18.07.2011, Isnin - Shukur Alhamdulillah majlis pertunangan Hafis berjalan lancar semalam dan masalah yang kecil-kecil tu biasalahkan. Sampai sahaja kami letakkan hantaran di runang tamu dan kemudiannya tuan rumah inform minta kami makan dahulu dan bagi masa 20 minit katanya. Masa kami makan dan ada diantara kami tak habis makan lagi keluarga perempuan dah panggil Abang Tooha masuk untuk majlis pertunangan. Actually mereka ada kenduri dan masa kami datang mereka tengah makan. Mungkin majlis nak dibuat sebelum jemputan kenduri balik sebab tu dibuat cepat-cepat. Perbincangan sekejap sahaja melalui pembesar suara supaya para hidirin dapat mendengar perbincangn tu kot. Keluarga Allahyarham Ayahanda Saudara Syah, Almarhum Mon Al-Haj pun hadir sekali diketuai oleh Mak Uda Rahmah.
Gelang Tangan daripada Habib Jewels sebagai ikatan tali pertunangan diantara Intan dan Hafis yang disempurnakan majlisnya semalam 17.07.2011 Selepas berbincangan wakil perempuan meminta meihat apa yang hendak diberikan kepada bakal menantu dan kami serahkan hantaran yang mengandungi gelang tangan untuk ditunjukkan kepada wakil perempuan. Mereka menunjukkan gelang tangan berkenaan kepada mereka yang berbincang tu. Kemudiannya bakal tunang Hafis dipanggil keluar untuk Kak Long Janet pakaikan barang kemas berkenaan sebagai tanda ikatan pertunangan telah dimetrai. Selepas memaikan barang kemas tersebut majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar. Dari rumah pihak perempuan kami berkumpul semula ke Rumah Razak untuk membawa hantaran dan macam biasa makanan-makanan tu Kak Long Janet agih-agihkan kepada kami semua dan lebihnya dia bawa balik ke rumah. Kami juga makan durian beramai-ramai kerana kebetulan ada orang jual durian depan rumah Razak. Setelah semua selesai kami balik kerumah masing-masing.
Cd jadi tukang buka durian, Syah tak makan sebab tak berapa minat durian. Lepas makan durian baru Kak Long Janet buka hantaran untuk diagih-agihkan kepada kami.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.