Wednesday, August 31, 2011

Jalil dan Keluarga Datang Beraya @ Nenda Residence

31.08.2011, Rabu - Hari nie Syah bertolak daripada Ayahanda Residence lepas Zohor, Mamat fetch Syah dan semasa dirumah Ayahanda Kak Long call inform Uda Diah ada dirumah Nenda. Uda Diah merupakan bekas isteri Almarhum Ayahanda Saudara Syah, Almarhom Mon Al-Haj. Hasil perkongsian hidup dengan Almarhum mereka dikurniakan dengan seorang cahayamata lelaki yang dinamakan Abdul Jalil.

Jalil nie sebaya dengan my sister Intan dan Almarhum berpisah dengan Uda Diah sewaktu Jalil masih dalam kandungan lagi. Ialah dah tak ada jodoh namanya kan? Semasa kecil kami tak pernah berjumpa dengan Jalil tetapi setelah dewasa dan beristeri hubungan kami sekeluarga makin rapat. Sekarang Jalil sudah bertugas sebagai seorang pendidik di Bagan Datoh, Perak dan sudah beristeri dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata buat masa ini iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki. Hari nie Jalil datang bersama keluarganya, ibu dan ibu mertua serta ibu saudara isterinya. Dari rumah nenda, Jalil dan keluarganya singgah ke rumah Ayahanda.


Kak Long tunjukkan gambar lama Mak Uda Diah dan Almarhum semasa mereka baru kahwin dan tiba-tiba Mak Uda Diah ambil gambar tu untuk simpanan dia. Alamak........... gambar tu sebenarnya Syah nak buat koleksi keluarga tetapi Kak Long tunjukkan pula kepada Uda Diah dan dia ambil. tak apa lah, its ok mungkin ada lagi dalam simpanan keluarga yang lain tetapi kalau tak ada nak buat macam mana kan....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.