumen perjanjian pada majlis penyerahan dan penerimaan sempena tamatnya perjanjian ini yang dilaksanakan oleh Pengerusi PUB Singapura, Tan Gee Pau dan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato' Obet Tawil.Turut mengiringi baginda pada majlis ini adalah Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman serta Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Dr. Vivian Balakrishnan serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail. Terdahulu Tuanku dan rombongan telah melakukan lawatan disekitar loji berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.