Saturday, August 13, 2011

Buka Puasa hari Ke-13

13.08.2011, Sabtu - Sekarang jam 19:08hrs dan inilah juadah berbuka puasa Syah hari nie. sekarang nie hujan lebat. Seorang di Rawang Residence jadi beli jer lah di Pasar Ramadhan Bandar Rawang. Jam 16:00hrs tadi Syah tunggu bas untuk ke Bandar dan sampai jer bandar terus jalan kaki ker Pasar Ramadhan Rawang. Sebelum tu singgah ke kedai kek Kings tapi belek punya belek tak ada yang berkenan dihati dan teruskan perjalan ke distinasi yang dituju. Bersebelahan pasar tu ada sebiah surau, Surau Darul Salam namanya dan Syah lihat ada beberapa orang sedang bersolah Zohor dan terus Syah join mereka solat berjemaah. Selepas solat baru Syah gerak ke pasar Ramadhan. Macam-macam juadah ada dijual disini, cuma sediakan duit jer............. tepuk dada tanya selera.

Hari nie Syah beli Laksa Utara - RM3.00, Nasi Kerabu dan Telur Asin - RM3.00 dan Air Tebu Sebungkus - RM4.00. On the way ke bas stand hari sudah hujan dan Syah redah jer sebab nak kejar bas 17:30hrs. Sampai bas stang baru jam 17:10hrs dan bas tak ada lagi lalu Syah ke gerai buah bersebelahan 7E nak beli buah tetapi buah nenas dah habis lalu Syah cakap kat penjual tu tak apalah. Syah tak beli kuih hari nie kerana dah terbeli laksa tu, takut kalau beli nanti tak habis. Syah sampai rumah hampir jam 18:00hrs dan sampai jer Syah hidangkan makanan dan terus mandi sebab kepala kena hujan nanti pening plak. Ok lagi beberapa minit jer nak berbuka nie....... Syah dalam bilik TV sambil siapkan entrance nie dan buka tingkap bagi angin masuk. Sejuk sebab hujan, best nya macam dalam aircond pula. Ok Lah .............Selamat berbuka semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.