19.07.2011, Selasa - Masa masuk bilik kucing tadi untuk jenguk Hamster, Syah ambil gambar dia sekali. Sekarang Hamster kena berehat kerana baru dikasi atau disunatkan Jumaat lepas. Satu hari dia kena duduk kelinik. Sekarang nie keadaannya hapir sihat dan Syah tak berani nak tengok bahagian tu macam kesian plak. We all sunatkan dia kerana sudah mula nak mengawan dan kencing dalam rumah. Kucing-kucing Muss nie tak dibenarkan keluar rumah dan sangkarnyapun didalam salah sebuah bilik di KL Residence kecuali Noami dan Blackie tidur ngan Muss dalam master bedroom. Caj untuk sunat dan boarding sehari mereka caj RM160.00. Mus minta Syah support 60% dan di 40%. Sabtu nie Muss akan bawa semula ke kelinik untuk buka jahitan dan lepas tu baru boleh mandikan Hamster. Lepas nie Muss kata bolehlah lepaskan Hamster dalam rumah kerana tak memancut lagi kalau tak habislah berbau kencing kucing jer satu rumah. Apa-apapun take care Hamster.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.