13.08.2011, Sabtu - Tanggal 12 Ogos lepas merupakan tarikh lahir HM Queen Sirkit Yang ke 79 dan iannya disambut dengan meriah di seluruh Thailand sebagai hari Ibu dan diistiharkan sebagai cuti umum seluruh negara. Potrait Baginda Queen dan bendera Thailand dikibar dan digantung dimerata tempat oleh orang persorangan dan organisasi kerajaan dan swasta. Baginda begitu dekat dihati rakyat kerana sumbangannya terhadap mempertingkatkan kebajikan dan memastikan kesejahteraan rakyat Thailand. Baginda juga terkenal dengan usaha gigihnya memulihkan industri kraf dan seni tradisional Thailand. Dengan inisiatif baginda, kedai-kedai kraftangan telah diwujudkan di bandar-bandar dan kawasan tumpuan pelancong serta penubuhan dua buah pusat latihan kraftangan dan seni tradisional di Chitralada Villa dan Bangsai di Ayutthaya.
Tempat yang paling meriah bagi menyaksikan sambutan hari ulangtahun ini adalah di Ratchadamnoen Avenue dan sekitar Grand Palace, Bangkok dimana iannya dihiasi dengan lampu-lampu berhias, bunga-bungaan serta potrait baginda sempena hari istemewa ini serta pelbagai persembahan bagi menghiburkan rakyat. Semuga HM Queen Sirkit dipanjangkan umur dan dapat berbakti kepada bangsa dan negara Thailand.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.