19.07.2011 - Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, serta rombongan telah berangkat ke Korea Selatan untuk lawatan rasmi negara selama dua hari. Turut berangkat adalah anakanda Tuanku Mizan, Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustpha Mohamad selaku Menteri Pengiring. Seperti biasa baginda dan rombongan berlepas melalui Kompleks Bunga Raya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 10:15hrs tadi dan dijangka tiba di Pengkalan Udara Seoul pada jam 17:45hrs atau 16:45hrs waktu Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sereta Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut serta mengucapkan selamat jalan kepada Baginda berdua serta rombongan. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi negara pertama Tuanku Mizan ke Korea bagi membalas lawatan Presiden Lee Myung-bak pada Disember lepas. Sebelum berangkat baginda telah berkenan memeriksa kawalankehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam.
Semasa di Korea Selatan, baginda dijadualkan akan mencemar duli menerima mengadap Presiden Persekutuan Muslim Korea, Abdul Rahim Shin Man Jong, Timbalan Setiausaha Agong Persekutuan Muslim Korea, Ahmad Cho Ming Haeng dan Imam Besar Masjid Pusat Seoul, Abdurrahman Lee Ju Hwa. Baginda juga akan turut menghadiri majlis makan malam bersama kira-kira 100 rakyat dan penuntut Malaysia di Seoul. Baginda berdua juga akan membuat kunjungan hormat kepada Presiden Lee Myung-bak di Cheong Wa Dae atau Rumah Biru yang merupakan Istana Rasmi Presiden. Akhir sekali baginda berdua dan rombongan akan melawat Bandaraya Samsung.
Syah mendoakan agar perjalanan pergi dan balik Tuanku berdua serta rombongan Selamat dan Dilindungi Allah S.W.T hendaknya. AMIN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.